T4-Bhg 5 – Laporan Kewangan

Soal-jawab berkaitan dengan masalah Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira perniagaan milikan tunggal

  • Lembaran Kerja (tanpa pelarasan dan dengan pelarasan)

  • Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

  • Penyata Pendapatan

  • Kunci Kira-kira

  1. ina
    Julai 10, 2009 at 9:24 pm | #1

    Salam sifu,
    Jika dalam akaun perdangan direkod maka cukai belian dan diskaun diterima nak tulis kat mana DT ke KT?

    Terima Kasih.

  2. Julai 12, 2009 at 4:25 pm | #2

    Ina,
    Akaun Perdagangan? Mudah sahaja.

    1. cukai belian – merupakan belanja kepada perniagaan tetapi belanja yang berlaku semasa membeli barang niaga (terutama dari luar negara).
    Catat di sebelah debit Akaun Perdagangan selepas BELIAN BERSIH.

    2. diskaun diterima – merupakan hasil yang diperoleh oleh perniagaan apabila melangsaikan hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil ini MESTI ditulis dalam Akaun Untung rugi sahaja, tak boleh ditulis dalam Akaun Perdagangan.
    Catat di sebelah kredit akaun untung rugi.

    Terima Kasih.

  3. zati
    September 12, 2009 at 12:18 am | #3

    salam cikgu,
    soalan ni brkaitan dgn penyata pendapatan..
    dalam soalan tersebut dia ade bagi maklumat dalam buku tunai dan ade bagi maklumat mengenai belanja dan hasil
    -dalam buku tunai tersebut..cthnye butir yg die bagi adalah penghutang dan nilainya diletakkan dalam lajur tunai dan bank…maknanya ada 2 nilai….nilai mana yg perlu saya ambil utk diletakkan dalam penyata pendapatan??
    -utk maklumat belanja dan hasil pula..dia bagi dua nilai(awal tahun dan akhir tahun)…
    cthnye.. 1jan200X 31dis200X
    JUALAN rm2000 rm1890

    -jumlah yg mana satu perlu saya ambil utk letak dalam penyata pendapatan???

    ~terima kasih

  4. September 12, 2009 at 12:43 am | #4

    Zati,
    boleh berikan sifu contoh soalan itu dengan lebih tepat/penuh. Dari situ barulah sifu boleh beri cadangan apakah yang patut Zati lakukan.

  5. zati
    September 13, 2009 at 8:55 am | #5

    cth soalan trsebut ade lam paper akaun trial perak 2009…ini je source yg blh sy bagi..saya x de copy soalan tu dalam pc saya..so saya x tau mcm mana nk tunjuk cth pada cgu kat sini…

  6. September 13, 2009 at 2:25 pm | #6

    Zati,
    Maklumat Buku Tunai itu ialah penerimaan bayaran dari penghutang.
    Dalam PP, awak harus tulis amaun JUALAN sahaja yang mana diperoleh dengan membuat kiraan berikut

    GK1:
    Baki akhir penghutang
    + bank
    + tunai
    + Diskaun diberi
    + pulangan jualan
    - baki awal penghutang
    = JUALAN kredit

    Jumlah Jualan (utk PP) = Jualan kredit + jualan tunai (lajur tunai) + Jualan tunai (lajur bank)

    Bagi KKK pula, awak hanya perlu ambil nilai akhir Penghutang:
    Penghutang RM7600
    tolak Peruntukan hutang ragu ….. (tolong kira sendiri)

    Begitulah jawapan yang dicari.

  7. zati
    September 14, 2009 at 7:16 pm | #7

    ok..terima kasih cgu

  8. atiqah
    Disember 17, 2009 at 1:13 pm | #8

    salam,
    sifu sy ada masalah sedikit mengenai tugasan sy berkenaan dgn perakaunan.
    soalan sy adalah spt berikut;
    ‘jelaskan kerelavanan hubungan setiap jenis laporan dalam penyata kewangan dalam proses pembuatan keputusan’
    sy amat berharap sifu dapat memberi sedikit pandangan dan panduan utk sy menyelesaikan tugasan ini.
    terima kasih.

  9. Mac 14, 2010 at 8:25 pm | #9

    salam,
    ana baru nak mulakan perniagaan,
    boleh ana nak tau bagaimana
    format berkaitan jual beli dlam sesuatu perniagaan
    dan mcamne nk buat laporan slps perniagaan
    syukran…..

  10. AMIZA AZURA
    September 2, 2010 at 10:29 am | #10

    salam,
    sifu nak tanya cam na format berkaitan jual beli dalam perniagaan, nak buat laporan kewangan cam ne?klau nak tahu duit kita cukup atau tidak dalam bank or tunai cam ne?
    kalau perniaggan org tu ckup setahun wajib ke bayar zakat perniagaan tp modal tdk dpt lagi nak pusing modal pun x lepas.

  11. September 4, 2010 at 8:18 pm | #11

    Amiza, Zakat perniagaan wajib dibayar oleh peniaga jika dah cukup 1 tahun (cukup haul). Setahu saya, pengiraan untuk zakat perniagaan adalah berbeza dan untuk itu awak kenalah rujuk kepada pihak Baitulmal untuk format laporan kewangan yang sesuai. Kalau tak silap, kena guna kaedah perakaunan berasas tunai. Manakala untuk percukaian pula, akan guna kaedah perakaunan berasas akruan (kaedah biasa yang diajar – konvensional).

    Untuk melaporkan jual beli, perakaunan ada format yang sesuai iaitu AKAUN PERDAGANGAN untuk mencari Untung Kasar. Untung kasar akan dicampur dengan Hasil-hasil dan ditolak belanja-belanja untuk mendapatkan Untung Bersih. Hanya Untung Bersih (yang sesuai dengan Akta Cukai) yang diguna pakai dalam kiraan percukaian. Tetapi untuk zakat pula, Untung perniagaan dihitung mengikut syariat. Oleh itu kiraan kali kedua (untuk zakat sahaja) mungkin diperlukan untuk menepati syarat SAH ZAKAT.
    Wallahualam.

  12. eja
    September 27, 2010 at 8:50 am | #12

    salam.cikgu, nk tanya..sekiranya kami ingin mengetahui pendapatan untung rugi dalam sebulan untuk pernaigaan kita.apakah yang perlu saya sediakan.boleh tak cikgu tolong bagi senaraikan apa-apa yang patut saya seidakan untuk mengira pedapatan syarikat sebulan (contoh:- jurnal,lefger,bukiu tnai,imbgn duga etc). saya sudah lupa format.terima kasih cikgu

  13. September 28, 2010 at 10:20 pm | #13

    eja :

    salam.cikgu, nk tanya..sekiranya kami ingin mengetahui pendapatan untung rugi dalam sebulan untuk pernaigaan kita.apakah yang perlu saya sediakan.boleh tak cikgu tolong bagi senaraikan apa-apa yang patut saya seidakan untuk mengira pedapatan syarikat sebulan (contoh:- jurnal,lefger,bukiu tnai,imbgn duga etc). saya sudah lupa format.terima kasih cikgu

    Eja,
    Untuk sediakan laporan kewangan, awak perlu sediakan sekurang-kurangnya senarai akaun dalam Imbangan Duga pada tarikh akhir bulan tersebut. dengan kata lain, senarai BAKI akaun dalam lejar perniagaan awak. Semak sama ada imbangan duga itu disediakan dengan betul atau tidak. Awak juga boleh gunakan Lembaran Kerja untuk membantu membuat kiraan untung atau rugi perniagaan. Masih ingat Lembaran kerja (worksheet)? harap awak ingat. Selesai LK, anda dah boleh sediakan akaun perdagangan dan akaun untung-rugi dan Kunci Kira-kira mengikut format standard yang boleh diperoleh dalam buku-buku rujukan atau juga dalam internet.

  14. Disember 14, 2010 at 6:56 pm | #14

    salam . cikgu , boleh tak tolong tunjukkan cara penyelesaian soalan no.2 muka surat 216 di buku teks 1 . terima kasih .

  15. zul
    April 7, 2011 at 9:30 pm | #15

    salam…sifu belanja terdahulu merupakan aset atau liabiliti? semasa atau bukan semasa?

  16. April 9, 2011 at 3:27 pm | #16

    zul :

    salam…sifu belanja terdahulu merupakan aset atau liabiliti? semasa atau bukan semasa?

    Zul, Belanja terdahulu adalah belanja yang kita bayar dahulu, tetapi perkhidmatan atau barangniaga belum lagi berpindah kepada kita.
    Oleh itu, dari segi kaca mata perniagaan, BELANJA TERDAHULU adalah ASET SEMASA, memandangkan perkhidmatan atau barangniaga yang dikehendaki itu adalah milik kita, dan jikalau pihak berkenaan gagal menunaikannya, maka wang itu akan kembali kepada kita/peniaga.

    Kesimpulan, belanja terdahulu adalah aset semasa kepada perniagaan.

  17. Oktober 19, 2011 at 3:36 pm | #17

    salam cikgu…

    saya menghadapi masalah dlm membuat jernal pelarasan.Berharap agar cikgu dapat membantu saya..masalah saya begini..saya menguruskan akaun syarikat utk tahun 2009 dan 2010. Sykt saya telah melabur dalam saham dan ada menerima dividen. saya dapati saya telah tersilap rekod dividen tahun 2009 ke dalam tahun 2010. akaun thn 2009 telah diaudit. Juruaudit menasihati saya membuat pelarasan jernal bg pendapatan yg terlebih nyata tersebut. saya tidak berpengalaman dalam membuat jernal pelarasan. bolehkah cikgu memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana ingin membuat pelarasan..adakah terdapat buku-buku rujukan yang menerangkan dgn je;as mengenai pelarasan akaun yg telah diaudit??..mohon bantuan cikgu..terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers