RAHSIA GRED CEMERLANG (1A) DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM
DIkirim oleh sifu2b di Jun 13, 2009
Tajuk Penuh Artikel :
RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM
TULISAN ASLI CIKGU RITHUWAN BIN NASIR (nickname : Sifu2b)
13 Jun 2009, Hak cipta terpelihara
-
Okay, mungkin ini adalah rahsia yang ingin diketahui oleh semua calon SPM yang sedang belajar mata pelajaran elektif prinsip perakaunan. Tetapi ia bukanlah rahsia besar, ia adalah rahsia yang sebenarnya bukan rahsia. Majoriti guru telah memperkatakannya berulang-ulang kali sepanjang karier kami. Namun sebilangan besar pelajar akan abaikan tips-tips sebegini sehingga ke saat-saat akhir. Demi anda semua, sifu senaraikan di sini untuk disimpan dan dibaca berulang kali oleh semua calon.
TETAPI PERLU DIINGAT, tips ini mungkin hanya sah untuk SPM 2009 sahaja. Jika sistem gred diubahsuai seperti yang sedang dipertimbangkan oleh KPM (diumumkan melalui media massa) sebelum ini, maka tips ini MUNGKIN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN LAGI.
Kertas peperiksaan Prinsip Perakaunan (PAK) ada dua, kertas 1 dengan 40 markah dan kertas 2 dengan 80 markah. Jumlah markah ialah 120 markah. Penentuan gred akan ditentukan selepas markah kedua-dua kertas itu ditambah dan dibahagikan dengan 120 untuk mendapat nilai dalam sebutan peratusan. Ini menjadikan nilai setiap 1 markah bersamaan dengan 0.833 %, atau untuk mendapat 1%, pelajar mesti mendapat markah betul sebanyak 1.200 markah.
Kenapa perlu sifu sebut perkara ini? Sebenarnya untuk menegaskan bahawa untuk lulus 40% (CONTOH SAHAJA – markah lulus boleh jadi apa sahaja, rendah atau tinggi
), maka pelajar mesti memperoleh 48 markah yang jelas sekali tak akan cukup untuk hanya dapat 100% betul dalam kertas 1 (40 soalan = 40 markah). Mahu atau tidak calon SPM mesti menjawab dan mendapat markah dalam kertas 2 juga.
Okay, tips sifu bermula di sini. Tips sifu dibahagikan kepada 3 seksyen, mengikut tahap kesesuaian pelajar. INGAT INI ADALAH TIPS, TAK SEMESTINYA BETUL DAN WAJIB DIIKUTI.
-
SEKSYEN SATU : CIPTA LULUS PRINSIP PERAKAUNAN DALAM SPM
Sekseyen ini khas untuk calon SPM yang dah hampir putus asa ataupun yang dah putus asa dan merasakan mereka kekurangan masa untuk ulang kaji. Adik-adik (atau anak-anak), sebenarnya anda masih boleh membantu diri anda dan mungkin ‘maruah atau harga diri’ anda. JANGAN GAGAL DALAM AKAUN adalah satu anugerah cukup besar untuk diri anda sendiri. Tapi ingat, tips ini HANYA SESUAI untuk pelajar yang dah giveup dan hanya nak lulus. hal ehwal LCCI tu dah tak perlu lagi difikirkan. Jadi bagaimana nak pastikan anda lulus?
- Tetapkan dihati anda nak sekurang-kurangnya 40%. jangan peduli atau cuba mencari jawapan betulkah markah lulus 5%? Jawapannya, MUSTAHIL!!! Markah lulus umum ialah 40% dan kita akan fokus ke sana. “Tapi sifu, saya dengar markah lulus 25% sahaja, betulkah?”. Sifu akan jawap, “Kita fokus kepada 40% sahaja. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.”
- Fokus kepada kemahiran menjawab soalan 1 dalam kertas 2 sahaja. Markah yang disediakan ialah 27-29 markah, atau jika sifu terjemah dalam sebutan peratusan, bersamaan dengan 22.5 – 24.17 %. Berdasarkan pengalaman sifu, kebanyakan pelajar sederhana mampu mencapai markah 20-25 markah dengan beberapa kesilapan di bahagian lejar dan imbangan duga. Jika anda juga sebegitu, anda sudahpun memperoleh 16.67% – 20.83%.
- Fokus kepada kemahiran menjawab soalan objektif dalam kertas 1. Umumnya anda hanya perlu memperolehi sekurang-kurangnya 20% lagi dari kertas 1, atau jika sifu terjemahkan dalam konteks bilangan soalan WAJIB BETUL, mesti betul sekurang-kurangnya 24 soalan. Untuk itu, pelajar mesti fokus kepada semua topik tingkatan empat dan mungkin 1/2 daripada silibus tingkatan lima. Secara kasarnya, pelajar sederhana bolehlah menganggap 2/5 daripada objektif adalah berpaksikan kepada soalan teori (atau pengetahuan semata-mata), 2/5 boleh dikatakan melibatkan penghitungan melibatkan debit dan kredit atau kemahiran tertentu. 1/5 lagi adalah soalan aras tinggi. Oleh itu, ketika mengulang kaji demi untuk kekuatan menjawab soalan kertas 1, fokus kepada soalan-soalan yang menguji pengetahuan anda dahulu. Dengan kata lain soalan ARAS MUDAH. Selain boleh membantu meningkatkan MOTIVASI KENDIRI anda, sifu percaya dengan teknik latih tubi berterusan akan mampu membantu anda mengingat banyak fakta atau teori yang berkaitan.
- Fokus kepada kedua-dua perkara di atas terlebih dahulu. Lebih baik lagi anda memujuk bantuan rakan dan guru untuk menjadikan anda selalu markah penuh (jawapan tepat 100%) untuk soalan 1 yang sebenarnya hanyalah menguji kemahiran asas SIMPAN KIRA. Bayangkan anda berjaya MENJANJIKAN 27-29 MARKAH UNTUK DIRI ANDA di tambah dengan markah objektif. LULUS PENUH di tangan anda!
- Okay, dah puas hati? Baguslah. Teruskan usaha jangan leka. Teruskan latih tubi tanpa berhenti-henti untuk S1 kertas 2 dan Objektif Kertas 1 sahaja. Senangkan nak lulus. Senyum selalu.
-
SEKSYEN DUA : DARI LULUS NAK CAPAI GRED KEPUJIAN (CREDIT : 3B – 6C)
Katakanlah anda dah berjaya meningkatkan kemahiran Soalan 1 dan cikgu dah mula memuji anda. Apa yang harus anda lakukan? Terus belajar atau tukar strategi. Saya dah dapat MELULUSKAN DIRI, apa salahnya jika saya cuba mencapai gred lebih baik. Jika itu attitude baru anda. Anda layak baca SEKSYEN DUA INI. Tahniah.
Jika anda dah nampak cahaya kebenaran (eheheh) betapa ANDA SEBENARNYA mampu lebih jauh, apa salahnya anda mula mensasarkan nilai gred tinggi. Aim higher, kata orang putih. Jika tadi setakat nak lulus, okay sifu dah bagi tips. Mustahil anda akan gagal dalam SPM, jika anda memperolehi markah sedemikian, ditambah lagi markah kertas 1. Tak mustahil juga, anda akan termasuk dalam kumpulan 5C atau 6C. So, lakukan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, tetapi konsisten kepada apa yang sifu nasihatkan.
- Fokus kepada soalan 2. Mahirkan kepada FORMAT PENYATA PENDAPATAN. Mulakan dengan asas format itu. Berlatih dahulu dengan soalan-soalan TANPA PELARASAN untuk membiasakan dengan FORMAT ASAS atau sifu kerap panggil “skeletal structure”. Asasnya Penyata Pendapatan ada 4 bahagian; HASIL JUALAN, KOS JUALAN, HASIL LAIN-LAIN, dan BELANJA LAIN-LAIN. Itu asasnya. Guru anda pasti boleh membantu.
- Bila dah HAFAL susunan ITEM dalam penyata pendapatan itu, barulah berlatih dengan soalan yang ada pelarasan untuk milikan tunggal. Jika dah mahir barulah berlatih soalan berkaitan perniagaan perkongsian pula kerana penyata pendapatan perkongsian mempunyai penghujung tambahan iaitu selepas bahagian 4 (BELANJA LAIN-LAIN), ialah Pengasingan Untung Rugi. Nampak kompleks? Sebenarnya tidak sebegitu. Kesemua jenis perniagaan WAJIB menggunakan format asas laporan kewangan seperti penyata pendapatan milikan tunggal, walaupun dengan beberapa perubahan kecil, sesuai dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Sila rujuk soalan SPM 2008 untuk mengetahui bentuk soalan terkini yang diuji dalam Soalan 2 Kertas 2. Juga rujuk soalan SPM tahun-tahun sebelumnya untuk mengetahui tahap kesukaran pengujian yang disediakan dalam SPM.
- Markah kertas 2 selalunya dalam julat 18-20 markah. Adalah terlalu berbaloi untuk dilepaskan. Kenapa sifu tak sarankan soalan lain yang lebih senang. Okay, sifu sarankan awak belajar Penyata penyesuaian bank juga. Mudah-mudahan ia akan disoal dalam soalan 4 atau soalan 5 atau soalan 6. Tetapi sifu tak boleh jamin soalan itu gerenti keluar tahun ini. Itulah masalahnya, sifu tak boleh mengagak apa yang akan keluar kerana sifu bukanlah penggubal soalan. Tetapi kita (guru dan pelajar) haruslah bertindak sebijak boleh. Dari pengalaman dan analisis yang diperolehi, soalan 2 seolah-olah ditetapkan untuk soalan berkaitan penyediaan laporan kewangan (penyatan pendapatan dan kunci kira-kira). Berdasarkan silibus, ada 4 bab yang boleh diuji untuk soalan 2, penyediaan laporan kewangan milikan tunggal sendiri (slim chances), laporan kewangan perkongsian (fair chance), laporan kewangan kelab dan persatuan (fair chance – SPM 2008 contoh terbaik untuk soalan ala LCCI), dan laporan kewangan untuk bab rekod tak lengkap.
- Strategi yang mungkin anda boleh lakukan ialah bagaimana nak dapat 10 markah daripada 20 markah tadi. Memandangkan agihan markah telah diubah ala-LCCI untuk soalan 2 dan 3, maka sifu cuma boleh sarankan anda berlatih untuk jawapan terbaik dan harap yang terbaik.
- Ingat, seksyen dua ini adalah untuk meningkatkan peluang dari hanya lulus 8E atau 7D ke 6C atau 5C atau 4B atau 3B. Selalunya nasib bertambah baik selaras dengan usaha anda.
- Selain dari itu, sifu sarankan anda berlatih soalan berkaitan PELARASAN AKAUN-AKAUN yang diajar dalam tingkatan 4. Boleh jadi ia disoal dalam mana-mana soalan 4 hingga 6. Anda berlatih bagaimana nak sediakan akaun peruntukan hutang ragu, akaun hutang lapuk, dan sebagainya.
- SOUNDS OKAY? I really hope so.
-
SEKSYEN TIGA : CIPTA KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN DALAM SPM
Ni yang ramai nak ni. Tapi sebenarnya nak capai gred 1A atau 2A tidak semudah bermain api. Petik saja mancis, maka api menyala, atau semudah hidupkan TV. Hidupkan elektrik dan tekan butang merah remote-control.
Ramai pelajar nak capai 1A tetapi tepi dengan niat tidak ingin berusaha lebih. Ada sebilangan pelajar, jika boleh, mereka cuma belajar 1 jam seminggu sepanjang dua tahun, tiba-tiba dengan magik (atau penipuan atau manipulasi teknologi), mereka dapat jawapan soalan dan LPM akan anugerahkan mereka gred 1A!!! Tahniah jika anda dapat dengan kaedah begitu. Tak tahulah kaedah itu dianggap ‘halal’ atau tidak. Hmmm.
Tips di sini adalah khas untuk calon yang ingin berjaya melalui usaha secara bijak (smart-learning with strategic planning) tanpa ada niat nak menipu atau mengharapkan magik atau gred berubah. Sifu nak betulkan balik pemikiran pelajar. Fokus kepada markah serendah 80%. Jika markah 1A lebih rendah dari itu, syukurlah. Jika markah gred lebih tinggi dari itu, sekurang-kurangnya anda akan dapat 2A. “Untuk sabut timbul, untung batu tenggelam.”
- Fokus kepada soalan yang markah besar. Soalan 1 contohnya, kerap menyediakan 27-29 markah, manakala soalan 2 pula disediakan 18-20 markah. Jika anda dapat menguasai kedua-duanya, maka anda memiliki tidak kurang dari 45 markah atau bersamaan dengan 37.50 %. Itu baru 2 soalan. Anda hanya perlukan 42.5% sahaja lagi.
- Fokus kepada soalan yang telah disenaraikan sebagai ‘ANCHOR QUESTION’ untuk memastikan anda mendapat cemerlang dan sijil LCCI sekaligus. Perlu diingatkan semula bahawa soalan 2 dan soalan 3 akan disemak dengan agihan markah ala-LCCI. Difahamkan bahawa pentaksiran tersebut akan dibuat oleh wakil LCCI dan diberikan gred sepatutnya. Kepada pelajar cemerlang atau nak cemerlang, anda sepatutnya melihat perkara ini sebagai peluang.
a. peluang untuk mengehadkan bilangan bab yang perlu diulang kaji
b. peluang mendapat pengiktirafan pihak selain LPM KPM iaitu LCCI dengan bukti sijil yang bernilai untuk anda meneruskan cita-cita menjadi akauntan melalui program profesional LCCI - Soalan 3 selalunya dalam julat markah 12 – 15 markah. Oleh itu gunakan peluang tersebut. Apakah bab yang ditanya? Sekali lagi sifu nak tegaskan di sini, fokus kepada soalan ‘Anchor Question’
- mengikut kefahaman sifu tentang prosedur baru penyediaan soalan kertas 2 prinsip perakaunan, soalan 4 hingga 6 adalah apa-apa soalan dari bab yang BUKAN SOALAN ‘ANCHOR’. Ini sekaligus memudahkan guru dan pelajar meneka/meramal bab-bab yang mungkin diuji. Juga sifu percaya soalan 4 hingga 6 akan lebih mudah atau bolehlah dikatakan kurang mencabar.
- Okay, andaikan anda nak fokus kepada soalan 1, 2 dan 3 semata-mata, adakah anda boleh mencapai gred 1A? Jika anda dapat pastikan jawapan anda betul 100%, maka sifu bolehlah katakan, “Sudah tentu boleh.” Anda mampu mencapai 50% (60 markah total tiga soalan). Dengan adanya kertas 1 dan dengan andaian anda mampu menjawab 36 soalan (36 markah = 30%). Tetapi sifu percaya tak semua pelajar mampu melakukannya.
- Dengan itu, sifu sarankan anda mesti bersedia untuk menjawab soalan 4 dan mana-mana soalan bahagian B untuk membolehkan peluang mendapat 1A lebih mudah lagi. Sekurang-kurangnya anda boleh berbangga dengan usaha anda kerana anda lebih mengenali dan layak mengiktiraf diri anda sendiri.
- Apa ganjaran usaha anda? Jika gred 1A itu lebih rendah dari 1A, maka anda pastilah pelajar 1A. Jika gred 1A memang 80%, maka hanya capai 75% contohnya, maka anda masih mendapat 2A. Itu lebih baik dari tak ada A langsung.
-
AKHIR KATA
Ingatlah subjek Prinsip Perakaunan ini adalah subjek persediaan (pengenalan) untuk ilmu berkaitan kerjaya profesional oleh itu SEPATUTNYA jika pelajar itu dapat gred 1A contohnya, sepatutnya IA SEMEMANGNYA mahir simpan kira dan mengetahui beberapa asas perakaunan seperti penyediaan akaun perniagaan perkongsian dan kemahiran seperti penyediaan penyata penyesuaian bank (akan disediakan setiap bulan oleh kerani akaun atau pegawai akaun itu sendiri) dan penyata aliran tunai.
Setiap guru Prinsip Perakaunan mengharapkan pelajar mereka benar-benar menguasainya bukan hanya menghafalnya.
-
SEBALIK TABIR
INI MERUPAKAN TULISAN “BERANI-BERANI-TAKUT” YANG SAYA HARAP TIDAK AKAN MENJEJASKAN NAMA BAIK DAN PROFESION SAYA SEBAGAI GURU. SEBARANG PANDANGAN DI ATAS ADALAH PANDANGAN PERIBADI DAN TIDAK SEMESTINYA WAJIB DIPERCAYAI KERANA STATUS SAYA HANYA GURU BIASA, BUKANNYA PAKAR MOTIVASI MAHUPUN KAUNSELING, APATAH LAGI PENGGUBAL MAHUPUN PEMERIKSA KERTAS.
“UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM”
“UNTUNG PELAJAR CEMERLANG KERANA BERSEDIA LEBIH, UNTUK PELAJAR LULUS JIKA BERSEDIA LEBIH”
“SEDIA LEBIH TAPI YANG DIMINTA RENDAH, SIAPA UNTUNG? ANDA JUGA.”

sifu2b berkata
Saya mempelawa mana-mana guru atau individu yang berminat untuk berkongsi tips tambahan di sini. Anda juga dipelawa untuk meninggalkan komen jika anda tidak bersetuju dengan tips yang diberikan di atas.
RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM « Cg Narzuki Online berkata
[...] layari blog beliau untuk membaca artikel tersebut atau klik DISINI. Dikirim dalam Uncategorized. Leave a Comment [...]
nurul fathiah bt badrusam berkata
cgu..sye nk tanya,knape saya tgk pelajar yang mangambil aliran akaun,macam tak banyak peluang utk g u…komen..
sifu2b berkata
Nurul Fathiah,
Siapa kata budak akaun SPM tak banyak peluang ke U. Ada banyak peluang ke IPTA/S. Selain dari program diploma Perakaunan, mereka juga boleh memohon ke pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan perniagaan seperti diploma pengurusan bank, diploma pentadbiran perniagaan dan sebagainya. Malahan mereka juga layak memohon ke program aliran sastera lain seperti diploma teknologi kesenian dan sebagainya.
Apa yang menjadi isu di sini ialah kombinasi subjek SPM yang mereka ambil dan gred yang dicapai. Walaupun Prinsip Perakaunan dapat gred 1A tetapi matematik hanya 6C, BM 3B, BI 7D, Sains 5C, Add Math 7D, dan sebagainya, maka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke aliran matrikulasi perakaunan, asasi perakaunan ataupun ke diploma perakaunan menjadi tipis atau tak ada langsung. Adalah amat penting pelajar yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan SPM harus turut menguasai subjek SPM lain, sama seperti pelajar aliran lain.
Sifu nak tegaskan di sini, pelajar akaun ramai yang masuk U di seluruh Malaysia tetapi mungkin orang yang disekeliling awak yang sedang atau telah belajar akaun yang gagal masuk U, akibat gabungan subjek yang tidak baik atau tidak cemerlang berbanding pelajar akaun dari sekolah lain.
Cikgu Awang berkata
tahniah cikgu……… ini sebenarnya bukan rahsia untuk tatapan para pelajar tetapi perkara sebenarnya berlaku. saya sendiri sering memberi panduan sebegini kepada para pelajar terutamanya di saat akhir dan untuk mengelak pelajar lemah terus fed-up/kecewa tidak akan lulus. Dasar yang menekankan peperiksaan semata-mata memang mendatangkan kesan negatif terhadap pembangunan kendiri pelajar dan kreativiti mereka. Di harap perubahan pentaksiran dan orieantasi peperiksaan pada masa hadapan melahirkan pelajar yang lebih cemerlang. Mengamalkan ilmu dipelajari untuk mengahadapi kehidupan bukannya peperiksaan saja.
Wasalm
laki cikgu kimia berkata
bagusnyalah hai. ada guru yang sebegini bagus. sentiasa updated. semoga semua guru-guru mencontohi anda dalam usaha memperbaiki prestasi anak-anak didikan. tahniah cikgu!
CIKGU HAMIDON berkata
Tahniah sifu…inilah rahsia kejayaa untuk Prisip Perkaunan SPM. Mcm sifu kata ini untuk tahun 2009 dan mungkin 2010 sahaja. Akan datang jangan ingat sama.. Inilah yang saya lakukan pada pelajar saya.. setakat ini alhadulillah memang sangat berkesan.
sifu2b berkata
Thank you to all of you. Tulisan ini sekadar menzahirkan pemikiran guru (kita) semua. Jika selalu disebut secara lisan, kali ini mudah-mudahan anak murid saya akan teringat nasihat tersebut melalui artikel ini.
terima kasih di atas sokongan anda.
Cikgu CT berkata
Berbanyak2 terima kasih atas info trsbt. Moga pelajar2 kita baca n ambik iktibar. Sayapun kadang2 dah tak terlarat nak bagitau kat students saya benda yg sama. Rasa kadang2 kite yang fed up nak motivate deme ni. Apa2pun semoga usaha kite seme diberkatiNya.Amin
Cg Ghazali berkata
Pengitirafan LLCI di atas slip keputusan SPM Prinsip Perakaunan hanya berdasarkan jumlah markah calon bagi KERTAS 2. Maklumat ini diberikan oleh LPM semasa taklimat LPM dengan guru-guru Perakaunan Negeri Kedah pada 28 Jun 2009.
sifu2b berkata
Terima kasih Cg Ghazali di ata maklumat rasmi itu. Adakah maksud Cg, hanya soalan 2 dan 3 diguna pakai untuk penggredan LCCI, sepertimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, atau ada perubahan?
Cg Ghazali berkata
Berdasarkan taklimat LPM tu, markah kertas 2. Contoh untuk dapat `pass’ oleh LCCI sekurang-kurangnya 40/80 markah kertas 2 saja!
sifu2b berkata
Oh macam tu. Ini berita terbaik! Saya akan pastikan anak murid saya tahu tentang hal ini.
avila berkata
tp,kn bkn sng nak dpt 40 marks bg student yg betul2 lmah..
pling oun dapat 25 ja..drg da chan ke nak lulus?
avila berkata
cgu kami cakap kn 30% ble lulus da..
sifu2b berkata
Avila,
Sifu bertegas bahawa awak mesti berusaha tingkatkan diri untuk mendapat 40%. Senang sahaja untuk dapat 40%, iaitu mesti dapat 48 markah. Jika awak dapat tingkatkan kecemerlangan dalam S1, awak dah dapat 26-28 markah. Tinggal mana-mana soalan yang boleh dapat markah, di campur soalan Kertas 1, tak mustahil awak boleh dapat 60 markah.
Apa yang penting ialah pelajar lemah mesti ikut nasihat sifu dalam artikel di atas, iaitu mahirkan S1 tanpa jemu. Ini peluang terakhir dan usaha yang paling senang berbanding menguasai kemahiran lain.
Nak dijadikan cerita, ada pelajar sifu yang baru-baru ini, melalui bimbingan kelompok dan usaha berterusan beliau, berjaya mendapat markah penuh 28/28 untuk UJIAN khas sifu. Ujian khas 2 beliau masih lagi berjaya kekalkan prestasi cemerlang 28/29, walhal dulu nak dapat 15 markah utk S1 pun satu masalah kepada pelajar berkenaan.
tahukah anda, oleh kerana pelajar-pelajar ini dah buktikan kepada sifu 2 kali bahawa mereka dah bersedia, maka misi baru sifu ialah menjadikan mereka pelajar gred kepujian, bukanlah gred lulus 7-8 semata-mata kerana dari S1, sifu boleh tahu bahawa mereka mampu ke gred lebih baik melalui penguasaan soalan ‘Anchor Item’. Sifu anggap ia adalah usaha bersama, guru-pelajar, bukannya usaha sifu semata-mata. Jika sifu yakin, pelajar juga mesti yakin kepada diri mereka sendiri.
Oleh itu, seperti juga mana-mana guru lain, kami yakin bahawa dengan usaha berterusan dan dengan bimbingan langsung/personal (bukan kelas tuisyen-tapi sesi khas kelompok 4-5 pelajar di sebelah petang), pelajar lemah boleh tingkatkan prestasi dari tiada peluang kepada berpeluang, dari gagal, kepada yakin lulus. Itupun selagi pelajar berkenaan PATUH kepada bimbingan guru, dan AKUR kepada peraturan-peraturan simpan kira yang diajar, tanpa cuba mengubah-ubah atau improvisasi terhadap pembelajaran itu.
Sifu tegaskan sekali lagi 48/120 bukanlah sukar kepada pelajar lemah. Ikuti petua sifu di Seksyen 1 dan jangan buat lain sehingga dah berjaya mahirkan diri. Jika pelajar lemah dapat 25/28, maka dia dianggap sudah bersedia.
Best of luck. sebarkan berita gembira ini kepada rakan-rakan yang lemah.
e-0ne92 berkata
thank you teacher
Cgu Sila berkata
sifu2b, saya setuju sgt dgn cgu… rahsia nak lulus memang itu lah dia… banyak perkongsian ilmu yang baru di sini… rasa seronok dapat sertai semua ni… terima kasih yg tak terhingga atas segala sumbangan yang tak ternilai ini… moga allah mencucuri rahmat ke atas semua rakan2 seperjuangan… moga akaun terus cemerlang…
sifu2b berkata
Terima kasih Cg Sila di atas doa anda. Sejuk hati ini.
tamil selvan berkata
selamat pagi cikgu.tujuan saya menulis ini adalah satu perkara saya nah tanya kepada kamu iaitu,aku nah formula semua prinsip perakaunan.bolehkah cikgu,aku minta formula sahaja.sekian terima kasih
sifu2b berkata
Tamil Selvan,
Formula akaun? Adakah formula akaun? Setahu sayalah tak ada formula kecuali di bahagian Bab Tafsiran Penyata kewangan.
Tapi jika benar ada, maka sifu minta maaf sebab memang sifu tak sediakan formula berkenaan.
qina berkata
salam.
Sifu, sy ign b’tanye mengenai dokumen pertama…
1. jika seseorg itu ign lulus adakah dia perlu master dlm m’jwb solan dokumen(bku catatan
pertama)
2. bagaimana untk master dlm bku cttn pertama? sy kerap lupa formatnya…..
sifu2b berkata
Qina,
Usaha anda untuk mencipta lulus lebih mudah (lebih luas) jika anda menguasai S1 dengan sebaik-baiknya. bayangkan dari 28 markah yang ditawarkan untuk menjawab soalan 1, dan anda memperoleh 28 markah penuh! Apakah yang anda dapat? Peluang mendapat gred lulus semakin melebar. 28/120 masih kecil lagi tetapi dengan bantuan Kertas 1 (wajib diduduk dan dihadiri), katalah mendapat 25 jawapan betul. Bayangkan 25+28 ialah 53 markah! peratusan keseluruhan ialah 53/120 x 100% = 44%. Tetapi jika anda cuma dapat 10 markah dari 28 markah, dan Objektif pula tetap 25, maka markah keseluruhan anda ialah 35 markah. Peratusan ialah 35/120 x 100% = 29%! Bukan sahaja sukar nak lulus, sebaliknya peluang gagal lebih tinggi.
Begitu juga jika anda nak sasarkan 1A, sifu percaya dengan markah S1 akan memudahkan anda mencapai gred 1A, tetapi jika tidak, maka usaha perlulah dilipatgandakan lagi untuk mahir menjawab soalan S2-S6 (yang sebenarnya sukar diramal). Tapi S1 sudah jelas berkaitan dokumen sumber, catatan di buku catatan pertama, pos ke lejar, dan sediakan imbangan duga.
mana lebih senang diuruskan? Sifu percaya mahirkan dahulu simpan kira dari A-Z, supaya mampu jawab dengan tepat semuanya baru kemudian berlatih untuk soalan-soalan lain.
kesimpulannya, anda dinasihatkan mengikuti petua yang sifu sediakan di atas.
qina berkata
salam,
sy ad stu lg mslh utk pos ke lejar…apakah konsep sbnr utk m’buat lejar??
sifu2b berkata
Qina,
sila tinggalkan soalan sebegitu di SEGMEN SOAL JAWAB GURU-PELAJAR AKAUN (rujuk menu atas). terima kasih.
Puvananantiny berkata
sifu apakah kelayakan utk siyil lcci.
farra berkata
Assalamualaikum. saya guru akaun ‘bidan terjun’ d skolah saya yg terletak d pedalaman Sabah, memandangkan sekolah saya tiada guru yg mpunyai pengkhususan dalam perakaunan. setelah guru lama berpindah, maka saya dengan rela hati telah menawarkan diri utk mngajar subjek ini walaupun saya tahu pengetahuan saya dalam akaun sangat terhad. Tapi disebabkan minat saya untuk mendalami subjek ini sangat tinggi saya gagahkan diri untuk mngajar walaupun ramai berpendapat subjek ini umpama ‘killer paper’.
Untuk silibus tingkatan 4, Alhamdulillah, saya rasa semua bab
sangat senang difahami. tetapi untuk silibus tingkatan 5, saya rasa agak sukar sedikit. paling menyedihkan, semua pelajar Tingkatan 5 (d sekolah saya) sekarang tidak dapat menguasai silibus tingkatan 4. Maka saya telah mengulangkaji semula topik Tingkatan 4 kerana pada saya tidak patut saya mengajar hanya sekadar melepas batuk di tangga.
namun sekarang untuk tingkatan 5, saya sedang mngajar topik perkongsian. jika dicongak dengan masa dan topik seterusnya, saya rasa agak sukar untuk saya menghabiskan semua topik tingkatan 5.
Harap sifu dapat bagi tips, bagaimana untuk saya menghabiskan smua topik Tingkatan 5 dalam masa yg sangat singkat ini? Boleh atau tidak saya skip beberapa topik? Topik apa yg boleh skip?
sifu2b berkata
Farra,
Profesionally, we have to finished all syllabus, but personally, I believe, you should teach your student using ‘MASTERING METHOD’, meaning, you don’t teach next chapter until your student able to cope the current chapter.
Oleh itu, selesaikan topik perkongsiaan dan pembubaran, usahakan mereka menguasainya kerana bab tersebut adalah bab ‘ANCHOR ITEM’ (AI) yang bermakna peluang diuji adalah tinggi dan disemak ala-LCCI.
Selain dari itu, bab-bab penting (AI) ialah, seperti mana cikgu dah maklum; Akaun Kawalan, Akaun kelab dan Persatuan, Rekod Tak Lengkap, serta tak lupa kemahiran di T4, Laporan Kewangan Milikan tunggal.
Selain bab AI, bab yang mungkin mudah pelajar kuasai ialah berkenaan Penyata Penyesuaian Bank dan juga Belanjawan Tunai.
Selebihnya, gunakan ‘judgement’ cikgu sendiri. Jika cikgu merasakan tak ada pelajar yang mampu ke gred cemerlang atau masa terlalu suntuk, mungkin bab Pengeluaran dan tafsiran laporan kewangan TERPAKSA cikgu lewatkan pengajarannya.
Apa-apapun ini adalah pandangan peribadi, jika cikgu dalam dilema, selesaikan SEMUA silibus mengikut keupayaan cikgu sendiri, dan barulah cikgu bimbing topik-topik AI selepas itu dengan lebih terperinci.
Oh ya, berkenaan Perkongsian, ajar juga anak murid cikgu dan beri latihan perkongsian yang ada pekongsi 3-4 orang, kerana ada dimaklumkan oleh sahabat kita, Cg Narzuki, bahawa pihak LCCI lebih favor kepada perkongsian lebih dari 2 orang.
cikgu diana berkata
saya bersetuju dengan rahsia yang dikongsi oleh sifu itu. kebiasaanya pelajar akan cepat give up tambah-tambah waktu peperiksaan semakin hampir. saya sering kali menggunakan tips yang sifu bagi ini untuk menaikkan motivasi pelajar. tapi masalah di sini, pelajar saya lebih memikirkan bahawa belajar akaun tiada gunanya. padahal sudah berulang kalu saya nyatakan kepentingan akaun dalam kehidupan seharian. ada juga pelajar saya yang beranggapan mereka tidak layak untuk belajar subjek ini kerana subjek ini layak untuk pelajar aliran sains saja. saya harap sifu dapat memberikan saya maklumat bagaimana untuk memberikan keyakinan kepada pelajar sebegini
sifu2b berkata
Cikgu Diana,
Sememangnya begitulah respons dari kalangan pelajar terutamanya yang datang dari kelompok golongan bumiputera/melayu. Masalah kita ialah pelajar selesa ‘belajar mudah’ walaupun risikonya gagal atau sekadar lulus cukup makan.
Saya sendiri tidak ada formula atau pendapat yang sesuai dengan situasi Cikgu, tetapi saya juga mengalami masalah hampir serupa. Sekarang ini saya mengajar 2 kelas T5 perakaunan, 1 kelas Sains (separuh sahaja) dan satu lagi kelas aliran sastera ikhtisas (semua wajib ambil). Jadi saya hanya dapat berkongsi sedikit sahaja pandangan saya tentang hal ini.
1. Kutip iklan dari surat khabar, dan tunjukkan di papan kenyataan kelas bagaimana tawaran jawatan dari pelbagai sektor. Jika ada tangga gaji lagi best.
2. Nasihat guru kepada pelajar, “Tak semestinya pelajar sains sahaja yang mesti dimakmurkan dengan ilmu. Pelajar aliran sastera juga berhak berjaya seperti mereka dalam kerjaya nanti, anda juga sepatutnya berhak mencapai status profesional dengan tangga gaji yang juga lumayan. Perakaunan adalah satu di antara jalan yang boleh anda ikuti sejak SPM lagi. tak mustahil 5-6 tahun selepas ini, awak akan bekerja dengan gaji 2000-3000 sebulan, hanya kerana rajin belajar sekarang, berbanding bersenang-senang sekarang, tetapi sepanjang hidup karier awak, awak terpaksa membanting tulang, secara fizikal dan mungkin lebih kerap berpanas hanyan untuk gaji RM500-700 sebulan, atau kurangkan waktu rehat dan tidur, dan korbankan hari Ahad dengan membuat overtime, untuk dapat gaji + overtime yang mencecah Rm1200-RM1800 sebulan. fikir-fikirkan.”
Itu sahajalah yang terfikir oleh saya dalam ruang lingkup terhad ini. Semoga pemikiran kritis cikgu akan lebih baik dari apa yang dapat saya tulis di sini.
eDaYa92 berkata
saya spm tahun ne…secara keseluruhannya saya ble la kuasai separuh…
tapi, sylibus ting.5 memang sukar mau d fahami.. kadang2 confius jgk..
eDaYa92 berkata
brapa markah A1 prinsip akaun dalam spm?
AzmaN_91 berkata
salam ckgu,,tme kasih cz bg sdkt tips utk mnjwb soalan pa…
slps bca sksyen 1 dan 2 sy rase mkin ykin utk jwb…
frmat trbaru pa dlm krts 2 laen skit,,,xmcm taun2 lps soalan no2 krts 2 msti kuar pnyata pndatn(milikn tnggl or prkngsian)..
tp taun nie blh kuar soalan laen,,myb akaun realisasi,akaun yuran ahli,, n bnyak ag,,jd xblh nk trgt mrkh di soalan no2..
sy skolah mngah arab d klantan..esk sy akn pekse trial pa,,ckgu doa2kn sy k..Salam..
sifu2b berkata
eDaYa92,
Anggap sahaja 80%.
AzmaN_91,
Semoga berjaya.
zamri berkata
ouh mcm tu ya .
mahu tny nie. kalau lulus je
kbykan dpt ke msk ipta atau ipts ?
target ckgu tahun 2009 soklan kertas 2 num 2,3,4,5 apa ye ?
sifu2b berkata
Zamri,
Nak setakat lulus Prinsip perakaunan sememangnyat tidak ada masalah. Selagi subjek lain awak baik atau cemerlang, sifu percaya awak masih boleh belajar di IPTA/S. tetapi untuk mengikuti program perakaunan di peringkat matrikulasi, diploma atau sebagainya, maka tidak dapatlah sifu kata masih boleh.
Umumnya masih banyak program diploma di IPTA/IPTS yang boleh Zamri pohon. tetapi jika semua atau separuh dari subjek SPM yang Zamri sedang ikuti juga hanya setakat lulus, maka sifu khuatir ia menjejaskan peluang awak memilih program yang awak suka di IPTA/S. Mungkin awak boleh masuk tetapi program-program tak popular atau bernilai tinggi.
koh berkata
salam sejahtera cikgu, saya belajar di sekolah menengah kebangsaan tengku abdullah pekan, pahang. saya nak tanya kalau saya nak ambil prinsip perakaunan tapi tanpa cikgu yang mangajar cikgu rasa boleh tak saya lulus?
sebab saya ambil kelas sains dan dalam sekolah saya tiada subjek prinsip perakaunan dalam kelas sains. tapi saya nak ambil prinsip perakaunan. jadi saya nak tanya cikgu macam mana saya nak belajar agar saya dapat skor subjek prinsip akaun?
noorliyana berkata
assalammualaikum cikgu…..saya nak tanya…. macam mana kita nak lulus kertas prinsip akaun?? sedangkan banyak yang kita kena hafal… kadang kala boleh membuatkan kata terlupa apa yang kita hafal itu…
sifu2b berkata
Koh,
Jika anda rajin dan yakin kepada diri sendiri, sifu tak fikir anda tak boleh. Soalan lulus atau cemerlang turut dipengaruhi oleh keinginan pelajar itu sendiri. Jika pelajar tak ingin belajar atau kurang yakin untuk lulus, walaupun ada guru di hadapan dirinya pun tak mudah untuk bertukar dari gagal kepada berjaya. Tetapi ada kes pelajar yang belajar sendiri dan dengan bimbingan ’sambilan’ guru di sekolah pun yanger berjaya dapat 1A. MAGIC? Sifu percaya ia lebih kepada keinginan yang tinggi dalam diri pelajar itu, menyebabkan walaupun hanya dapat bimbingan luar kelas, beliau masih mampu menyaingi pelajar yang belajar 2 tahun berguru.
Tetapi Koh harus ketahui, untuk kaedah belajar sendirian, awak mestilah mendapatkan buku rujukan yang baik dan buku latih-tubi yang juga baik (tiada atau kurang masalah salah cetak). Jangan beli bulu latihan SASBADI – penilaian SPM 4-5 TOPIK NEXUS cetakan 2007, 2008 (Ada gambar IKAN di cover) mahupun yang terkini. Ada beberapa kesilapan SOALAN DAN JAWAPAN yang seharusnya tidak berlaku. Silap jawapan masih okay, tapi kalau soalan pun salah, sudah pastilah Koh akan sukar membuat latih tubi yang berkualiti.
sifu2b berkata
Noorliyana,
banyakkan latihan. tak ada pilihan lain pun, kecualilah Noor ada magic, hehehe. Cuma lagi latihan itu biarlah bersistem.
Sifu kongsi nasihat sifu kepada aziq (dibawah ini) untuk bacaan Noor.
Aziq,
tak ada pilihan melainkan lebihkan latih tubi bagi kedua-dua kertas.
kertas 1 – jawab soalan berulang-ulang. Sebaik-baiknya 6-8 set berbeza yang telah disahkan jawapannya betul/benar oleh guru. maklumlah ada juga buku yang dipasaran yang tersalah cetak jawapan. Latihan sebegini diharapkan akan membantu pelajar faham, ingat dan mengetahui logik sesuatu jawapan terutamanya bahagian kiraan pendek/ringkas.
kertas 2 – Latih tubi kertas 2 hendaklah dibuat beberapa fasa.
Fasa 1 – latih tubi S1 hingga cekap dan mampu capai markah penuh 28/28.
Fasa 2 – selesai fasa 1 baru mula latih tubi fasa 2, khas untuk latihan laporan kewangan – milikan tunggal, perkongsian, akaun kelab dan persatuan dan rekod tak lengkap.
Jika boleh, dapatkan soalan dengan jawapan yang telah disahkan guru anda. tak kisahlah jika ia buku yang dibeli dipasaran. Minta guru semak skema jawapan dibelakang buku latihan itu.
Fasa 3 – soalan-soalan tambahan utnuk bab lain.
KaKi Tv berkata
Salam……..
Syukur……….masih ada yang sayangkan anak bangsanya seperti cikgu. Saya sebenarnya tidak mempunyai pendidikan yang berlatar belakangkan ‘AKAUN’, dan untuk pengetahuan cikgu saya juga bukanlah seorang guru. Memang ramai pelajar sukar untuk memahami mata pelajaran ini. Akhirnya, mereka akan kecewa dan kurang motivasi. Tapi…..usaha cikgu memang tip-top!.
Untuk pelajar-pelajar akaun…….jangan mudah menyerah. Untuk pengetahuan anda……
1. Lepasan, ijazah Universiti (IPTA/S), gaji mereka jika berkhidmat di sektor awam kelak lebih tinggi sedikit daripada ijazah (sastera, ekonomi, pengurusan perniagaan dll). Boleh diumpamakan tahun pertama mereka bekerja di sektor awam, gaji yang mereka nikmati umpama sudah 8 ke 9 tahun bekerja. Dalam anggaran RM 1800 ke RM 1900, tidak termasuk elaun-elaun lain. Jadi brusahalah anda untuk masa depan.
ilyana berkata
salam sifu, terima kasih sebab kongsi panduan ini. saya sebenarnya pelajar SPM yg boleh dikatakan terpaksa mengambil subjek akaun sebagai gantian subjek EST di sekolah baru. saya langsung tidak ada kemahiran asas prinsip perakaunan. saya mula masuk sekolah pada pertengahan tahun semasa di tingkatan 4. dari situ, saya tlh tertinggal banyak topik dan oleh sbb itu, saya sentiasa berusaha keras untuk menguasainya semula. setiap kali cuba dan cuba, selama itulah saya tidak pernah merasai nikmat untuk LULUS biarpun sekali. saya menangis apabila setiap kali kawan-kawan terima keputusan yg baik, pasti saya yg terakhir (gagal). saya hampir berputus asa, tetapi kawan-kawan memberi semangat kepada saya. sekarang saya sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM, dan harapan saya yang tertinggi adalah untuk lulus. namun, saya tidak ada keyakinan yg tinggi lagi. saya mengharapkan keajaiban dan hanya mampu berserah. saya mohon agar sifu juga dpt mendoakan hanya untuk kelulusan saya dan saya amat berterima kasih untuk itu. untuk pengetahuan sifu, saya merupakan salah seorang pelajar cemerlang PMR 9A pada 2007 dan kini saya rasakan amat jauh untuk saya mencapai semula kegemerlapan seperti waktu itu.
sifu2b berkata
Ilyana,
Sifu doakan agar Allah permudahkan anda mengulang kaji mata pelajaran, buka hati dan menjadikan Ilyana cepat memahami apa yang diajar atau dibaca. Amin… Juga sifu doakan bukan setakat lulus, tapi Ilyana mampu mendapat gred yang terbaik dari sekarang.
Ilyana,
Sebenarnya untuk dapat 1A, tidaklah sesukar mendaki Gunung Kinabalu. Untuk dapat 1A, anggap sahaja anda harus dapat 80%. Untuk lulus pula tak sukar pun, 40% sahaja. Apa yang penting ialah strategi dan usaha dilaluan yang betul. Rajin tapi salah strategi tidaklah akan membantu pelajar dengan sebaik-baiknya.
Ini nasihat sifu buat Ilyana:
1. Latih tubi S1 sehingga Ilyana mampu dapat markah terendah 24 markah dari 28-29 markah. Dapat markah penuh lagi baik. bagaimana? pastikan jawapan di Buku Tunai tepat BUTIR, NILAI DAN KOLUM. Butir hanyalah NAMA-NAMA AKAUN terbabit, bukannya nak mengarangpun. Juga pastikan anda dapat buat Jurnal Am, Jurnal Jualan dan Jurnal Belian IKUT FORMAT BETUL. Rujuk jawapan SPM 2008 yang sifu sediakan bagaimana nak sediakan jawapan yang betul dan patuh prosedur perakaunan. Tahu tak, hanya dengan BT+JA+JB+JJ+JPJ+JPB anda sudah mampu kumpul 10-11 markah? Lejar. Konsepnya mudah, apa-apa dalam BUKU TUNAI di sebelah debit mesti di tulis nilai sama dalam akaun yang betul di sebelah KREDIT. pastikan bersilang. Begitu juga sebaliknya. tak apalah, hayati jawapan SPM 2008 tulisan cikgu okay.
2. Latih tubi laporan kewangan iaitu penyata pendapatan dan kunci kira-kira. HAFAL FORMAT. buat latihan tanpa pelarasan juga amat sesuai (dapatkan soalan seperti itu dari blog cikgu sila, cikgusila.blogspot.com). Berlatih lagi dan lagi walaupun dengan soalan yang sama sehingga anda dapat hasilkan Penyata pendapatan mengikut format yang betul. Tahukah Ilyana bahawa Penyata Pendapatan (format penyata) mempunyai struktur (skeletal structure) seperti ini:
JUALAN
- KOS JUALAN
= UNTUNG KASAR
+ HASIL LAIN
- BELANJA LAIN
= UNTUNG BERSIH
Walau apa pun yang Ilyana buat, dan apa pun soalannya, Struktur asas itu SAMA 100%. Pengecualian adalah untuk Perkongsian di mana ia ditambah seperti berikut (cikgu terus lompat ke untung bersih okay)
= UNTUNG BERSIH (sambungan dari atas)
+ faedah atas ambilan
- faedah atas modal
- gaji/elaun pekongsi
= UNTUNG DIKONGSI/KONGSI UNTUNG (JIKA NILAI POSITIF)
Dengan kebolehan menghasilkan laporan kewangan seperti dinyatakan di atas, maka Ilyana mampu menjawab soalan 2 (kerana setakat ini, soalan 2 khas untuk soalan berkaitan menyedia laporan kewangan). Bab-bab yang mungkin ialah bab-bab akaun kelab dan persatuan, rekod tak lengkap, perkongsian dan milikan tunggal.
3. Juga bersedia menguasai topik-topik senang seperti Belanjawan dan Penayta Penyesuaian bank. mana tau kot-kot disoal dalam soalan 4 atau S5/S6.
Apa-apapun, Ilyana mestilah jangan putus harap. Strategi yang betul boleh membantu awak. Juga jangan kecewa jika awak tidak dapat menjadi best student nanti. Ia belum berlaku dan SPM belum bermula pun. Tak perlulah Ilyana risau, sebaliknya setiap hari Ilyana berpeluang membaiki kelemahan dalam mana-mana subjek termasuklah prinsip perakaunan, asal sahaja sanggup berkorban keselesaan seperti ‘berpuasa menonton TV, berhibur, berjalan-jalan dgn rakan ataupun keluarga. Tapi jangan korbankan tidur! Tak boleh. Tidur mesti cukup. Otak perlu rehat yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Bayangkan sebuah kereta yang kurang minyak. tak boleh berjalan jauh. tapi minyak tangki penuh, maka bolehlah memandu terus dari Johor baharu ke Kota baharu.
Otak manusia ini, minyak dia ialah rehat dan nutrien. Nutrian membantu kecerdasan, tetapi tidur untuk kecergasan tubuh badan dan OTAK. Oleh itu pastikan tidur harian tak kurang dari 6 jam dan lebih baik 8 jam. Jangan terpedaya dengan nasihat atau tabiat orang tertentu. kalau sekadar nak lulus atau cukup makan, maka betullah belajar sampai 2 pagi, tidur, bangun 6 pagi, pegi sekolah sampai 1 petang, balik rumah studi, tidur 1 jam petang, lepas tu rehat, belajar balik sampai 2 pagi. Buat gitu 1-3 hari tak akan jelas kesan negatif itu. tetapi jika dilakukan hari-hari dan sudah dilakukan lebih dari 2 minggu, jangan hairan ada pelajar yang komplen, belajar rajin tapi sukar nak faham pelajaran. makin dia rajinkan belajar, tambah ulang kaji hingga ke 3 pagi, tapi bangun ke sekolah masih perlu 6 pagi. Lama-kelamaan, pelajar itu akan alami masalah kecerdasan otak, kerana otak bekerja lebih tanpa rehat yang mencukupi.
That is why kenapa, tanpa penjagaan tidur yang cukup + makanan yang kurang berkhasiat, walaupun rajin belajar ke lewat malam, tidak boleh menjanjikan keputusan terbaik. Tetapi keputusan cukup makan setakat ini memang boleh dicapai.
Ilyana masih nak yang mana? Fikir-fikirkan.
Cg Lama berkata
Sifu2b,
Terlebih dahulu saya minta maaf, rasanya ada sesuatu yang tak kena dengan kenyataan berikut:
= UNTUNG BERSIH (sambungan dari atas)
+ faedah atas modal ……. ?
- faedah atas ambilan ….. ?
- gaji/elaun pekongsi
= UNTUNG DIKONGSI/KONGSI UNTUNG (JIKA NILAI POSITIF)
sifu2b berkata
Terima kasih Cg Lama, kecuaian tersebut telah saya betulkan (diboldkan). Inilah untungnya ada rakan-siber macam cikgu.
Kepada Ilyana, maaflah sifu tersalah beri nasihat semalam. Tak ada alasan lain melainkan kecuaian sifu sendiri.
ilyana berkata
terima kasih sifu ats nasihat tersebut. insyaAllah, saya akn cuba buat yg terbaik semampu saya.
chen wei berkata
salam,ckg.nak tanya kalau nak masuk u kena semua subjek A KE????
ckg,kalau nak masuk matrik,apa syarat sederhananya??sy aliran akaun.tapi matrik hanya terbuka 10% kpd bukan bumiputera sahaja,kan???harap balas,terama kasih>…
chen wei berkata
salam,ckg.nak tanya kalau nak masuk u kena semua subjek A KE????
ckg,kalau nak masuk matrik,apa syarat sederhananya??
sy aliran akaun.
tapi matrik hanya terbuka 10% kpd bukan bumiputera sahaja,kan???harap balas,terama kasih>…
sifu2b berkata
Chen Wei,
Tak semestinya semua subjek, tetapi sudah tentulah ia akan menjadi SATU KELEBIHAN yang amat kukuh kepada pelajar yang memohon masuk ke mana-mana program pra-ijazah mahupun program ijazah luar negara.
Kuota matrikulasi memang 10% untuk pelajar bukan bumiputera.
Untuk masuk matrikulasi aliran perakaunan, kelayakan minimum MEMOHON MASUK ialah kredit subjek-subjek tertentu dan lulus 7D matematik tambahan.
Selebihnya sila layari lamanweb moe.gov.my dan semak bahagian matrikulasi (jika ada).
Juga anda bolehlah membaca santai tulisan sifu sebelum ini, http://sifu2b.wordpress.com/2008/03/13/bagaimana-melanjutkan-pelajaran-selepas-spm/
mukhlis_adzha berkata
A’kum Sifu,
Saya adalah graduan perakaunan tetapi sekarang bekerja dalam bidang pengiklanan kira saya nie tak penah praktis apa yg sy study….cuma my first job jer i penah mengajar as tutor kat UPM Bintulu tapi itu pun kejap jer tak sampai 3 bulan…..disini saya ingin bertanyakan pendapat sifu…
saya mempunyai seorang rakan yang menjaga rumah kebajikan…setakat ini seramai 4 orang anak2 disitu akan mengambil spm tahun ini dan mengambil prinsip akaun… sebagai volunture utk rumah terbabit saya diminta oleh rakan saya utk membuat latih tubi bagi kesemua pelajar itu memandangkan keputusan subjek akaun mereka amat teruk.
melalui pengamatan saya..kesemua mereka langsung tidak memahami prinsip asas perakaunan…
masalah saya pula adalah…saya tidak pernah mengambil subjek perakaunan ketika spm…namun atas dasar minat saya teruskan keperingkat matrikulasi dan sarjana muda perkakaunan..jadi saya mmg tak ada gambaran bagaimanakah bentuk soalan bagi perinsip perakaunan spm….
bolehkah sifu mencadangkan saya buku rujukan dan latih tubi yang terbaik untuk saya sediakan kepada anak2 ini…dan juga untuk saya lebih memahami silibus prinsip perakaunan spm…
apapun saya akan ikut saranan sifu seperti artikel diatas…
terima kasih..
Nazir berkata
cikgu,kini hanya tinggal 51 hari untuk saya menduduki peperiksaan spm ketika saya menaip sekarang ini.cikgu saya turut ada bagi anchor question kepada kami sekelas tapicikgu tersebut tdk memberitahu maklumat yg cikgu berikan agaknya beliau terlupa.
alhamdulillah saya terserempak dgn laman weg cikgu ni….
sebelum ini saya agak ‘blur’ yalah tdk tahu mana yg patut belajar dan yg mana tidak.atas petunjuk cikgu diatas,saya dah boleh dapat bayangan bab2 mana yg patut saya study.wassalam.
bdk form4 berkata
assalamualaikum sifu….
saya baru form4,tapi dah tak paham subjek ni..
tahun 2010 saya dah nak ambil SPM..
selepas sifu bagi tips2 nie, saya rasa bersemangat je,
huhu! thnks…
cikgu subjek ni kat sekolah saya ajr mcm tak cukup mkn je..
bukan nak kutuk tapi realiti..
walaupun kelas bising dia tetap teruskan kelas jugak,
jadi subjek prinsip akaun ni saya terpaksa mengharap kat tuisyen je…
ada sesapa buat home tuition tak subjek ni??
harga biar berpatutan ye..
sifu2b berkata
Mukhlis adza,
Setakat ini, saya lebih suka menggunakan buku terbitan Pelangi, Latih Tubi Perakaunan SPM, agak tebal, kulit berwarna kuning. ia mempunyai pelbagai aras soalan bagi setiap topik.
tetapi kebanyakan buku dalam pasaran boleh digunakan untuk mengajar pelajar tersebut, tetapi jangan terlalu bergantung kepada skema jawapan di belakang, kadang kala ada kesilapan cetakan.
Semoga usaha anda diberkati.
sifu2b berkata
Bdk Form4,
Kena baca gerak geri cikgu. Kalau cikgu mengajar juga walau bising, ada makna tu.
Itu maknanya cikgu sedang marah dalam diam (ikut jenis orang gak).
hakim ishak berkata
assalamualaikum sifu,
saya ni dah nak SPM nie.
tapi saya kurang yakin dengan keputusan a/c saya baru2 nie..
boleh tak sifu bagi tips mcm mana nak bg yakin dlm exam?
teh berkata
salam cg,
lepas saya menduduki trial, saya x ada keyakinan utk dptkan sijil LCCI.. sebab dlm K2, semua soalan saya dpt markah penuh kecuali soalan 2.. soalan 2 saya x faham 1 maklumat tambahan buat saya hilang 7m.. ini buat saya takut x dpt sijil LCCI.. jadi, kecuali soalan anchor 2009 & 2010, cg ada x soalan LCCI lain..
TQ..
eric berkata
U can try download some acchor questions from this link:
http://cikgumohammadsaid.blogspot.com/
sifu2b berkata
Teh,
kalau nak yang soalan LCCI betul dalam BI, ada juga di internet. Google je. tapi kalau nak soalan SPM ala-LCCI, setakat ini masih sukar diperoleh dipasaran mahupun di internet.
waheeda berkata
salam sifu ,
nak tanya sikit..betul ke kalau ambil elektif akaun dan addmath..boleh jadi”accounting”??????..
sebab…saya ambil matapelajarn elektif akaun,geo dan eko.asas serta 6 matapelajaran asas…nanti nak jadi apa???
ianya ada masa depan yang cerah ke ????
saya pun teringin nak masuk ke kolej atau universiti…..
handzalah berkata
Assalamualaikum sifu2b, ada link2 lain berkaitan rahsia gred (1A) cemerlang dalam subjek2 aliran sains macam biologi, kimia, fizik dan additional mathematic x? ataupon link2 cikgu2 aliran sains ke? tolong ye sifu?
yati berkata
aslmkm cikgu…..hmmm…bgus penerangan ckgu tu…..harap2 sy akn dpt kptsn yg cmrlng….doa kan yea…..
apiez berkata
salam…em taun nie sistem gred dah ditukar….tips nie b0ley gune lgi kew??
sifu2b berkata
Tips ni boleh digunakan dalam konteks umum. tapi kalau nak juga A+, maka pastikan awak dalam kateogi CEMERLANG dengan markah paling tinggi, mungkin 95%. Itu bermakna kesalahan paling kecil atau awak hanya boleh kehilanga 6 markah dari keseluruhan 120 markah.
Tetapi nak dapat A- atau A itu, sifu masih percaya bahawa tips di atas boleh digunakan. Apa-apapun kita semua kenalah tunggu keputusan SPM 2009 bulan Mac tahun hadapan untuk lebih pasti.
boyz berkata
salam sifu,
harap sifu dpt menjawab soalan sy ni..
1)kalau sy cuma mendpt lulus saja dlm akaun dan gagal dlm add maths, adakah sy masih dpt melanjutkan pelajaran?
2)sy belajar dlm kelas aliran perakaunan, tetapi subjek ekonomi asas tidak di ajar sebaliknya di ganti dgn subjek information and communication technology(ICT) dan perdagangan, oleh sbb itu sy mengalami masalah utk tukar sekolah, persoalanannya ialah, adakah sy perlu belajar ekonomi asas jugak bila sy tukar sekolah???????? mcm mna pula dgn ICT yg tdk di ajr di sklah baru??? sy baru form4 tahun ni. Sy akn tukar sklah tahun dpn.
3)kalau sy melanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan slps spm, adakah masih di ajr dlm bhsa melayu??????????????
HARAP SGT SIFU DPT JWB SOALN SY NIE..
sifu2b berkata
Boyz,
1. Boleh tapi pastinya bukan dalam bidang perakaunan kerana akaunpun HANYA LULUS! tak payah cakap AddMATH. Awak boleh mohon banyak bidang lain (dan tak semestinya mesti yang gerenti dapat kerja- ada bidang pengajian semata-mata untuk penguasaan ilmu semata-mata)
2. Bergantung kepada pihak sekolah baru anda. Sifu tak boleh kata apa-apa dalam hal itu.
3. Ya dan TIDAK. Bergantung kepada IPT mana awak akan lanjutkan pelajaran. Kebanyakan/hampir semua IPTA yang menyediakan peluang pengajian dalam bidang perakaunan AKAN dan sedang mengajar KERTAS/KURSUS/SUBJEK PERAKAUNAN dalam Bahasa Inggeris, menepati keperluan industri masa kini (sifu dulupun belajar dalam BI dik). Subjek-subjek/kursus-kursus lain akan diajar dalam BM sepenuhnya (tertakluk kepada fakulti tersebut juga). contohnya sifu dulu belajar subjek/kursus pengurusan bercampur-campur BM/BI, bergantung kepada pensyarah dan fakulti.
RENUNG-RENUNGKAN…
anon berkata
salam,
saya nie bru form4 thn nie,of course la saya ni bdk akaun cz…….saya mnt giler subjek ni….so,saya ada 1 soalan nak tnya sifu,bagaimanakah cara utk saya melayakkan diri masuk ke matrikulasi?