Rumah > Umum, spm, akaun, Prinsip Perakaunan, Kertas 3, Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 > Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2011

Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2011

Seperti mana semua guru Prinsip Perakaunan SPM dah sedia maklum, pelajar-pelajar T4 2010 yang mengikuti kelas Prinsip Perakaunan diwajibkan untuk menduduki 3 kertas peperiksaan SPM 2011.

Kertas 3 adalah format pentaksiran terbaru yang diperkenalkan oleh LPM, selaras dengan objektif KPM untuk memperluaskan penilaian dan pentaksiran akademik murid berasaskan sekolah.

Semua pelajar PAK akan mula menjalankan tugasan 1 (T4) mulai 1 Ogos 2010 dan akan disiapkan dalam tempoh 8 minggu persekolahan. Dengan kata lain, ia tidak termasuk cuti gantian bersempena Hari Raya dan cuti pertengahan semester 2.

Berikut adalah petikan Link dari Laman sesawang Rasmi KPM:

3756/3 : Prinsip Perakaunan E-mail
Kerja Kursus dan Projek SPM
Kod 3756/3
Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan
Format Pentaksiran Muat Turun Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011
Panduan Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010)
Tugasan Muat Turun Tugasan Projek
Perisian Muat Turun Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3
Last Updated ( Friday, 30 July 2010 )

Penerangan lanjut, sila hubungi guru-guru PAK yang berdekatan dengan anda.

Anda boleh juga membaca post terbaru saya mengenai kertas 3 dan klik di atas menu KERTAS 3 untuk maklumat lain.

TAMBAHAN : Item Contoh Kertas 3 boleh diperoleh dari blog Cg Narzuki di sini.

16/03/2011 – Saya sedang berusaha menulis sebuah buku lengkap termasuk penggunaan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan seperti ini. Baca mengenainya dipautan ini.

  1. Julai 22, 2010 at 12:03 pm | #1

    Guru-guru Prinsip Perakaunan SPM Daerah Penampang akan menghadiri kursus pendedahan perubahan pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011. Semua guru Daerah Penampang yang telah menerima surat harus hadir untuk kita sama-sama berkongsi maklumat dan mungkin, jika berkesempatan, sama-sama merancang persediaan Kertas 3 ini.

    Kami menunggu kehadiran anda.

  2. Julai 27, 2010 at 12:16 am | #2

    Sampaikan salam saya kepada guru2 akaun Daerah Penampang, semoga kursus tersebut berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan. InsyaAllah.

  3. Julai 27, 2010 at 8:03 am | #3

    Insyaallah akan disampaikan. Kursus Rasmi telah dijalankan Jumaat lepas. Kami hanya menyampaikan maklumat yang diperoleh dari mesyuarat dengan LPM minggu sebelumnya. Untuk Ahad ini, kami sepakat nak sama-sama duduk untuk memperkasakan diri masing-masing supaya tidak kekok menangani Tugasan 1 ini.

  4. nina
    Ogos 3, 2010 at 8:13 pm | #4

    cmne nk krje projek…ckgu…tlg laa

  5. Ogos 3, 2010 at 10:02 pm | #5

    Nina, dah baca soalan sepenuhnya? guru dah beri taklimat? Guru anda sepatutnya beri taklimat minggu ini dan pelajar akan mula buat profil perniagaan.

  6. mai
    Ogos 12, 2010 at 11:46 pm | #6

    salam…cikgu xde contoh kerja kursus ke?

  7. Ogos 13, 2010 at 9:54 am | #7

    kenape tahun ini baru dibuat kertas 3???

  8. thilaga
    Ogos 14, 2010 at 11:17 am | #8

    oh my god……. y this year want to do…

  9. amira
    Ogos 16, 2010 at 8:24 pm | #9

    bagaimana hendak membuat lampiran 4 iaitu senarai keperluan dokumen berdasarkan urusniaga? TQ.

  10. nad
    Ogos 18, 2010 at 10:49 pm | #10

    salam , cikgu !
    saya dah pening buat kerja kursus akaun nie ==” dah tak boleh fikir dah nie . hmm , cegu sch beri taklimat pun . ringkas saje . huh , pengenalan perniagaan tu yg saya stuck .. harap cikgu bole bantu !
    terima kasih :)

  11. Ogos 20, 2010 at 11:12 am | #11

    amira :

    bagaimana hendak membuat lampiran 4 iaitu senarai keperluan dokumen berdasarkan urusniaga? TQ.

    Amira,
    1. Sediakan senarai/jadual urus niaga tersebut, sama ada menggunakan komputer (word/excel/dll) atau tulisan tangan.
    2. Senaraikan urus niaga mengikut urutan tarikh urus niaga.
    3. Lampiran 4 yang disediakan adalah format minimum yang perlu disediakan oleh murid. Sila rujuk contoh PERNIAGAAN SELESA yang boleh diperoleh dari guru anda.
    4. Anda juga boleh menambah beberapa lajur lagi jika difikirkan sesuai.
    5. Untuk hal kelas yang saya ajar, kami gunakan format jadual berikut :

    | Bil | Tarikh | Komponen | Ringkasan Urus niaga | Keterangan Urus Niaga | Dokumen Digunakan |

    6. Sila ambil perhatian bahawa dalam Komponen Penerimaan, Urus niaga HASIL tidaklah termasuk Jualan tunai. Urus niaga Jualan sudah dinyatakan secara terperinci dalam KOMPONEN JUALAN BERSIH.

  12. fatin
    Ogos 27, 2010 at 8:59 pm | #12

    salam,,,sy pening sgt nk buat keje akaun ne,,tak taw nak mule dri mane
    t0long sy,,

  13. Ogos 30, 2010 at 3:24 pm | #13

    salam, tolong saya mcm mane nak baut kerja projek akaun 2010 dari mula?

  14. hanif
    Ogos 30, 2010 at 10:16 pm | #14

    salam,cmne ek nak mula dri awl kje nie???

  15. AZ ZINNIRAH
    September 1, 2010 at 2:57 pm | #15

    salm,cmne nk wt kertas 3,da pk2 xley gak wat..nk susun duit rm50000 xtau la……..

  16. AZ ZINNIRAH
    September 1, 2010 at 3:06 pm | #16

    cikgu balas cepat sikit blh x???sya nga pening kpla nie…….t nk raya tu sya tension,agy 1 sya kurg phm nk wt lejar,jernal dan bku tunai..

  17. September 1, 2010 at 9:01 pm | #17

    AZ ZINNIRAH :

    salm,cmne nk wt kertas 3,da pk2 xley gak wat..nk susun duit rm50000 xtau la……..

    AZ ZINNIRAH :

    cikgu balas cepat sikit blh x???sya nga pening kpla nie…….t nk raya tu sya tension,agy 1 sya kurg phm nk wt lejar,jernal dan bku tunai..

    Nak balas apanya, kenyataan awak lebih kepada keluhan.
    Rujuk contoh yang boleh diperoleh di sini. Link ini diperoleh melalui cgnarzuki.com – guru berpengalaman dari Kelantan.Sememangnya tak ada contoh lengkap. Contoh yang disediakan oleh LPM pun sengaja tak berikan contoh yang lengkap supaya pelajar tak tiru bulat-bulat.

  18. ahuzan
    September 8, 2010 at 8:58 pm | #18

    assalamualaikum?
    nk mntk tulum ckit.
    nk buat kad stok mcm mne erk??
    saya penim la.~~
    perancagan urusniaga, 40 dokumen, jurnal sume ni da ciap..
    lejar, kad stok n imbagan duga je penim nk buat.
    tolong saya!!

  19. September 9, 2010 at 1:02 pm | #19

    ahuzan :

    assalamualaikum?
    nk mntk tulum ckit.
    nk buat kad stok mcm mne erk??
    saya penim la.~~
    perancagan urusniaga, 40 dokumen, jurnal sume ni da ciap..
    lejar, kad stok n imbagan duga je penim nk buat.
    tolong saya!!

    Kad Stok boleh disediakan menggunakan format yang dinyatakan dalam Lampiran. Sila rujuk buku PANDUAN yang kementerian dah sediakan.
    Pastikan sahaja kandungan Kad Stok sama dengan butiran dalam Invois dan Bil Tunai. Jika awak beli barang XXX, maka dalam Kad Stok XXX mesti ada bilangan kuantiti Masuk berserta nilai barang XXX seunit. Bila awak jual barang XXX, maka mesti catatkan dalam kad stok barang XXX dalam bahagian KELUAR. Beza Masuk dan Keluar adalah BAKI fizikal barang XXX dalam stor/gudang atau bilik stok anda.

  20. Nawanow
    September 10, 2010 at 11:32 pm | #20

    salam.nak tanya cam na nak wat pgnalan p’ngaan.ckg dah trang,tp dah lupa la…hrp tlg….

  21. eyqa
    September 14, 2010 at 3:34 pm | #21

    em taun depan ada lagy kea keje kusus ny ??
    taun ny pun da mcm na tcekik jea buad , hmm:(
    dala saya ta bajar kat skula, harapkan tempat tuition jea,
    tp sampai skrng ta siap siap lagy..
    wuaaaaaa

  22. Juju
    September 15, 2010 at 11:45 am | #22

    emm…
    kami ne dalam proses buat ne..
    memerah otak la nak buat…

  23. Juju
    September 15, 2010 at 11:47 am | #23

    ahuzan :assalamualaikum?nk mntk tulum ckit.nk buat kad stok mcm mne erk??saya penim la.~~perancagan urusniaga, 40 dokumen, jurnal sume ni da ciap..lejar, kad stok n imbagan duga je penim nk buat.tolong saya!!

    wah..
    kami baru nak buat..
    cikgu korang ada beri contoh ke untuk buat keja kursus ne..

  24. ZIE
    September 17, 2010 at 5:24 pm | #24

    Salam..mcm mana nak wat nie..susah lah..npa xda contoh..kami dberi masa 1 bulan ja..xckup lah..

  25. ZIE
    September 17, 2010 at 5:45 pm | #25

    lepas wat urusniaga,nak wat pe lg..

  26. fat bunny
    September 18, 2010 at 6:36 pm | #26

    salam,
    -knpe xde cth kerja kursus PA??
    -mcm mne nk wt kad stok??

  27. sani
    September 22, 2010 at 1:15 pm | #27

    salam.
    cam na nie. rasanya kat mana saya salah.bap kunci kira2 saya x imbang laa ..

  28. September 28, 2010 at 10:13 pm | #28

    fat bunny :

    salam,
    -knpe xde cth kerja kursus PA??
    -mcm mne nk wt kad stok??

    Kat cikgusila punya blog ada dah. download di cgsila.blogspot.com

  29. September 28, 2010 at 10:15 pm | #29

    sani :

    salam.
    cam na nie. rasanya kat mana saya salah.bap kunci kira2 saya x imbang laa ..

    Bagaimana dengan Imbangan duga awak? Seimbang? Bagus. Kunci kira-kira pula, berapa beza antara keduanya? Adakah nilai itu bersamaan dengan NILAI STOK AKHIR atau UNTUNG/RUGI yang dihitung melalui AKUR? Semak semula.

  30. Amutha
    September 29, 2010 at 10:06 pm | #30

    Kata nak buat dalam tempoh 2bulan tapi kita dapat tajuk ahir bulan ogos.bagaimana pelajar boleh siapkan 40 dokumen.Ini adalah tahun pertama untuk kertas 3.saya cadangkan tahun hadapan tolong bagi soalan sebelum atau 1 haribulan ogos.selain itu kerajaan tolong batalkan kertas 3.terima khasi

  31. September 29, 2010 at 10:49 pm | #31

    Amutha :

    Kata nak buat dalam tempoh 2bulan tapi kita dapat tajuk ahir bulan ogos.bagaimana pelajar boleh siapkan 40 dokumen.Ini adalah tahun pertama untuk kertas 3.saya cadangkan tahun hadapan tolong bagi soalan sebelum atau 1 haribulan ogos.selain itu kerajaan tolong batalkan kertas 3.terima khasi

    Amutha, soalan dah keluar awal sebelum 1 OGOS 2010 lagi. Semua pelajar dan guru dikehendaki/diarahkan memuatturun (DL) soalan secara langsung dari lamanweb MOE.gov.my. Jika anda dapat soalan lewat, ini bermakna guru atau pelajar sendiri tidak prihatin atau tidak dimaklumkan secara langsung tentang arahan yang telah dihebahkan terlebih awal. Takziah buat kamu, tak dapat kami nak tolong.
    Soalan ini adalah soalan exam rasmi dan dinaiktaraf sebagai kertas 3, yang mana lebih baik lagi berbanding hanya sebagai tugasan biasa. Cikgu mengharapkan kerajaan teruskan Kertas 3 ini kerana realitinya ia memberi manfaat kepada pelajar Perakaunan yang sepatutnya bakal mencapai tahap 2 LCCI antarabangsa (LCCI International Level 2).
    Sebenarnya, tugasan ini boleh dilakukan oleh semua pelajar kerana ia tidak sesukar yang digambarkan. Malangnya dalam tahun ini terlalu banyak cuti dan juga dalam kes sekolah cikgu, ujian bulanan turut dijalankan sebelum cuti hari persekolahan dan cuti raya. Ini menjejaskan, sedikit sebanyak, penjadualan tugasan dan komunikasi antara guru dan pelajar. Ada pelajar cikgu memang mengaku belum sampai ke tahap sepatutnya tetapi ada 3 orang yang dah sampai laporan kewangan dan 1 orang tinggal sediakan rumusan.
    tahukah anda, bahawa pelajar ijazah perakaunan UPM wajib menyiapkan tugasan serupa dalam semester 1 dan perlu disiapkan dalam tempoh beberapa minggu juga.

  32. chipsmore
    September 30, 2010 at 7:42 pm | #32

    amira :
    bagaimana hendak membuat lampiran 4 iaitu senarai keperluan dokumen berdasarkan urusniaga? TQ.

    npa xda cnth kerja krss??
    pnng lha…huhuu…

  33. zAmI
    Oktober 2, 2010 at 7:08 pm | #33

    emm napaknyer rmai lg x ciap n…heheh contoh t http://cikgusila.blogspot.com/ dh upload..bole tgk la..jgn tiru bulat2 plak…

  34. Oktober 5, 2010 at 10:55 pm | #34

    zAmI :

    emm napaknyer rmai lg x ciap n…heheh contoh t http://cikgusila.blogspot.com/ dh upload..bole tgk la..jgn tiru bulat2 plak…

    Cadangan yang baik.

  35. anna
    Oktober 13, 2010 at 9:34 pm | #35

    jgn temberang la cg

  36. Oktober 17, 2010 at 10:50 am | #36

    anna :

    jgn temberang la cg

    Hahaha, jahat awak ni. No IP awak, 218.208.91.130, dari GITN punya. So, sama ada awak pelajar saya, atau rakan sekerja saya, atau guru sekolah lain dari negeri lain
    Kalau temberang pasal hal-hal kat atas tu, minta maaf jelah. Saya bukanlah orang TEMBERANG. Oh ya, di Sabah, temberang maksudnya ‘Act lebih’/angkuh. Temberang lain bermaksud menipu. Saya tak tau mana satu maksud kamu, angkuh atau penipu. Tak apalah.

    Almaklumlah, nak menukar murid bumiputera dari tak berani kepada berani, daripada tak ada apa-apa (typical bumis kata orang) kepada generasi bumiputera yang mampu bersaing dengan suku-kaum lain yang telah hebat memerlukan keberanian dari gurunya juga untuk menegaskan perkara-perkara bermanfaat seperti LCCI atau sebagainya. Siapa lagi kalau bukan guru. Takkan nak tunggu pakar motivasi atau pakar kerjaya datang ke sekolah, berbayar pula tu.

    Tapi kalau Anna cakap saya temberang sebab hal lain, maka awak tanggung sendirilah.

    Bak kata pemimpin negara (petikan dari Utusan Online – Pendidikan berkualiti tentukan negara maju -17/10/2010 di bawah ini.

    Petikan beberapa perenggan yang menarik:

    Menurut Timbalan Perdana Menteri, pendidik berperanan penting dalam pembentukan insan secara holistik melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). “Dengan ini, kita akan dapat menghasilkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan serta berupaya untuk memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara.”

    Malah dalam menyediakan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan memenuhi keperluan dan kehendak semasa, kementerian katanya, memperkenalkan dasar-dasar baru tanpa membelakangi dasar-dasar lain yang masih relevan dan sesuai.

    Muhyiddin berkata, cabaran utama yang dihadapi oleh pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing di peringkat global. (my comment: LCCI/ACCA?)

    Oleh yang demikian, katanya, para pendidik perlulah mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi, kekuatan minda yang profesional, ketangkasan daya fikir dan daya cipta, kemantapan idealisme yang harus dibangunkan untuk melahirkan persekitaran pendidikan yang cemerlang berlandaskan nilai dan etos ‘learning society’.”

    Saya menyokong dasar negara dalam pendidikan dan ekonomi negara melalui subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi

  37. ummu adli
    Januari 22, 2011 at 10:21 pm | #37

    Salam…saya ingin bertanya bagaimana jika ada pelajar sains tulen drop biology dan kemudian baru ambil PA start Januari 2011.. boleh ke? mohon direspon segera

  38. Januari 23, 2011 at 11:31 am | #38

    ummu adli :

    Salam…saya ingin bertanya bagaimana jika ada pelajar sains tulen drop biology dan kemudian baru ambil PA start Januari 2011.. boleh ke? mohon direspon segera

    Setahu saya, pelajar boleh tambah subjek, tertakluk kepada ketersediaan sekolah. Malangnya mulai tahun 2010, kertas 3 telah diperkenalkan dan tugasan 1 telahpun selesai sejak September 2010. Ini bermakna, walaupun awak bersedia mengikuti pelajaran PAK dan akan menduduki kertas 1 dan kertas 2 PAK dalam peperiksaan SPM 2011, awak sebenarnya telah ‘tidak melengkapkan’ kertas 3. Apa-apapun itu hanyalah tafsiran saya sebagai guru biasa.

    Untuk mendapatkan keterangan ‘teknikal dan rasmi’, saya cadangkan awak rujuk terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dapatkan jawapan rasmi dari mereka, termasuklah mengetahui kesannya kepada gred awak jika diberi kebenaran mengikuti PAK hingga SPM 2011, atau bagaimana awak perlu menyiapkan Tugasan 1 sebelum Tugasan 2 (bermula Mac-Apr @ Apr-Mei) dimulakan.

    Mana tau ada prosedur khas untuk kes-kes seperti ini.

    Semoga berjaya.

  39. Maryline Martine
    Februari 8, 2011 at 5:14 pm | #39

    erm, saya pun Pure Science student juga. Tiada drop mana2 subjek, tapi ambil Prinsip Perakaunan semenjak hujung bulan januari 2011 iaitu time saya sudah form 5. cikgu cakap takde masalah pun? :X

  40. Februari 8, 2011 at 11:03 pm | #40

    Maryline Martine :

    erm, saya pun Pure Science student juga. Tiada drop mana2 subjek, tapi ambil Prinsip Perakaunan semenjak hujung bulan januari 2011 iaitu time saya sudah form 5. cikgu cakap takde masalah pun? :X

    Kalau betul begitu, baguslah. Tetapi adakah Maryline akan siapkan tugasan 1 Kertas 3 atau cikgu awak kata tak perlu? Harap dapat kongsi maklumat bersama kami.

  41. zan
    Februari 19, 2011 at 1:26 pm | #41

    kerja kursus untuk form five x kluar ag ke ckgu…..agak2 bila soalan akan kluar???????

  42. nad
    Mac 26, 2011 at 1:26 pm | #42

    bulan 4 suda start uat kje krsus . fuh pning gle .agk2 tajok pew yg kua .

  43. Mac 26, 2011 at 1:42 pm | #43

    zan :

    kerja kursus untuk form five x kluar ag ke ckgu…..agak2 bila soalan akan kluar???????

    nad :

    bulan 4 suda start uat kje krsus . fuh pning gle .agk2 tajok pew yg kua .

    Zan dan Nad,
    Kalau tak ada masalah, soalan Tugasan 2 akan dikeluarkan di laman sesawang LPM pada 1 APril 2011. Kita serang laman sesawang tu pada tarikh tersebut.

  44. terrence
    April 2, 2011 at 2:00 pm | #44

    bagaimana nak buat folio ni?? bolehkah berikan sedikit informasi tentang folio ni??

  45. April 3, 2011 at 2:46 am | #45

    terrence :

    bagaimana nak buat folio ni?? bolehkah berikan sedikit informasi tentang folio ni??

    Perbincangan mengenai tugasan 2 sedang hangat dilakukan di laman blog rakan saya, cgnarzuki.com. Anda digalakkan untuk turut membaca soalan dan jawapan di sana.

  46. aan
    April 7, 2011 at 7:39 pm | #46

    salam…cikgu ada x contoh kerja khusus prinsip akaun ting 5 2011

  47. Nor Aida
    April 11, 2011 at 11:36 pm | #47

    x sabar nak contoh kerja khusus tingkatan 5~~

  48. arie
    April 16, 2011 at 12:08 pm | #48

    salam….cikgu ada x cth kerja khusus pp ting 5(2011)

  49. nana
    April 16, 2011 at 8:42 pm | #49

    salam…cikgu bleh x bgi sya cnth krja khsus prnsip akaun ting 5 2011…sya dh pning dan buntu x taw cm na nk wat

  50. nyna
    April 16, 2011 at 10:41 pm | #50

    tolong…
    cam ne nk bwat peruntukan hutang ragu nie….

  51. syafiqah
    April 18, 2011 at 9:57 pm | #51

    ada yang confius la….
    adeh…camne nie….
    dah dpt contoh drpd cikgu …
    tp x semua….

  52. syafiqah
    April 18, 2011 at 10:06 pm | #52

    syafiqah :ada yang confius la….adeh…camne nie….dah dpt contoh drpd cikgu …tp x semua….

    macam mana nak buat pembetulan kesilapan tu….
    nak buat atas kertas lain atau atas kertas yg sama..?

  53. fara
    April 23, 2011 at 5:41 pm | #53

    salam hormat…ckgu….sya buntu utk wt keje kursus f5….sdeyh rse….erm still xphm nk wt pelarsn…imbgn duga plarsn…help me ckgu….:’(

  54. prety gurl
    April 23, 2011 at 8:10 pm | #54

    pelasaran pening kepala…
    cikgu itu pula peningkan kita orang…
    macam mana ini…
    perlu siapkan kerja kursus ini hujung bulan mei……
    cikgu tolong saya……
    pls pls pls pls pls pls

  55. fana
    April 25, 2011 at 8:40 pm | #55

    salam,..cgu,..
    sya nak tanya,..mcm mna nak buat pelarasan,…

  56. amy
    April 28, 2011 at 11:01 am | #56

    salam, cikgu..
    ade cont0h f0li0 nie x?
    saya pning hndak mmikirkn cra & penyelesaian kerja nie,,
    sya terSTUCK smpi imbgn duge je..(331106)
    lps 2..start pelarasan .. sya x reti nk buat..
    cikgu ..t0l0ng sya..

  57. eryka
    April 28, 2011 at 3:23 pm | #57

    ade spe2 yg dh buat folio prinsip perakaunan tingkatan 5…

  58. biehafie
    Mei 8, 2011 at 1:32 am | #58

    clm….cntoh kje kursus f5 ada tak.. saya da blurr ,,tatw nak wat cammane

  59. Kiss
    Mei 23, 2011 at 5:29 pm | #59

    assalamualaikom…..cikgu ,boleh x cikgu beri sedikit panduan macamana nak buat penghargaan, pendahuluan dan cadangan?

  60. one
    Mei 28, 2011 at 11:42 am | #60

    ckgu,cmne nk wat keje kursus.saye dh wat smpai imbgn duga .ape step strusnya adakah perlu buat imbgn dga terlars…?????bntulah sye ckgu time nk anta smkin krg dh nie….

  61. cikgu amin
    Mei 28, 2011 at 10:00 pm | #61

    bagaimana nak gabung kadar bayaran dan kadar bayaran terakru dalam imbangan duga?

  62. cikgu amin
    Mei 28, 2011 at 10:03 pm | #62

    item yang perlu ada dalam belanjawan tunai sebab belanjawan tunai hanya mengambil kira nilai dari tunai jadi bagaimana nak tentukan nilai jualan bagi 4 tahun? jawapan anda amatlah dihargai

  63. Mei 30, 2011 at 4:08 pm | #63

    Cikgu Amin, maaf kerana lambat menjawab.
    1. Kadar bayaran terakru mesti ditutup. Dalam kes ini :
    DT – AKAUN KADAR BAYARAN TERAKRU – RM280
    KT – AKAUN KADAR BAYARAN – RM280
    (Merupakan pelarasan bagi kadar bayaran terakru yang dipindah ke akaun kadar bayaran)

    2. Kadar bayaran bagi bulan Januari 2011, seperti ini:
    Baki akhir pada 31 Januari 2011 yang dilaporkan dalam AUR ialah RM280 (walaupun ada bayran tunai/cek RM560, tetapi selepas pelarasan AKBT di atas, baki akhir hanya RM280)

    Itulah yang saya arahkan kepada anak murid saya.

    BTW. Pelarasan ini adalah pembetulan ke atas Kesilapan PRinsip. Kadar bayaran bukan lagi liabiliti semasa, tetapi belanja.

  64. Mei 30, 2011 at 4:10 pm | #64

    Cikgu Amin, Belanjawan tunai MESTI turut melibatkan BAKI TUNAI DAN BANK. Oleh itu harus di tambah.

    1. Baki AWAL – baki Tunai dan Bank spt pada 1/1/2011 (rujuk Jurnal Am)
    2. Jualan tahunan – dicadangkan rujuk jualan bulan Januari dan darab 12 bagi tempoh 1 tahun.
    Tetapi boleh dibundarkan. JANGAN pakai SEN.
    3. ITem-item lain juga dicadangkan darab 12, KECUALI INSURANS, kerana RM600 memang untuk tempoh 1 tahun.

    Harap ia dapat membantu.

  65. Mei 30, 2011 at 4:31 pm | #65

    one :

    ckgu,cmne nk wat keje kursus.saye dh wat smpai imbgn duga .ape step strusnya adakah perlu buat imbgn dga terlars…?????bntulah sye ckgu time nk anta smkin krg dh nie….

    One,
    Sebenarnya selepas Imbangan Duga Belum Terlaras, sifu galakkan pelajar buat Lembaran Kerja (tak wajib- tapi saya arahkan pelajar saya buat) untuk memudahkan tugas merangka Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira bagi bulan Januari 2011. Juruaudit mahupun pegawai akaun/kerani akaun memang akan buat Lembaran Kerja dahulu untuk meninjau kesan pelarasan kepada Imbangan duga dan laporan kewangan.

    Anyway, selepas ID terlaras, awak dah boleh buat Laporan Kewangan, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Pastikan MODAL KERJA (Working Capital) ditunjukkan juga.
    Lepas tu awak mesti selesaikan Belanjawan tunai bagi tempoh 4 tahun (bukan bulan).
    Pastikan dalam belanjawan juga ditunjukkan PENINGKATAN GAJI dan KOS PENAIKTARAFAN KOMPUTER setiap 2 tahun (dikehendaki dalam soalan).

    Semoga berjaya.

  66. Sae
    Jun 2, 2011 at 9:26 am | #66

    Cegu, imbagn duga terlaras tu nak buat cam mana?

  67. pelajar form5
    Jun 4, 2011 at 3:08 pm | #67

    cara untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan ckg dah bg contoh 3 tp ckg sruh tmbh satu lagi ape erk??? yang dah ade:
    1)MENJIMATKAN kos perbelanjaan
    2)meningkatkan jualan
    3)mengurangkan belian
    lepas tu,, cara utk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan dah ade 4 nk satu aje lagi. yg dah ade:
    1)menambahkan modal utk membesarkan perniagaan
    2)menukarkan perniagaan saya kpd perkongsian
    3)membuat promosi jualan utk meningkatkan jualan dgn mensasarkan pelanggan di luar kWASan perniagaan
    4)membeli secara pukal utk mendapatkan diskaun niaga yg tinggi,,,

    ape lg satu erk??

  68. bdk pening
    Jun 8, 2011 at 12:43 am | #68

    cam ne nak wat belanjawan tunai dengan pengiraan nisbah?????tolong lah….pening giler nieee

  69. ll
    Jun 9, 2011 at 11:58 pm | #69

    boleh send me the contoh pelarasan imbangan duga?

  70. peyka isdename
    Jun 18, 2011 at 10:56 pm | #70

    asslamualaikum cgu .. leh ajar tak amacam nak buat rumusan folio form5 ne … peyka tak pandai lah buat … bingung sangat2… ramai yang kata buat macam tahun lalu pnya .. but some people say, buat macam besa2 jk .. apa yg kitorang taw .. buat lah .. and apa yg kitorang tak taw .. tak yah buat .. huh :(

  71. amin
    Jun 21, 2011 at 10:17 pm | #71

    cgku… mcm mne nk buat catatan pelarasan dlm jurmnal dan lejar ,akaun kawalan , id terlaras ???saya btol2 xpham laa ckgu..

  72. idora
    Ogos 1, 2011 at 11:15 am | #72

    Salam, cikgu. Kenapa kertas 3 untuk tingkatan 4 p.akaun x bley bukak?

  73. ira
    Ogos 1, 2011 at 3:03 pm | #73

    cikgu.. saye dah click ka link warne biru tu.. tp nape still ta ley tgk??!!

  74. Ogos 4, 2011 at 7:49 pm | #74

    In

    idora :
    Salam, cikgu. Kenapa kertas 3 untuk tingkatan 4 p.akaun x bley bukak?

    ira :
    cikgu.. saye dah click ka link warne biru tu.. tp nape still ta ley tgk??!!

    Link di atas adalah soalan untuk TAHUN 2010! Ia khas untuk calon SPM 2011. Kalau awak pelajar tingkatan 4 2011, maka awak kena cari soalan untuk calon SPM 2012.

  75. nazri
    Ogos 5, 2011 at 9:23 pm | #75

    saya sebenar nye x tau nak buat cam ne.. sye penig sangat2.. dr awal cam ne.. bole tolng x?

  76. azni syahirah
    Ogos 20, 2011 at 10:44 am | #76

    nasib laa skolah saya dibekalkan contoh kerja kursus :) )

  77. Nabilah Amanda
    September 17, 2011 at 10:17 am | #77

    cikgu saya nk contoh soalan lcci yang lepas2 ley tak? cikgu ad smpan??

  78. Nurul azzlynn
    November 7, 2011 at 8:47 pm | #78

    cikgu boleh beri contoh penghargaan x? pening dah ni… benda ni je yg saya blum siap

  79. fatin
    November 15, 2011 at 5:16 pm | #79

    nak skema jawapan untuk kerja ksus prinsip akaun ya ckg? boleh x?

  80. fatin
    November 15, 2011 at 5:17 pm | #80

    fatin :
    nak skema jawapan untuk kerja ksus prinsip akaun ya ckg? boleh x?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers