Rumah > Buku Sendiri, Kertas 3, Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3, Tips & Trick, Umum > Buku Panduan Menyiapkan Projek Perakaunan SPM akan diterbitkan

Buku Panduan Menyiapkan Projek Perakaunan SPM akan diterbitkan

Alhamdulillah, kali ini saya telah berjaya memberanikan diri mengorak satu lagi langkah dalam hidup. Satu anjakan paradigma barangkali. Baru sahaja dalam tiga hari ini berjaya memujuk diri untuk melakukan perkara ini. Saya juga ingin menjadi penulis buku. Sokonglah saya, okay.

Ada beberapa tema dan perkara yang boleh dijadikan asas penulisan tetapi sifu memilih untuk menulis bagaimana menyediakan tugasan satu dengan jayanya. Ada banyak perkara yang boleh disampaikan kepada pelajar semasa sesi ‘consultation’ dan adakalanya perlu secara terperinci. Adakalanya ia memerlukan saya melayan persoalan dan permasalahan seseorang pelajar lebih lama berbanding dengan pelajar yang lain. Tetapi semua orang sedia maklum, masa bertugas dan berjumpa pelajar amat terhad dan tidak cukup untuk melayan kesemua pelajar.

Cuba hayati senario ini. Bayangkan jika seseorang guru hanya mengajar 25 orang pelajar dalam satu kelas dan andaikan juga setiap seorang pelajar memerlukan perhatian atau waktu ‘consultation’ 1 jam seminggu. Ini bermakna guru tersebut perlu meluangkan masa 25 jam bagi tempoh 5 hari bekerja! Secara purata 5 jam sehari. Ia mesti dilakukan diluar waktu mengajar. Adakah guru itu boleh lakukannya? Mungkin beliau boleh dan mungkin juga tidak. Apa yang pasti, ia adalah sesuatu tugas yang sukar dipenuhi. Walaupun dengan meluangkan masa cuti hari sabtu dari pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang, ia masih tidak mampu memuaskan hati semua pelajar dan memberika hasil kerja terbaik. Terus terang saya katakan, keadilan sukar diberikan. Bayangkanlah pula jika ada pula guru yang perlu membimbing 30 – 40 orang pelajar atau lebih ramai dari itu.

Kekesalan memang akan wujud dalam diri mana-mana guru, tetapi itulah kenyataannya. Begitu juga dengan diri ini. Sememangnya sukar untuk meluangkan masa dari pukul 6:50 pagi hingga 1:30 petang dan disambung lagi dengan waktu ‘consultation’ sehingga  ke pukul 4:00 atau 5:00 petang hampir setiap hari. Jika itulah yang berlaku memang menyukarkan kedua-dua pihak, dan dalam konteks dir ini, ia sudah jelas membelakangkan keperluan diri dan keluarga pula.

Syukurlah tidak semua pelajar bermasalah dan tidak semua pelajar memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan bimbingan guru. Bagi pelajar yang berkemahiran, 10 – 20 minit sudah memadai. Guru hanya perlu semak tugasan mereka dan menegur jika ada kesilapan atau kecacatan dalam bahagian yang ditunjukkan. Bagi pelajar yang masih bermasalah atau tidak menguasai simpan kira, maka tempoh masa ‘consulting’ akan lebih panjang. Selalunya 30 minit tidak mencukupi.

Oleh itu cabaran kepada guru seperti saya ialah bagaimana untuk mempercepatkan atau memberi bimbingan dan ‘consultation’ yang berfokus, jelas, adil dan memuaskan semua pelajar? Saya berpendapat memberikan nota dan garis panduan sudah mencukupi. Tetapi sebenarnya ia tidak mencukupi untuk pelajar-pelajar. Mereka memerlukan penerangan, kaedah dan langkah demi langkah yang tersusun. Pihak sekolah sudah pasti tidak mampu mencetak naskah terperinci bagi setiap pelajar untuk diagihkan kepada pelajar. Penyelesaiannya adalah menulis sebuah buku panduan yang lengkap dan mudah dimiliki oleh semua pelajar terbabit.

Mendapat inspirasi dari pelbagai buku di pasaran dan juga dari laman sesawang terbitbukusendiri.com serta zamrimohamad.com, maka saya memilih untuk menulis buku tersebut dan menerbitkannya untuk dipasarkan.Ya benar,sebuah buku untuk dimiliki oleh setiap pelajar prinsip perakaunan. Kertas cadangan telah disiapkan dan manuskrip buku sedang disiapkan.

Jangan fikirkan soal saya mencari wang dan menganggap ia salah. Usaha saya menulis buku dan dikomersilkan tidak salah dan tidak melanggar etika keguruan. Jika ia salah, maka sudah pastilah tidak akan ada guru yang menjadi penulis buku rujukan mahupun buku latihan yang banyak di dalam pasaran. Sebaliknya, fikirkan bahawa saya telah menzahirkan idea, kaedah dan pendekatan yang digunakan sepanjang membimbing pelajar untuk diikuti oleh pelajar-pelajar baru. Fikirkan tentang nilai intelektual yang akan diluahkan dalam buku tersebut. Memang diakui, ada juga idea yang ditulis tidak pernah digunakan sebelum ini tetapi ia timbul semasa merancang manuskrip buku tersebut.

Secara tidak langsung motivasi saya menulis telah menjadikan saya berfikir lebih kritis dan kreatif. Pengalaman yang lepas menjadi asas kepada usaha saya mencari kaedah terbaik menyelesaikan masalah yang melbiatkan pelajar dan guru. Apa yang pasti, sebahagian besar buku yang bakal terbit itu adalah asli dari pemikiran dan idea asal penulis. Ia bukanlah buku kompilasi semata-mata. Jika berbanding nilai buku yang akan diterbitkan itu, ia adalah amat murah berbanding mendapatkan bimbingan tuisyen luar.

Pengalaman telah mengajar ketika menulis ebook pertama bahawa pengisian langkah demi langkah boleh membantu pelajar. Setakat ke hari ini, ia telah dimuatturun sebanyak 645 kali. Ebook lain juga ada saya tulis sebelum ini. Ini termasuklah fail PDF dalam kategori Modul Latihan Kendiri; Simulasi Kitaran Perakaunan SPM yang telah dimuatturun sehingga mencecah 1542 kali ataupun skema jawapan cadangan soalan percubaan MRSM 2007 yang saya sediakan (muatturun sehingga 2472 kali).

Ini membuktikan bahawa pelajar memerlukan bahan bacaan yang boleh membantu mereka. Itulah yang cuba saya lakukan dengan menulis buku tersebut, yang pada dasarnya diberi tajuk “PANDUAN MENYIAPKAN KERJA PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN SPM”. Dengan buku ini, pelajar akan mendapat bimbingan guru sepanjang waktu, 24 jam 7 hari seminggu. Apa yang diperlukan adalah hanya membaca langkah demi langkah bagaimana projek Prinsip Perakaunan di sediakan.

jika anda bersetuju dan berminat untuk mendapatkannya nanti, sila hantar email ke bukurithuwannasir@gmail.com dengan tajuk emel  “MINAT BELI BUKU PANDUAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN (TUGASAN 1)“. Nyatakan emel anda, tingkatan, nama sekolah dan kaedah pembayaran yang anda sedia gunakan. Jenis buku yang diinginkan – fizikal buku atau ebook. Sasaran buku ini adalah untuk pelajar Tingkatan 4 tahun 2011. Sasaran penerbitan buku fizikal adalah seawal bulan Mei dan tidak lewat dari bulan Julai, insyaallah. Namun begitu, ia juga amat tertakluk kepada kesesuaian penerbitan kelak yang bersetuju menerbitkannya.

INGAT : PENJUALAN BELUM DIBUKA. PEMBAYARAN PENDAHULUAN BELUM DAN TIDAK DITERIMA SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.

INI ADALAH KAJIAN AWAL PEMASARAN.

Anda bebas memberi respons atau tidak memberi respons. Selain menghantar emel ke alamat di atas, jika anda menyukai Post ini, sudikanlah mengklik butang ‘LIKES’ sebagai tanda sokongan anda.

Semoga dengan usaha saya menulis buku ini dapat melegakan sedikit sebanyak beban guru menerangkan lagi dan lagi kepada pelajar-pelajarnya dan pada masa yang sama memberi manfaat menyeluruh kepada pembaca buku yang bakal terbit ini.

RITHUWAN BIN NASIR
GURU PRINSIP PERAKAUNAN (DG44)
15hb. Mac, 2011

Kata kunci : kertas 3 prinsip akaun, kertas 3 prinsip perakaunan, tugasan 1 prinsip akaun, tugasan 1 prinsip perakaunan, tugasan 2 prinsip akaun, tugasan 2 prinsip perakaunan, kertas projek prinsip akaun, projek akaun, k3 akaun, panduan menyiapkan prinsip akaun, tip siap projek akaun, buku prinsip akaun, langkah demi langkah akaun spm, cikgu rithuwan nasir, kertas prinsip akaun spm

  1. zai
    Mac 16, 2011 at 4:34 pm | #1

    salam…kalau cikgu berminat nak beli’baleh ke?

  2. Mac 17, 2011 at 12:33 am | #2

    zai :

    salam…kalau cikgu berminat nak beli’baleh ke?

    Wa alaikumsalam.
    Saudara Zai, sudah tentu boleh. Hantarkan emel saudara seperti dinyatakan di atas. Maklumat selebihnya akan dimaklumkan melalui emel.

  3. ERAKITA
    Mac 17, 2011 at 9:47 pm | #3

    Tahniah! Kesibukan sesungguhnya tidak menghalang seseorang untuk maju dalam bidang-bidang lain.

  4. Mac 18, 2011 at 1:28 am | #4

    ERAKITA :

    Tahniah! Kesibukan sesungguhnya tidak menghalang seseorang untuk maju dalam bidang-bidang lain.

    Terima kasih. Semoga usaha saya dapat diselesaikan sehingga ke noktah terakhir.

  5. hamzah
    Mac 20, 2011 at 3:19 pm | #5

    Cg bila buku ni akan siap. buku ni boleh beli kat kedai buku atau camne. buku ni tuk budak form4 je ka.

  6. Mac 20, 2011 at 11:04 pm | #6

    Tahniah dan syabas di atas usaha yang dilakukan. Semoga ianya berjalan lancar seperti yang dirancang, InsyaAllah.

  7. Mac 23, 2011 at 11:32 pm | #7

    Tahniah!! satu usaha yang amat membantu guru macam saya… ank murid sekarang mencecah 120 orang dengan seorang guru yg mengajar. ;) .. saya pandang usaha ini satu usaha yg positif. saya sokong sifu2b. teruskan usaha ini. i like!!

  8. Mac 26, 2011 at 12:28 pm | #8

    hamzah :

    Cg bila buku ni akan siap. buku ni boleh beli kat kedai buku atau camne. buku ni tuk budak form4 je ka.

    Hamzah,
    Saya merancang untuk siapkan buku ini dalam bulan Mei, tetapi kita tengok bagaimana. Kalau cepat siap, selepas diproof-reading dan diedit, mungkin lagi cepat ia siap. Kalau tidak ada aral, penjualan boleh dibuat secara langsung oleh saya sendiri atau jikalau dapat juga melalui kedai buku yang berminat mengedarkannya. BUku ini khas untuk pelajar Prinsip Perakaunan. edisi awal ini sememangnya difokuskan untuk Tugasan 1. Maka buat masa ini, ia menjurus kepada pelajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 yang akan memulakan projek pada bulan Ogos-September.

  9. Mac 26, 2011 at 12:29 pm | #9

    Cg Narzuki :

    Tahniah dan syabas di atas usaha yang dilakukan. Semoga ianya berjalan lancar seperti yang dirancang, InsyaAllah.

    CikguSila :

    Tahniah!! satu usaha yang amat membantu guru macam saya… ank murid sekarang mencecah 120 orang dengan seorang guru yg mengajar. ;) .. saya pandang usaha ini satu usaha yg positif. saya sokong sifu2b. teruskan usaha ini. i like!!

    Cg Narzuki dan Cikgu Sila,
    Terima kasih di atas sokongan anda. Saya akan usahakan yang terbaik untuk menghasilkan buku ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya telah berjaya menyiapkan draf tulisan untuk dua bab pertama. Baru nak mula minggu ini untuk menulis Soalan klon no.1 dan penerangan mengenainya.
    Rupa-rupanya sukar juga menjadi penulis.
    Doakan kesejahteraan saya. Amin.

  10. ASLIN
    Mac 28, 2011 at 11:58 am | #10

    bila soalan tugasan 2 keluar.
    sifu ada panduan tak tuk tugasan 2.

  11. Mac 29, 2011 at 8:18 pm | #11

    ASLIN :

    bila soalan tugasan 2 keluar.
    sifu ada panduan tak tuk tugasan 2.

    Setakat ini, masih lagi 1 April 2011. Sila download soalan itu nanti dari laman sesawang LPM di sini (http://apps2.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=565&Itemid=242)

  12. zack
    Mac 31, 2011 at 12:43 am | #12

    ley sesape tlg bg model prinsip perakaunan punya kertas 3…dokumen dalam fail komputer cikgu aku hilang…tolong…aku perlu kan sampai hari jumaat ni..

  13. April 1, 2011 at 7:49 pm | #13

    zack :

    ley sesape tlg bg model prinsip perakaunan punya kertas 3…dokumen dalam fail komputer cikgu aku hilang…tolong…aku perlu kan sampai hari jumaat ni..

    Cuba minta guru awak hantar ke kedai atau upah orang lain atau minta tolong guru ICT untuk RECOVER deleted file. Selain dari itu, terpaksalah awak membuat balik tugasan tersebut. Sepatutnya ia juga telah dicetak kerana penghantaran tugasan 1 dan tugasan 2 adalah BERCETAK, bukannya dalam bentuk fail semata-mata.

  14. cgu fiza
    April 2, 2011 at 1:49 pm | #14

    tahniah…sekurang2nya dgn adanya buku ini dpt membantu guru melaksanakan kertas 3…klu ada utk t5 lg bagus…

  15. April 3, 2011 at 2:44 am | #15

    cgu fiza :

    tahniah…sekurang2nya dgn adanya buku ini dpt membantu guru melaksanakan kertas 3…klu ada utk t5 lg bagus…

    Cgu Fiza, terima kasih di atas sokongan anda. Nak tulis buku berkenaan tugasan 2 ni memerlukan pengalaman terlebih dahulu. Tetapi sudah tentulah menyediakan jawapan sahaja tidak memerlukan masa yang banyak. Untuk menulis buku lengkap saya berpendapat saya perlu lalui dahulu tugasan ini sepanjang tempoh 2 bulan ini, menilai pelajar, mendengar masalah, isu dan sebagainya. Saya harus melihat tugasan ini melalui kaca mata pelajar, baru kemudian kaca mata guru untuk menulis sebuah buku lengkap yang memperincikan langkah-langkah dan tips penyelesaian masalah pelajar.
    Tetapi tak mustahil juga saya boleh menulis berkenaan hal ini terlebih dahulu. Saya kena lihat, fikirkan dan rancang dahulu dalam 1-2 minggu ini.
    Terima kasih sekali lagi.

  16. Julai 3, 2011 at 5:39 pm | #16

    Salam,,,Adakah buku ni sudah dijual???

  17. Julai 6, 2011 at 7:28 pm | #17

    Belum lagi.

  18. zakiah gpj
    April 19, 2012 at 9:01 am | #18

    salam. adakah cikgu berminat menulis dengan sebarang penerbit? Jika ya, hubungi saya melalui email yang dinyatakan.

  1. Mac 18, 2011 at 1:27 am | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers