Syarat Masuk ke Ijazah Perakaunan di IPTA negara
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
Tempoh Pengajian : 8 semester
SYARAT KEMASUKAN
KELAYAKAN STPM
Syarat Am :
1. Lulus SPM / Setaraf dengan baik;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / Setaraf;
3. Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:
i. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
ii. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain;
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).
Keperluan Khas Program1. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam LIMA mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mana-mana kombinasi daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
a. Matematik / Matematik Tambahan
b. Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Sains
2. Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM
3. Lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM;
4. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan di peringkat STPM.
KELAYAKAN MATRIKULASI
Syarat Am :
1. Lulus SPM / Setaraf dengan baik;
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf;
3. Lulus Matrikulasi KPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang
kurangnya Tahap 1 (Band 1).
Keperluan Khas Program
1. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam LIMA mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mana-mana kombinasi daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
a. Matematik / Matematik Tambahan
b. Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Sains
2. Lulus dalam Bahasa Inggeris diperingkat SPM
ipta lain akan datang – dlaam proses pencarian

sifu,saya baru baca web sifu ni. bagus sangat. saya sebenarnya minat undang2,cuma result spm 2011 saya x bagus untuk kos undang2. selepas baca web sifu,tiba2 saya minat tentang akaun,acca,cat,lcci & pape jela. saya pun xpaham sangat apa itu acca,cat & lcci. sebab saya x ada basic apa2 tentang akaun. sifu,saya pelajar spm 2011 science streem,saya tak ada basic akaun,boleh ke saya ambil kos akaun bila sambung belajar nanti? sifu rasa akaun or cat lagi better untuk saya? sifu tolong bagi nasihat siket biar minda saya terbuka luas untuk fikir masa depan saya. saya muda lg,saya kena set masa depan saya sebelum terlambat.
result spm saya,
BM a-
BI b+
P.ISLAM a-
SEJ b+
MATH a
ADD MATH d
PERDAGANGAN c+
PEKA CIPTA a-
PHYSICS c+
CHEMISTRY e
saya dari science class,saya tak minat untuk sambung belajar tentang berkaitan dengan science. 1st pilihan saya law,2nd baru akaun,3th engineering petroleum. saya confused nak pilih yang mana 1. saya tak set lagi cita2 saya apa,masa dah semakin suntuk untuk saya pilih jalan masa depan saya. sifu rasa yang mana sesuai dengan saya kerana result saya tak begitu bagus sangat. tolong saya sifu…..
Nana Shana,
1. Terima kasih kerana melawat blog sifu-to-be (sifu2b).
2. CAT adalah Certified Account Technician (Juruteknik Akaun Bertauliah) yang dianugerahkan oleh badan profesional seperti ACCA (Association of Certifide Chartered Accountants), manakala LCCI (London Chamber of Commerce Institute) menganugerahkan 3rd Level Diploma.
3. Di Malaysia CAT tidak dianggap pengganti kepada diploma perakaunan walaupun di kebanyakan negara luar menganggap ia setaraf dengan peringkat diploma. Begitu juga DIploma oleh LCCI tak dapat digunakan untuk kemasukan ke ijazah, tak tahu kenapa. Kenalah rujuk kepada pihak KPTM (MOHE).
4. Jikalau seseorang ini membina kerjaya dalam bidang perakaunan sepenuhnya, maka mengikuti program profesional seperti LCCI dan ACCA adalah amat digalakkan. Untuk mencapai tahap pengiktirafan sebagai CAT, individu terbabit haruslah mengikuti pembelajaran/kuliah dan peperiksaan mengikut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh ACCA.
5. Dalam hal LCCI, individu terbabit harus mengambil peperiksaan LCCI tahap 1 dan tahap 2 dan tahap 3. Tetapi dibenarkan juga untuk terus mengambil tahap 2 dan tahap 3. Untuk pengetahuan Nana, pelajar SPM yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan yang mencapai gred 1-6 LCCI (ada tertera di bawah slip keputusan SPM) layak dianugerahkan LCCI tahap 2 dengan syarat membayar RM25 dan mengisi borang untuk mendapat terus SIJIL LCCI LEVEL 2 dari pihak LCCI International. Satu-satunya subjek SPM yang mempunyai peluang mendapat sijil profesional dari badan pentauliahan antarabangsa!
6. Berkenaan sambung belajar ke program Undang-undang, sifu sarankan anda mengikuti pengajian diploma undang-undang terlebih dahulu. Selepas tamat pengajian, anda bolehlah mengikuti program ijazah undang-undang pula untuk layak menjadi peguam yang juga merupakan kerjaya profesional.
7. Secara peribadi, jikalau boleh, teruskan ke diploma berbanding ke Pra-U kerana objektif awak adalah jelas untuk menjadi peguam.
Semoga berjaya.
salam sifu2b,
terima kasih atas info yang sifu beri
sifu,boleh tak sifu terangkan step2 untuk menjadi akauntan degan lebih jelas lagi?
apa yang saya faham sekarang ni
pertama, kita boleh ambil terus diploma/ijazah perakaunan
kedua, kita boleh ambil terus program profesional seperti pertamanya kita ambil CAT,seterusnya kalau kita lulus kita boleh ambil yang seterusnya ACCA..tetapi program ini merupakan program bertemu duga, di mana kalau kita tak lulus, kita kena ulang semula sehigga lulus.
betul ke sifu?
terima kasih sifu dan minta maaf untuk soalannya
dan lagi satu sifu
kalau kita ambil diploma/ijazah perakaunan..
bilakah kita akan mengambil ACCA,CAT.LCCA?
selamat sejahtera,sifu
saya(BARU LEPAS SPM, AKAUN DAPAT A) dah baca page ini dan saya nak tanya bahawa perakaunan STPM susah tak berbanding dgn ekonomi? kalau saya ambil akaun STPM, lepas tu result keluar ada apa biasiswa boleh saya pohon selain IPTA?
sifu blh reply pandangan sifu ke EMAIL ADDRESS saya (sengzhong_93@hotmail.com)
HARAP SIFU BOLEH BANTUKAN SAYA TANPA MENGIRA KAUM.
SEKIAN,TERIMA KASIH.
assalamualaikum sifu,
sy pelajar lepasan spm 2010,
masa sekolah dulu sy x amik akaun but sy plan nak ambil dip akaun dekat uitm..sy cek diploma kat situ ada 6 sem=3thn belajar..sy rase lama sgt..lepas tu sy dgar uitm nak buat student blajar 3 sem dlm stahun.betol ke?? kalau mcm tu bole la jimat stahun..maksudnye blaja diploma 2 thn..tp sifu kalau lpasan diploma nak amik ijazah brape thn ye?? sy dpt matrix..mak bapak sy surh perg sane sbb CEPAT tp sy x nak coz matrix ni kene pointer tnggi n kene bersaing dgan stpm..u akn pndg stpm lg..lgpont sijil matrix x laku sgt bbndg dgn diploma..so sy nak sgt diploma cume lambat sgt..ape pndapat sifu..amek matrx ke diploma..tp rasenye degree lpasan diploma lg cepat bbndg lpasan matrx kan sifu..? maaf pjg sgt..sy harap sifu bole tolong sy.. sifu bole email kat sy jwp dy..
p/s: result spm sy tahap sederhana..tp math n add math sy A+..
TERIMA KASIH sifu..
nurulatiqah93@gmail.com
boleh tak nak ambil cat(certified accounting technician)semasa asasi?means slps mndapat kputusan spm,mengambil cat sambil belajar,
Salam sifu..sy adalah bekas student jurusan perakaunan Kolej Matrikulasi Kedah batch 2010/11.Result PSPM sem 1 sy teruk disebabkan ada msalah,saya hanya dapat 2.59 dan gred subjek akaun sy ialah B.Result PSPM sem 2 sy ok,alhamdulillah sy dpt 3.4 n gred tuk subjek akaun ialah A-.Sifu..adakah sy bpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di UDM or UMT kerana pointer y sy perolehi rendah dan MUET sy hanya mmperolehi band 2????sy mgharapkn maklum balas dari sifu dgn segera..terima kasih..
Salam sifu..sy sr0nok bca web sifu..detail,bagus n byk bg sgt inf0 tntg u n c0urse..
sebenarny,sy nk mnta pndpt sifu..skrg nieh sy tgh c0nfuse nk pilih u mna..sy plan nk c0ntinue my degree in acC0unting c0urse..sy harap sgt,sy boleh g0 on..sy lepasan matrik..Alhamdulillah,result sy ok..sem1,sy dpt 3.57..sem2,sy dpt 4.00..s0,pngk sy 3.79..MuET:band 3..agk2 sy bleyh go 0n in acCounting c0urse x?rmai kwn2 sy kta,sy boleyh ngn akaun..tp atceli sy xbrani pn da..tk0wt nnt xboleyh go 0n pulak..kalau sy smbg ngn acCount,u mna yg pt0t sy plih??sy nk mntak UTM..akaun kt UTM,ok x?
kalau sy mntak UITM,,kt mna yg da degree akaun erk?UITM kan da byk tmpt s0 sy nk twu UITM yg da degree akaun..heEee~
sy tgh c0nfuse sma ada nk letak 1st ch0ice 2,UTM or UITM..sy nk jgak UUM tp ntah lar,xminat sgt UUM 2..hihi~
Agak2 kalau sy mntak akaun kt UM,dpt x?da org ckp UM 2 pilih bdk2 yg dpt 4flat je..huhu~
sifu,,sy xtwu lar,npa sy teringin sgt nk stdy kt UTM in aCcounting..tp sy tk0wt pilihan sy 2 slah pulak..can u suggest me da best university?
one more question,,upu yg 8 pilihan 2,,boleyh x kebykan pilihan mntk akaun tp u lain?terjejas ape2 x?
akhir skli,,sy harap sifu dpt membantu sy dlm masalah ini..sy sgt2 c0nfuse skrg..huhu,,sy juga berharap sifu dpt memberikan maklum balas dgn segera..terima kasih,sifu~
)
salam. masalah saya sangat3 sama dengan husna.
apa yang dinyatakan memang sama dengan apa yang saya alami.
p0inter p0n sama.3.79. muet p0n band 3.
saya p0n memilih u lain2 tapi k0s tetap acc.
saya takut p0inter saye xckup bagus untuk melayakkan saya dpt k0s itu.
saya terfikir dengan memilih kelapan2 k0s akaun, takut xde 1 p0n yg sangkut.
saya juga berminat dengan ek0nomi. tapi pilihan utama saya adalah acc.
saya berharap sifu dapat membantu kami ya.
terima kasih sifu… =)
assalamualaikum sifu. minta maaf yea andai nya prtnyaan sy nie mcm x relevan ataupun xda kena mngena tpi sy skdar nak thu dri pengethuan sifu.
a) sy nie penuntut jurusan dip sebuah ipta brkaitan business dan perakaunan.nk tnya, kalau situasi sy nie, MCM MNA nak AMIK CAT dan LCCI?? minta tlong further kan jwpan supya boleh org2 laen yg brsependat dgn sy tau mklumat dri pengethauan sifu. buley ea..
Assalammualaikum,
sifu, sebagai seorang pendidik yang berpengalaman. saya minta jasa baik sifu untuk mengulas lanjut tentang masalah yang saya hadapi dan sedikit sebanyak ia menganggu fikiran saya.
saya lepasan diploma dalam bidang pengurusan pentadbiran di salah sebuat ipts di selangor. saya amat teruja untuk menyambung pengajian saya di ipta memandangkan keputusan yang diperolehi amat berpuas hati. saya belajar untuk bangun daripada kesilapan yang pernah saya lakukan pada peperiksaan spm yang lalu.
malangnya, kebanyakan ipta yang ingin saya mohon mahu kan result diploma dan spm.
disini lah saya berasa kurang keyakinan dan merasakan tiada peluang untuk saya di ipta. buat pengetahuan sifu result CGPA saya 3.38 dan muet band 2 manakala spm (2007) saya mempunya 6b 1c 2d. matapelajaran yang mendapat subjek D adalah matematik dan bahasa inggeris.
keluarga saya juga bukan la daripada golongan yang senang, saya pula anak sulung mahu tunjuk kan contoh pada adik-adik yang lain. tetapi situasi ini membuat kan saya patah semangat dan harapan untuk berjaya.
pada pendapat sifu sendiri, patutkah saya mengulang (spm ulangan) untuk 2 subjek ni?
saya benar-benar buntu. saya mahu mengejar cita-cita saya.
BINTANG,
1. TAK PERLU ulang SPM.
2. Walaupun SPM awak tak baik tetapi semasa memohon ke ijazah, kelayakan utama yang dipertimbangkan adalah kelulusan diploma awak semata-mata, hanya jika ada kelemahan barulah keputusan SPM awak diambil kira.
3. Keputusan CGPA 3.38 tu mungkin amat membantu awak dalam bersaing di kalangan kelompok (atau kategori) pemohon lepasan diploma. Namun kenyataannya, ramai juga pelajar lepasan diploma yang memperoleh CGPA melebih 3.500. Tetapi peluang awak masih ada.
4. Program ijazah yang dipohon hendaklah yang relevan dengan awak. Mungkin dengan memohon bidang yang sama dan di IPTA yang bukan di bandar dan negeri popular/utama.
5. Sifu hanya mengharapkan bahawa subjek/kursus matematik (atau yang berkaitan) dalam Sem1/2/3 di peringkat diploma adalah amat memuaskan sehingga boleh mengatasi masalah Math SPM D kamu.
6. Tetapi jika masih lemah, maka lebih baik awak mula memikirkan bidang lain di peringkat ijazah yang tidak memerlukan kekuatan matematik tetapi masih kamu minati dan berpotensi memberi kejayaan dan kerjaya untuk kamu.
Semoga berjaya.
salam sifu, sy nak minta tolong sifu sgt2. keputusan SPM sy 6A 1B 1C 1D, B sy maths modern, C sy english, D sy addmaths. sy sempat blaja di matriks selama sebulan dlm jurusan perakaunan. justeru, ayah sy tiap2 hari telefon suruh quit matrik masuk uitm sbb org ckp sijil matrik tak laku, degree pulak blum tentu lg dpt degree akaun, uitm pulak org berebut student dye laku org berebut na amik kerja. degree t confirm2 akaun. btul ke? sy mmg minat akaun dri kcik. tu cita2 sy. skg sy sdg mngikuti diploma perakaunan di uitm. btul ke keputusan sy klua matrik tu? =( walau bagaimana pun, atas sebab2 masalah yg sy hadapi, pointer sem1 sy hanya 3.02, sem 2 2.77 =(, skg sy sedang menduduki sem3. sy cadang na sambung belaja smpai degree, master, phd. tp sy masih lg confuse, sy nak tau, to be d best accountant, lepas degree, ke mane sy patut further study sy? harap sifu bls. terima kasih byk2 atas keprihatinan sifu! salam. ^_^
Tak perlu sesali keputusan yang lalu. Lupakan perkara berkaitan Matriks, kerana ia hanya menjadi menyedihkan kamu. CGPA semasa kamu agak sederhana kerana ia semakin menurun. Saya risau ia kerana kekecewaan kamu. So, mantapkan diri, fokus kepada masa kini dan akan datang. Sekarang kamu adalah siswazah DIPLOMA PERAKAUNAN. Tanggungjawab kamu kepada diri sendiri ialah menamatkan pengajian dan mendapat DIPLOMA PERAKAUNAN dengan keputusan yang terbaik. Ia amat penting supaya dapat sambung ke peringkat ijazah perakaunan di UiTM juga (atau IPTA lain). Ingatlah, ramai orang yang nak masuk ke diploma perakaunan dan juga nak ke ijazah perakaunan. Kamu sudah di dalam program itu, maka jangan sia-siakannya. Soal kerjaya masa hadapan, mahupun peluang belajar ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang amat tertakluk kepada prestasi akademik diploma kamu. Anda sudah bersedia? bersedia atau tidak, kamu bolos saja dinding cabatan hidup itu. Nescaya, ada kejayaan di sebalik dinding tersebut.
Semoga berjaya.
dulu cgu pun lulusan diploma perakaunan, lepas tu sambung belajar di uitm ke peringkat ijazah..cgu rasa ape yang kamu buat da ok jgn toleh kebelakang terus berusaha..lagi satu jangan suka dengar cakap orang. yakin diri sendiri..betul kata sifu bolos saja dinding cbaran hidup itu..anda boleh kalau betul2 mahu…
salam. boleh ke minta tukar dari program pentadbiran perniagaan ( kewangan ) ke Akaun….kat Uitm Machang..
Hal itu, kenalah tanya secara langsung kepada pentadbiran UiTM Machang sendiri.
sifu… boleh ka toe law akw cma ambik p.a dan add math…?
selamat pagi.. saya ialah pelajar lepasan STPM… subjek yang saya ambil ialah BM (3.00), PA (2.67), GEO (3.00), & SEJ (2.3..) adakah saya layak utk memohon kos perakaunan di peringkat ijazah ? bg subjek SPM… saya telah menduduki peperiksaan utk subjek BM (A2), BI (7D) , MT (A2), ADD MATH (8E), SC (B),SEJ, PERAKAUNAN (A2), EKONOMI ASAS (B3), SAINS SUKAN( 6C) & PEND. ISLAM (A2)… saya ingin melaanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan sementelahan saya sedang bekerja di management office… dan saya juga telah mempunyai serba sedikit pengalaman dalam bidang ini setelah bekerja sbg clerk di pejabat private akauntan (sinar tax & management, kajang) selain itu sy juga bekas pekerja dr purchasing dept. di KPJ KAJANG specialist hospital…
Assalammualaikum,
Sifu, dulu saya ada bertanyakan pendapat sifu mengenai masalah dalam memilih jurusan mengikut kelayakan kita. Alhamdulillah sifu berkat doa ibu bapa, nasihat daripada sifu akhirnya saya dapat menjejakkan kaki saya di salah sebuah institusi IPTA yang terkemuka di sarawak, tetapi saya masih mempunyai masalah dengan tahap pembelajaran disana.
Saya memegang jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) dan apa yang saya khuathirkan adalah, pembelajaran science yang diterapkan dalam kursus ini menyebabkan saya hilang focus, dan selalu rasa rendah diri diantara kawan-kawan yang lain disebabkan mereka lepasan matrikulasi beraliran science.
saya merasakan tertekan dengan keadaan ini, dan saya ingin menukar jurusan tetapi malangnya kebanyakan universiti mensyaratkan mathematics kredit. Untuk masalah yang saya utarakan ini, bolehkah saya meminta atau membuat penukaran kursus ke universiti lain ? apa pendapat sifu? dan saya ada membuat beberapa survey. ada beberapa universiti yang menawarkan kursus yang sama, cuma yang membezakan subject yang di tawarkan tidak menjurus kepada science.
bantu saya sifu, saya perlukan jawapan yang tepat supaya saya tidak terus begini
salam sifu. terima ksih bnyak2 ats nasihat sifu ni. sblum ni saya ade bce artikel sifu utk perbzaan antara matriks n diploma. byk kwn2 yg provoke sye utk ambil diploma, tp since ayh saya cikgu, dia sarankan saya ambik matriks coz belajar lagi cepat and bagus. btw, saya baru sudah habis ambik SPM untuk sesi 2011 ni. so lepas ni nak pegi matriks untuk akaun, tapi saya ade dengar tentang LCCI tuh, tak paham sangat? walaupun dh banyak kali diterangkan. hehe. tapi persoalanny, adakah sijil LCCI tu dirujuk untuk masuk matriks nanti? dan satu lagi macam mana nak dapatkan tawaran luar negara, kena mohon ke? atau tunggu tawaran? saje tanye. sebab berangan nak belajar luar negara.
hi sifu……… sye nak tanye pasal akaun…. kat poli ade x dip in akaun…. blh x sye sambong belajar kat poli… dan leps tu degree aku kat maner…. dan cat kat maner dan i nak buat acca… klu nak buat acca kenek buat cat dulu ke??
salam sifu…saye nak tanye pendapat sifu…sekarang saya berada di form 5dan dapat aliran akaun..saya dan kawan saya ingin drop addmaths kerana kami memang tak boleh bawak…masalahnya cikgu cakap kalau kami drop addmaths kami kena drop physics and kimia sekali….katanya kami perlu pikir semula jurusan apa yang kami nak ambil nanti kalau sambung belajar.kalau kami drop kami akan turun kelas…boleh tak sifu beri pendapat dan bagitahu saya antara jurusan yang tak memerlukan addmaths>>>>>>>>>>>
SY MASIH FORM4, APA SUBJUK MESTI ADA KALAU SY MW AKAUNTAN………… EKONOMI ASAS DAN PERDAGANGAN SYA X AMBIL, ADAKAH IA WAJIB AMBIL????????
saya ingin bertanya bolehkah saya menjadi seorang professional akauntan tanpa mengambil subjek matematik tambahan???saya hanya mengambil subjek prinsip perakaunan,ekonomi asas,perdagangan sebagai elektif SPM saye???
salam sejahtera sifu. saya suka dengan web sifu ni. byk membantu sangat. saya ingin bertanyakan beberapa soalan.
1. kelayakan untuk ke degree perakaunan uitm berdasarkan diploma dan spm ke?sekarang saya belajar dia ipts di selangor. target saya 3.00 dan keatas. spm saya semua kredit kecuali ADDMATH saya dapat C. adakah saya layak untuk masuk ke degree perakaunan uitm?
2. apakah lcci,acca? apakah kegunaan nye? bilakah saya layak mengambil sijil lcci atau acca? bolehkah saya mengambil lcci dan acca, sebagai rujukan untuk diambil berkerja selepas diploma? mintak tolong sifu. terimakasih
askum, nak tanya ngan sifu sikit. sya pelajar unitar ambik degree pendidikan. so, saya nak ganti bidang. faham2 je la kenapa kan. jadi, saya minat nak ambil sijil lcci. spm saya takder perakaunan, dapat ker saya ambil lcci? yuran dier berapa agak2 nya ? kalau sifu taktau beraper, bagi anggaran jer pun boleh la.. tq sifu.
Assalamualaikum sifu saye ingin bertanye sesuatu..saye seorg calon SPM tahun ini..saye ingin bertanye pade sifu bolehkah saye menjadi seorang akauntan yg professional tanpa mengambil subjek matematik tambahan..saya cuma mengambil elektif prinsip akaun,ekonomi asas dan perdagangan..saye harap sifu dpt menjawab soalan saye..terime kasih sifu.
Salam..
Saya ingin bertanya mengenai peluang yang ada bagi lepasan ijazah untuk menyambung pengajian dalam bidang accounting. Saya berminat dengan accounting sejak di tingkatan 3 dan mendapat A1 utk subjek PA masa SPM. Utk pengetahuan sifu juga sy merupakan graduan llulusan kejuruteraan (pointer above 3) dan sehingga sekarang saya masih lagi berminat utk bekerja sebagai accountant.
Assalamualaikum.
Saya nak tanya jika mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan,ekonomi asas perlu ambil ke? Atau,cukuplah prinsip akaun?
Saya harapkan saya dapat terima jawapan daripada sifu secepat mungkin,kerana tempoh untuk menukar kelas akan ditutup tidak berapa lama lgi. Harap sifu dapat membantu saya.
buat masa sekarang kelas saya hanya menawarkan matapelajaran bm,bi,math,+math,sejarah,pen.Islam,chemistry,physics,biology and prinsip akaun.
prinx_xixo@yahoo.com
boleh tak melanjutkan pelajaran dalam bidang akoun kalau hanya ada pa tapi takde add math.
boleh ummi.
salam sifu , sye student spm thun 2012 sciencestream tp sye amk akaun sbg mtaplajrn tmbahan , sye na tnye lbh lnjut mngnai lcci. klulusan SPM mcm mane yg melayakkan sye msk lcci ni ? n perlu ke sye amik MUET utk amk lcci ? sye seorng yg brmnat ttg ap2 yg brkaitan akaun . tp sye tk thu ap yg hrus sye amk untk terus kan pmblajarn stelah spm . harap sifu bleh bntu sye .
terima kasih
hai sifu… saya mengambil LCCI Level 3 in Diploma ni tahun… Jadi tahun depan saya berminat untuk meneruskan pengajian bisnes di universiti swasta.. bagaimana ka itu..? bole ka saya memohon masuk universiti swasta dalam peringkat ijazah..?
Assalamualaikum, Saya Faridah,
Saya sangat berminat untuk mengambil jurusan tesl di UITM, Saya baru saja mendapat keputusan SPM 2011 saya, dan telah mendapat :
BM- B+
BI- A-
SEJ- B+
AG- B
SN- B
Maths- G
PS- B+
PD- B
PS- B+
Adakah saya masih lagi mendapat peluang ke UITM dan mengambil jurusan tesl dengan keputusan saya? Harap sifu dapat membantu saya. Buat masa sekarang, saya sedang membuat keputusan untuk membuat repeat untuk paper maths..
BM-B
BI-E
PI-B+
SJ-C
MT-D
SC-B+
GEO-C+
PSV-B
PA-C+
dengn result sy yg cm ny sy tlh mengmbl diploma sains kesihtn… Sy tlh dtrime blaja di vision college..sy mnjdy keliru krana rmai tdk mgenali kolej trsbot…adkh dsebtkan ia swasta…apa pndpt sifu?n ad kah plihan sy slh?
result:
bm a+
bi a-
pa a
sej a-
pm a
math a
fiz b+
bio b+
chem c
8math e
saya nak ambik acca lepas spm …rasanya boleh tak , sifu ? 8math e tu tak kacau ke?……orang ckp nak ambik akaun nie…bkn math je kene bagus …8math pun mesti bagus jga..at least kepujian
rasanyalah sifu ……bidang apa plg sesuai dgn result saye nie?
salam.. saya jawab satu2..
n.j, saya ex-student acca, jadi saya takde kepakaran sangat dalam lcci. boleh tanya lebih lanjut kat pusat2 pembelajaran lcci seperti kolej baitulmal, cheras. kat sana boleh blajar lcci, free pulak tu pasal dapat tajaan zakat.
ten. awak kan student lcci, kalau awak baik hati, awak kongsi la pengalaman awak blajar lcci dengan n.j. mengenai soalan awak, universiti swasta akan menerima permohonan awak asalkan awak. sila cuba university of greenwich di kolej segi. fee dia tak mahal, sama macam blajar di universiti awam di malaysia saja.
faridah. ada peluang. faridah boleh cuba apply tesl di kptm. ada pinjaman mara yg lebih bagus dari ptptn. dan syarat kemasukan ke tesl kptm lagi rendah dari uitm. selamat berjaya.
ida, memang banyak kolej swasta yg tak terkenal. yg penting, ida kene check sama ada kolej tu ada akkreditasi dari MQA. kalau ada,maknanya sijil/diploma kolej tu diterima oleh industri. kalau tak ada, saya cadangkan ida berhenti dan masuk ke kolej lain yg ada MQA.
beamalika. tak perlu asas add math kalau nak amik akaun. cukup dengan pandai tekan kalkulator. saya sarankan beamalika amik CAT sebab saya lihat result spm anda cukup strong utk amik CAT. kat kptm ada offer course CAT ni. utk info lebih lanjut tentang cat, beamalika cuba baca artikel dan komen kat page akauntansi dan sijil professional.
sekian. harap membantu
sifuu,,saya ada masalah sikit. saya rasa kurang yakin lah boleh sambung undang undang. Tapi saya amat berminat sekali dalam law ni. keputusan saya adalah–
BM – B+
BI – B+
SEJ – B+
SAINS – B+
GEO – B
P.I – B
EKO – C
REKA CIPTA – C
MATH – D
saya kurang yakinla keputusan matematik saya D. sifu rasa saya boleh sambung tak dalam law ni?
salam firdaus.
jangan cepat berputus asa. spm hanyalah langkah pertama utk ke tangga kejayaan. bagi saya, D dalam matematik dalam jangka masa panjang takkan menjejaskan peluang firdaus utk amik law pasal dalam law mana ada pasal ilmu matematik ni.. yg ada guna ilmu matematik ialah engineer, akauntan dan cikgu matematik..
nasihat saya, kalau firdaus dapat peluang sambung ke stpm, buat betul2 agar boleh membaiki keputusan firdaus sbb syarat kemasukan ke jurusan undang2 di universiti awam sangat competitive.. misalnya jurusan law di uia dan um mempunyai prestij yang sangat tinggi dan ramai org berminat nak belajar di sana..
jadi firdaus janganlah rasa ragu2 dan kurang yakin.. usaha rajin2 utk memperbaiki rekod firdaus.. selamat maju jaya!
assalamulaikOm ,,
sifu sayer nak tyer,,,sayer tak amek add math mase spm 2011,,tapi sayer nak amek akaun ,boleh ken,,???sayer nak tyer pembelajaran dalam bidang perakaunan ni banyak tak bekajar pasal Add math,??
HOpe cfU bOley bagi tau aper subjek nyer,??
Salam Sifu,
SPM 2011 saya:
BM- A
BI- A
Maths- A
Sej- A
P.Islam-A
Sains- A+
A.Maths- A-
P.Akaun- A+
Bgaimana saya nak menjadi seorang guru jika sya menuntut di UiTM…. Ibu Bapa saya hanya nak saya menjadi seorang guru… Jika saya jadi seorang guru apa kah matapelajaran yang saya patut ajar….
salam.
nurizzaty, akaun takde kene mengene sangat dengan add math.. jadi jangan risau, anda boleh amik akaun.. pengiraan dalam akaun cumalah basic math seperti tambah tolak darab dan bahagi..
Hafiz.. kalau nak jadi guru hafiz boleh cuba apply di maktab perguruan.. tak pun masuk matriks dan apply masuk upsi.. sekarang ni cikgu lelaki masih lagi kurang, jadi peluang utk masuk jadi cikgu utk lelaki agak cerah, insyaAllah kamu boleh..
salam
sifu, boleh x saya tanya jika saya dapat 10A dalam SPM dan saya sambung STAM and dapat pangkat JAYYID di STAM. boleh ke saya nak sambung sarjana muda bahagian accounting atau islamic banking di universiti nanti.
bm-A+
akaun-A+
ekonomi-A+
sn-A+
math-A+
pqs-A+
sj-A
8math-A-
bi-B+
ba-B+
syariah-B+
cg, sya brminat dlm bidang akaun, pada pndapat cg, kemana harus saya tuju utk lnjutkan pelajaran dlm bidang ini
utk menjadi akauntan, apakah proses2 yg perlu dilalui
tq
salam..
now sy tgh amek diploma in islamic banking n pas nie sy bercadang tok further study degree dlm bidang pure akaun tp time spm dulu sy ta mek pon subjek prinsip akaun, so perlu ke sy tok amek SPM calon persendirian for subjek prinsip akaun???
sifu..saya pelajar lepasan spm dan kini telah register utk stpm..sya berminat utk sambung ijazah dalam undang2 selepas stpm…tapi sekolah saya mewajibkan saya mengambil p.a, p.perniagaan, dan ekonomi.. saya membuat keputusan utk mengambil sejarah sbg tambahan. ttp, ada rakan2 yang memberitahu saya bhw saya memerlukan bm jika ingin membuat law. adakah ini betul? apakah matapelajaran wajib bagi menyambung ijazah dalam undang2???
Encik Amar/sifu
Kalau lepasan Matrikulasi hendak ke degree, pihak UPU akan melihat lagi tak dengan result SPM kita? atau dia akan melihat SEPENUHNYA result di Matrikulasi kita ?
sifu, saya nak tanya. kalau saya ambil matriks bidang perakaunan. adakah saya masih dapat lcci level 3??
asparina,, dia amik sepenuhnya matriks,,,
salam sifu , saya pelajar lepasan SPM 2011 , baru-baru ni saya ditawarkan program LCCI di institut profesional baitulmal ? masalah saya di sini , bolehkan lulusan LCCI melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di ipta/ipts ? saya masih kabur tentang hala tuju selepas mengikuti program LCCI ? bolehkah saya menceburi bidang perguruan menggunakan ? saya keliru dengan masa depan saya . saya rasa sedikit berputus asa apabila gagal menempatkan diri di IPTA , saya nak minta pendapat sifu , selain bidang perakaunan , bidang apa lagi boleh saya ceburi dengan result :
BM A+
BI A-
MATH B
SEJ A
PIS A
AKAUN A-
REKA CIPTA A-
KIMIA D
FIZIK D
ADDMATH D
bidang apa yg mira minat? cuba banyakkan pembacaan tentang karier2 kat luar sana dan cari apa yg betul2 mira minat.. ada byk lagi bidang yg mira boleh ceburi macam bidang IT, bidang arkitek, bidang perguruan, bidang business studies, ekonomi, dan lain2.. selamat maju jaya..