Category Archives: Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3

Bahan Kerja Kursus Projek Kertas 3 April 2014 Prinsip Perakaunan SPM

PANDUAN UMUM KERJA KURSUS ATAU PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 UNTUK SPM 2014 (3756/3)

Buat pertama kalinya soalan kertas 3 projek April 2014 adalah untuk perniagaan perkongsian.

Saya memahami kekurangan pengetahuan pelajar-pelajar tentang hal ini. Tetapi itulah untungnya dengan adanya kerja kursus sebegini, memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan ilmu termasuklah praktikal ilmu.Sebagai guru, saya cuba menyediakan bahan contoh sebagai panduan (tidak rasmi) agar pelajar dapat mempercepatkan proses menyiapkan kerja kursus / kertas projek ini.

Berikut adalah bahan contoh yang saya telah sediakan dan dikongsikan dengan anda, guru dan pelajar Malaysia:

1. K3_2014 April 2014 Maklumat Perniagaan Tugasan Projek T5 oleh Cg Rithuwan ‘Sifu2b’ – Sampel Perkongsian Rith City Electric

2. PAK SPM K3 Tugasan Projek T5 Lejar Am dan lejar khas Cg Rithuwan v2 kosong

 

Jumlah sebelah debit dan kredit untuk Imbangan Duga Belum Terlaras pada 30 April 2014 ialah RM946 114.00

 

Kalau contoh di atas sesuai dengan arahan kehendak anda, jangan lupa tinggalkan mesej TQ di bawah.

 

Nota untuk ikatan perjanjian perkongsian :
1. Nisbah pembahagian untung dan rugi boleh ditukar dan diganti dgn perkataan “mengikut nisbah modal.”
2. Jika pelajar memilih untuk tidak mahu mengenakan faedah ambilan atau gaji pekongsi maka pelajar bolehlah membuang baris berkenaan.
3. Contoh yang sifu sediakan adalah mengikut senarai dalam buku teks.

Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2014 Muatturun

3756/3: Prinsip Perakaunan

Anda kini boleh memuatturun soalan projek Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 5 2014 dari link ini:

Soalan Projek 2 Kertas 3 PAK T5 2014 (April-Mei 2014)

Panduan Pelaksanaan Projek 2 Kertas 3 PAK T5 2014 (April-Mei 2014)

 

Download rasmi adalah dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti di bawah:

Kerja Kursus SPM 2014
Kod 3756/3
Mata pelajaran Prinsip Perakaunan
Kertas 3
Masa April – Mei 2014
Muat Turun  Kertas Soalan (QP)
Panduan Pelaksanaan (PP)

Kertas Projek K3 Tingkatan 4 – Isi Kandungan

Berikut adalah isi kandungan yang mesti disediakan oleh pelajar.

Muka surat

  1. Perakuan Calon

  1. Penghargaan

  1. Pengenalan perniagaan

  1. Profil perniagaan

  1. Perancangan urusniaga

  1. Dokumen perniagaan

  1. Buku Catatan Pertama

  1. Lejar

  1. Imbangan Duga

  1. Penilaian Stok Akhir

  1. Penyata Pendapatan

  1. Kunci Kira-kira

  1. Rumusan

Isi kandungan Tugasan Projek Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2013

Isi kandungan wajib disediakan calon SPM 2014

1    Perakuan Calon
2    Penghargaan
3    Pengenalan perniagaan
4    Profil perniagaan
5    Perancangan urusniaga
6    Dokumen perniagaan
7    Buku Catatan Pertama
8    Lejar
9    Imbangan Duga
10    Penilaian Stok Akhir
11    Penyata Pendapatan
12    Kunci Kira-kira
13    Rumusan

SOALAN TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3 TINGKATAN 4 2013

3756/3 : TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3

E-mail Print PDF
Kerja Kursus SPM 2013
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
Ogos – September 2013
Muat Turun  PROJEK
  PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK

Sumber pautan : laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

——

Perkara utama perlu diberi perhatian:

1.  Mula perniagaan – milikan tunggal

2.  Satu bulan dalam tahun semasa – tahun 2013. Pilih mana-mana bulan

3.  Hanya boleh setkan senario perniagaan mengikut ketetapan,

1.1 Kedai kraf tangan – pasu sarawak, ukiran berasas kayu (bukan kerusi-meja), bahan anyaman, dll
1.2 Kedai basikal – Basikal, bmx, mountain bike, tricycle, dll
1.3 Kedai aksesori wanita – rantai, gelang, cincin, subang, tali pinggang, dll
1.4 Kedai lampu – lampu kalimantang, lampu neon, lampu hiasan, dll

Jawapan Kertas kerja Projek 2 Prinsip Perakaunan Kertas 3

Projek Prinsip Perakaunan telah disediakan oleh LPM

Ia perlu dilaksanakan 1 April hingga 31 Mei 2013 oleh pelajar tingkatan 5 2013.
SOALAN kerja kursus Tingkatan 5 2013  Sila klik Soalan KKursus T5 2013
PANDUAN kerja kursus Tingkatan 5 2013 Sila klik Panduan KK T5 2013

BukuTeks2010

Salam.

Tawaran ini telah ditutup. Terima kasih di atas sokongan anda.

Saya beranggapan saya perlu menawarkan contoh jawapan guru untuk Kertas 3 projek 2 kepada guru-guru yang lain. Tetapi terus terang saya katakan, yang ianya dikenakan bayaran dan bukti bahawa anda adalah seorang guru yang sedang bertugas di sekolah-sekolah tertentu.

Kepada sesiapa guru Prinsip Perakaunan yang berminat, bolehlah menghubungi saya melalui emel untuk maklumat lanjut. Untuk memastikan ekslusiviti, saya hanya menawarkan kepada kepada 10-20 orang guru pertama. Dengan itu yang mengurangkan risiko (di pihak berkenaan) daripada kerugian kerana sampel jawapan lengkap guru yang saya sediakan terdedah kepada umum di internet terlalu awal. Untuk makluman, ia digunakan khas untuk saya menilai hasilan projek pelajar yang masih lagi dalam proses (nampaknya).

Alamat emel : telah dipadam

Nyatakan nama penuh, tempat bertugas sekarang, negeri asal, bilangan kelas dan pelajar PAK, nombor telefon pintar.

Saya akan berikan arahan lanjut. Pertanyaan juga boleh dilayan jika relevan, dan jika inginkan kepastian tentang tawaran saya ini.

Sekian.

TAWARAN UNTUK GURU-GURU INI HANYA SAH HINGGA 25HB. JUN, 2013, dan tulisan ini akan dibuang selepas tarikh itu.

Soalan Tugasan 2 Kerja Kursus Prinsip Perakaunan SPM 2011

Tugasan 2 bagi projek Prinsip Perakaunan SPM 2011 telah bermula hari ini. Bagi tempoh dua bulan iaitu dari 1 April 2011 hingga 31 Mei 2011, semua calon Prinsip Perakaunan wajib menyiapkan tugasan tersebut untuk melengkapkan Kertas 3 Prinsip Perakaunan.

Untuk memuatturun soalan dan panduan (dalam format PDF), silalah layari laman sesawang rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti ini.

Pelajar hanya perlu memuatturun PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK dan SOALAN PROJEK TUGASAN 2.

PROJEK SPM 2011
Kod 3756/3
Mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 3
April – Mei
Muat Turun 1) PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK
2) PROJEK
3) E-PPK3 VER. 2011
Last Updated ( Friday, 01 April 2011 )

Panduan Melengkapkan Kertas 3 – Tugasan 1 (Tingkatan Empat)

Tugasan 1 untuk Kertas 3 telah bermula hari ini. Untuk tempoh selama 8 minggu pelajar Prinsip Perakaunan SPM 2011 wajib melengkapkan tugasan ini, sekaligus melengkapkan gred SPM 2011 mereka.

Apa yang perlu pelajar ketahui dan apakah prosedur atau peraturan yang mesti dipatuhi?

Pertama – Baca Buku Panduan Tugasan

Pelajar T4 SPM 2011 wajib membaca dengan teliti Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010). Ini penting. Kemungkinan besar, cikgu awak juga akan mengedarkan buku panduan ini untuk rujukan setiap individu pelajar. Jika perlu cetak sendiri dokumen itu. Dengan membaca buku panduan yang disediakan oleh LPM itu, pelajar akan ketahui dua perkara penting :

  • Elemen yang ditaksir dan syarat-syarat pentaksiran. Dengan kata lain, pelajar akan tahu yang diperlukan untuk memperoleh gred A bagi tugasan ini.
  • Format penyediaan tugasan dengan merujuk semua Lampiran yang disediakan.

Kedua – Baca Arahan dan Soalan Tugasan

Pelajar T4 SPM 2011 hendaklah membaca dengan teliti dan hati-hati arahan dan soalan Kertas 3 – Tugasan Projek 1. Beri perhatian kepada keperluan soalan seperti jenis perniagaan dibenarkan, bilangan urus niaga dikehendaki, jumlah modal permulaan dan gaji pekerja yang ditetapkan. Sudah tentulah, maklumat lain juga penting. Keakuran kepada kehendak tugasan adalah amat penting. Contohnya, jangan cipta soalan untuk perniagaan menjual telefon mudah alih kerana ia tidak termasuk dalam pilihan perniagaan yang dibenarkan. Juga apabila memilih perniagaan menjual perabot, janganlah pula ada perniagaan sampingan seperti menjual televisyen dan pemain DVD. Pada hemat sifu, ia tidak patuh kepada arahan tugasan di samping menyukarkan diri pelajar sendiri.

Ketiga – Rancang Jadual Melengkapkan Tugasan 8 Minggu

Pelajar T4 SPM 2011 mestilah menerima hakikat bahawa tugasan ini mesti disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Bincang dengan guru awak bagaimana. Apa yang pasti, pelajar hendaklah menjalankan tugasan ini dalam tempoh 8 minggu persekolahan rasmi. Ia tidak termasuk cuti sekolah dan cuti gantian Hari Raya. Jika sekolah anda mengambil cuti Hari Raya selama 5 hari (termasuk cuti awam), maka ia ditolak dari jadual atau carta Gantt itu. Begitu juga cuti persekolahan. Pelajar dan guru tidak wajib ke sekolah untuk menyiapkan tugasan ini. Ini bermakna, untuk tahun ini, kemungkinan besar tugasan diselesaikan dalam minggu pertama dan/atau kedua bulan Oktober.

Keempat – Rancang Disiplin dan Kejujuran Diri

Pelajar T4 SPM 2011 mestilah bersedia mendisiplinkan diri untuk menyelesaikan tugasan ini sepenuhnya melalui usaha diri sendiri. Pelajar tidak boleh mendapatkan bantuan dari pihak luar, termasuklah ayah, ibu, adik, abang, kakak, pakcik, makcik, sepupu mahupun rakan sebaya yang mempunyai kemahiran perakaunan atau graduan perakaunan. Mungkin bantuan berupa nasihat adalah tidak salah, tetapi jika sehingga ke tahap meminta ‘bantuan’ menyeluruh, maka ia sebenarnya satu penipuan peperiksaan. Ketahuilah, bahawa tugasan ini telah diisytiharkan sebagai kertas peperiksaan. Implikasinya, pelajar dianggap CALON peperiksaan SPM 2011 (walaupun proses pendaftaran belum selesai) dan terikat dengan peraturan dan syarat peperiksaan SPM sedia ada.  jika anda didapati bersalah menipu dalam peperiksaan, maka anda boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dilarang menduduki peperiksaan SPM selanjutnya dan/atau gagal dalam peperiksaan ini.

Di bawah ini, sifu petik kenyataan dalam Buku Panduan dan Jadual Waktu Peperiksaan SPM yang sedia ada.

17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan
akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah
laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana
salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
17.1 Keseluruhan keputusan peperiksaan digantung;
17.2 Keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan;
17.3 Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan;
17.4 Keseluruhan peperiksaan pusat berkenaan dibatalkan.

Oleh itu, nasihat sifu, buatlah dengan jujur, dengan bimbingan guru dan rakan atau keluarga, tetapi bukan dengan ‘BANTUAN PENUH’ guru dan rakan atau keluarga. Laksanakan tugasan dengan menyelesaikannya sebagai hasil tugasan asli diri anda sendiri, bukannya dengan meniru atau menipu. Jangan korbankan diri anda dan mungkin juga seluruh sekolah anda.

Baiklah, setakat ini dahulu tulisan sifu. Sebarang penambahan akan dibuat di dalam muka surat yang lebih boleh dilayari melalui MENU KERTAS 3 di atas.

ARTIKEL ASAL INI DITULIS OLEH CIKGU RITHUWAN NASIR, 2 Ogos 2010.


Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2011

Seperti mana semua guru Prinsip Perakaunan SPM dah sedia maklum, pelajar-pelajar T4 2010 yang mengikuti kelas Prinsip Perakaunan diwajibkan untuk menduduki 3 kertas peperiksaan SPM 2011.

Kertas 3 adalah format pentaksiran terbaru yang diperkenalkan oleh LPM, selaras dengan objektif KPM untuk memperluaskan penilaian dan pentaksiran akademik murid berasaskan sekolah.

Semua pelajar PAK akan mula menjalankan tugasan 1 (T4) mulai 1 Ogos 2010 dan akan disiapkan dalam tempoh 8 minggu persekolahan. Dengan kata lain, ia tidak termasuk cuti gantian bersempena Hari Raya dan cuti pertengahan semester 2.

Berikut adalah petikan Link dari Laman sesawang Rasmi KPM:

3756/3 : Prinsip Perakaunan E-mail
Kerja Kursus dan Projek SPM
Kod 3756/3
Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan
Format Pentaksiran Muat Turun Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011
Panduan Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010)
Tugasan Muat Turun Tugasan Projek
Perisian Muat Turun Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3
Last Updated ( Friday, 30 July 2010 )

Penerangan lanjut, sila hubungi guru-guru PAK yang berdekatan dengan anda.

Anda boleh juga membaca post terbaru saya mengenai kertas 3 dan klik di atas menu KERTAS 3 untuk maklumat lain.

TAMBAHAN : Item Contoh Kertas 3 boleh diperoleh dari blog Cg Narzuki di sini.

16/03/2011 – Saya sedang berusaha menulis sebuah buku lengkap termasuk penggunaan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Baca mengenainya dipautan ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 122 other followers