T4-Bhg 2 – Dokumen Sumber

Pelajar boleh meninggalkan soalan berkaitan dokumen perniagaan sebagai sumber rekod perakaunan.

  1. isma
    Ogos 3, 2009 at 7:08 pm | #1

    sifu, saya ada terjumpa dokumen keratan cek, tujuan/sebab: membuka akaun simpanan tetap. Di buka catatan pertama yg mana kita nak catat?

  2. Ogos 5, 2009 at 10:28 am | #2

    Isma,
    Sifu jawab lebih dari yang ditanya.
    a) BCP? BUKU TUNAI
    b) Catatan mesti dibuat? Di Kreditkan di lajur Bank, Butiran ialah “SIMPANAN TETAP”.

    Alasan kenapa mesti buat demikian:
    - Keratan cek – sahlah ia adalah pengeluaran wang dari bank, maka akaun bank mesti dikreditkan

    Selamat maju jaya.

  3. Lim
    September 25, 2009 at 8:33 pm | #3

    dokumen makluman debit telah dicatat tujuan untuk buku cek dan caj bank apa nama yang saya perlu tulis dalam buku tunai dan lejar?

  4. eric
    September 26, 2009 at 11:30 am | #4

    dalam buku tunai butiran adalah buku cek dan caj bank,dalam lejar butiran tulis bank

  5. Lim
    September 26, 2009 at 2:29 pm | #5

    saya hendak tahu perbezaan antara kelengkapan dan alatan pejabat saya selalu mengirukan sendiri.Cth kenapa meja ‘eksekutif’ dan kerusi ialah kelengkapan dan bukan alatan pejabat?Apa jenis benda ialah kelengkapan dan alatan pejabat sila beri saya contoh

  6. September 27, 2009 at 9:31 pm | #6

    assalamualaikum….sifu…saya hendak menanya sifu..jika saya terjumpa dokumen makluman debit,contoh alamat pengirim(Bank banyak ringgit berhad) kepada (Kedai runcit azah) – mengatakan (sial ambil perhatian bahawa kami telah mendebitkan akaun tuan seperti berikut: (tujuh puluh lima sahaja) Perkara:Faedah atas overdraf……..adakah makluman itu diletak kan pada buku tunai? dan butir faedah atas overdraf…?dan lajur bank?atau Tunai?

  7. September 27, 2009 at 11:11 pm | #7

    Lim,
    1. Debitkan Akaun Buku Cek dan Caj bank, dan kreditkan akaun bank. Dalam Akaun Bank, tulis sahaja dalam butiran, ‘buku cek dan caj bank’ (jika dokumen itu menyatakan demikian), atau jika ada dua makluman debit, maka Lim kena buka 2 akaun berasingan, Akaun Buku Cek, dan Akaun Caj Bank.
    (terima kasih Eric kerana bantu jawab)

    2. Lim kena ingat Alatan Pejabat dalam BI, Office Equipment. Adakah kerusi itu Equipment? Sudah tentu bukan. Mungkin dengan mengingati terjemahan dalam inggeris boleh membantu anda.

    RUJUK JUGA JAWAPAN SIFU DI POS INI, http://sifu2b.wordpress.com/interaksi-guru-pelajar-akaun/t4-bhg1-kategori-dan-kelas-akaun/#comment-5279

  8. September 27, 2009 at 11:13 pm | #8

    Zaiful,
    Untuk dokumen berikut, anda harus lakukan catatan berikut:
    1. Catat dalam Buku Tunai, lajur bank di sebelah Kredit. Butiran – Faedah atas Overdraf
    2. Dalam Lejar Am, buka Akaun Faedah Atas Overdraf, dan debitkannya. Butiran adalah ‘Bank’.

  9. FATIN NABILA
    Mac 7, 2010 at 12:31 pm | #9

    sifu.. saya selalu menghadapi masalah untuk menjawab soalan akaun. berkaitan soalan dokumen. masa yang dicadangkan adalah 40 minit. tetapi saya gagal utk mumbuat suaoan dokuman dalam masa 40 minit. dan kemudian bagaimna saya hendak hilang perasaan kelam kabut utk mnejawab exam akaun? sya jdi kelam kabut dalam mngejar masa.

  10. wan zulaiha wan nik
    Ogos 29, 2010 at 11:58 am | #10

    salam sifu..saya menghadapi masalah untuk membuat tugasan kertas tiga..keterangan
    yang di berikan x lengkap..saya x fhm mcm mane nak siap kan tugasan ini..bagaimana saya hendak melengkapkan tugasan saya…thanks

  11. Ogos 29, 2010 at 3:30 pm | #11

    persoalan Kertas 3 hendaklah ditulis di dalam MENU KERTAS 3 di atas sekali.

  12. September 28, 2010 at 4:18 pm | #12

    salam sifu….kebiasaannya saya sering tertukar perkara yang ada di dalam jurnal utk dpostingkan ke dlm lajur.oleh itu mcmane sy nk mengatasi masalah tersebut????????????thanks

  13. September 28, 2010 at 10:23 pm | #13

    nurul rozashashirah :

    salam sifu….kebiasaannya saya sering tertukar perkara yang ada di dalam jurnal utk dpostingkan ke dlm lajur.oleh itu mcmane sy nk mengatasi masalah tersebut????????????thanks

    Buat satu persatu adalah langkah yang paling sesuai dengan awak. Mulakan dengan Jurnal Am disusuli Jurnal Belian dan Jurnal Jualan. Lepas tu jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan. baru lepas tu Buku Tunai Debit dan buku tunai kredit.

    Ringkasnya, awak mesti biasakan diri untuk menjalankan pengeposan secara sistematik buat diri awak.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers