Makna Gred LCCI dalam Slip Keputusan SPM 2008

Sifu dapat mencari sedikit maklumat berkaitan dengan maksud gred LCCI yang tertera dalam Slip Keputusan SPM 2008.

Sumber sebenar : kenyataan Akhbar LCCI Asia bertarikh 12 Mei 2009 (salinan dalam format fail PDF).

Di sini, sifu ringkaskan dan terjemahkan untuk kemudahan pelajar

Kelayakan untuk SIjil LCCI dinyatakan sejelas-jelasnya melalui kod yang disediakan dalam lajur LCCI dalam slip keputusan SPM.

Kod

Gred

Anugerah boleh dituntut

1

Lulus dengan Cemerlang

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

2

Lulus dengan Kepujian

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

3

Lulus

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

4

Lulus dengan Cemerlang

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

5

Lulus dengan Kepujian

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

6

Lulus

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

Mana-mana pelajar yang ingin memohon mendapatkan sijil masing-masing hendaklah menyerahkan permohonan mereka melalui sekolah masing-masing dalam tempoh 1 bulan selepas keputusan SPM dikeluarkan. Selepas tempoh 1 bulan tersebut, iaitu mulai 12 April 2009 dan seterusnya, pelajar-pelajar masih boleh menyerahkan permohonan mereka secara terus ke pejabat LCCI International Qualifications Malaysia atau Pusat-pusat Latihan LCCI yang disahkan sepertimana tersenarai dalam edaran atau dalam laman sesawang LCCI (www.lcciasia.com)

Gitulah lebih kurang petikan kenyataan akhbar yang sifu terjemahkan.

Kelayakan kod 4, 5 dan 6 ada kena mengena dengan syarat kelulusan English 1119. Jika anda tak capai gred sepatutnya dalam BI, maka anda cuma layak Sijil tahap 2 dengan kenyataan tambahan dalam kurungan itu.

Melalui blog CIkgu Narzuki, http://perakaunan.wordpress.com, JPN Kelantan telah pun mengambil usaha mengumpulkan senarai nama pelajar yang inginkan sijil LCCI tersebut berserta yuran RM25 setiap seorang. Pelajar SPM negeri Kelantan bolehlah rujuk blog Cikgu Narzuki tentang hal tersebut.

Sifu belum maklum JPN lain-lain bagaimana arahannya. Apa-apapun sifu harap, semuanya berjalan lancar.

About these ads

93 responses

  1. salam.
    saya nk tnya sket kt sifu. sy lepasan spm 2008. sy tersenarai dlm interview mara utk permohonan ijazah luar negara. sy tlah memilih kos perakaunan. boleh sifu bagi sedikit tips2 atau info yang boleh membantu saya ketika interview nanti? tarikh interiviw sy 13 april. sy harap sifu dpt membantu sy.

  2. salam..
    sifu..
    saya amat berharap sifu dapat membantu saya …
    pada 12 mac lalu saya mendapat keputusan spm..
    saya agak kecewa sedikit untuk subjek b.i saya..
    b.m 2A
    b.i 5C
    math 2A
    sejarah 1A
    add.math 7D
    akaun 1A
    e.s.t 4B
    add sains 4B
    agama 3B
    sains 3B

    untuk gred lcci saya mendapat gred 5 ..
    kerana b.i saya tidak berapa bagus ..

    semasa percubaan saya mendapat b.i 2A ..
    saya mmg kecewa dengan subjek tersebut ..

    pada pandangan cikgu ,adakah saya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajran ke ipta kerana subjek +math dan b.i saya tidak berapa bagus ..
    adakah saya mempunyai peluang untuk ke diploma perakaunan .??

    sekiranya sifu tidak dpt membalas komen saya..
    saya harap sifu dapt memberikan jawapan di email saya ..
    nkacang@yahoo.com..
    saya amat buntu dan amat memrlukan pandangan sifu ..

  3. cikgu,kalau kat sijil tak de gred lcci memang x leh mohon ke?????????????

  4. Norasyikin,
    Masih boleh. Anda layak memohon ke diploma perakaunan di UDM, UiTM atau politeknik. Malahan sifu amat galakkan jika awak turut memohon KPTM yang pengambilannya sedang dilakukan sekarang ini. Jika anda berstatus bumiputera, dan berjaya masuk ke KPTM, jika layak anda akan ditaja oleh MARA secara langsung. Diakhir tempoh pengajian diploma nanti, jika awak mencapai CGPA 3.600 ke atas, maka pinjaman itu akan ditukar menjadi biasiswa. Jika CGPA 3.00 ke atas tetapi kurang dari 3.600 maka pinjaman MARA yang perlu dibayar hanyalah 10% dari jumlah tersebut. Bukankah ia peluang amat baik? Maklumat ini telah dimaklumkan oleh pegawai dari KPTM sendiri semasa sifu bertanyakan peluang belajar di KPTM berkaitan dengan perakaunan (sifu melawat pameran pendidikan MARA di Wisma SESB baru-baru ini).
    Bak kata seorang pegawai di booth lain (dari kolej Shahputra- francais program UiTM bila ditanya tentang pembiayaan pinjaman MARA), “jika malas mahallah, jika rajin maka murahlah bayaran dia.”
    Nasihat sifu, MOHONLAH SEKARANG di KPTM atau mana-mana IPTS yang dimiliki oleh MARA mahupun IPTS lain yang ada tajaan MARA juga.

  5. salam..
    saya nk tnye…
    layak ke result sy nk amek program profesional(CAT)
    BM :1
    BI :5
    MATH :2
    SAINS :1
    PERDAGANGN :3
    QURAN SUNNAH :3
    SEJARAH :4
    EKONOMI :4
    BAHASA ARAB :4
    AKAUN :5(layak ke amek kos akaun?)
    SYARIAH :5
    ADD MATH :7

    layak ke sy nk amek CAT or diploma perakaunan kat uitm???

  6. Ayu,
    Umumnya, awak boleh mengikuti CAT di mana-mana tempat. Ini kerana program profesional seperti CAT ini ada dijalankan oleh pelbagai pihak, baik IPTA mahupun IPTS.
    tetapi soal sama ada layak belajar di UiTM utk mengikuti program Diploma perakaunan ataupun CAT, maka ia tertakluk kepada halangan seperti persaingan memperoleh tempat dari pemohon-pemohon lain dan sebagainya.
    Perlu diketahui CAT boleh anda biayai sendiri dengan hanya perlu belajar sendiri dan duduki exam CAT pada pelbagai tahap dengan membayar yuran peperiksaan sahaja. Malah anda boleh memilih dipusat mana anda nak ikuti exam tersebut.

  7. RESULT SPM SAYA SEPERTI INI.SAYA TIDAK AMBIL AKAUN TAPI IBU SARANKAN SAYA AMBIL AKAUN.KATA IBU DAN KELUARGA SAYA BIDANG AKAUN LUAS PELUANG PEKERJAANNYA.LAYAK DAN MAMPUKAH SAYA DALAM BIDANG INI.????SAYA TIDAK MAHU AMBIL SAINS LAGI KERANA SUBJEK SAINS SAYA TIDAK BEGITU CEMERLANG.SAYA PULA MINAT MASSCOM UITM.SAYA TURUT APPLY DIP PERAKAUNAN DI UITM.
    BM=1A
    MATHS=1A
    AGAMA=1A
    SAINS PERTANIAN=1A
    SEJARAH=2A
    BI=4B
    KIMIA=5C
    ADD MATH=5C
    BOI=6C
    FIZIK=6C

  8. salam cikgu..
    boleh saya mohon program(CAT) RESUT saya seperti ini..
    BM =B3
    BI =D7
    MATH =A1
    AGAMA =A2
    SEJ =A2
    ADD MATH =E8
    KIMIA =E8
    FIZIK =D7
    PENGAJIAN KEUSAHAWANAN =A2
    AKAUN =A1

  9. assalamualaikum cikgu,
    result spm sy yg lepas adalah spt berikut dan mohon jurusan akaun untuk upu .Sifu rasa adakah sy lbh kepada perakaunan or jurusan lain.
    SPM result:-
    BM=1A
    BI=3B
    SJ=1A
    P.ISLAM=2A
    MATHS=1A
    P.AKaun=1A
    Geografi=1A
    ADD.Maths=2A
    Bio=2A
    Kimia=2A
    Fizik=4B
    EST=4B

    LCCI=2

  10. assalamualaikum cikgu, saya inginkan kepastian kenapa saya tidak layak mendapatkan sijil lcci berdasarkan keputusan spm saya iaitu;a prinsip perakaunan 5c, bahasa melayu 3b, bahasa inggeris 8e,scince 4b,ekonomi 7d, matematik 7d, pendidikan islam 4b,sejarah 5c serta pendidikan seni 3b.

  11. Atie,
    Okay je pilihan awak tu. Sifu sokong je.

    Zharif,
    Cuba mohon CAT melalui IPTS yang tawarkan kelas tuisyen LCCI tersbut. Anda juga boleh duduki exam LCCI atau ACCA pada tarikh-tarikh pilihan anda. Sila layari LCCIASIA.com atau ACCA.com utk keterangan lanjut. Tetapi jika anda bercita-cita nak belajar CAT di KPTM dengan keputusan begitu, sifu rasa peluang awak tidak memberangsangkan utk ikuti program di KPTM, tapi tak salah mencuba.

    Hadi,
    Awak menunjukkan potensi dalam bidang perakaunan, tapi keputusan SPM awak juga menunjukkan bahawa awak mampu menceburi bidang-bidang lain seperti ekonomi, pengurusan dan pentadbiran atau bidang kemanusiaan lain.

    Norzariyah,
    Dalam slip SPM awak, ada tak tercatat apa-apa nilai gred LCCI? Jika ada maka anda hanya perlu mengisi borang yang boleh diperoleh dari sekolah atau muatturun sendiri di lcciasia.com atau di link yang disediakan oleh Cg narzuki http://www.box.net/shared/965j2aivu8. Keterangan lanjut bolehlah anda layari blog Cg Narzuki di http://perakaunan.wordpress.com/2009/04/06/permohonan-sijil-lcci-bagi-pelajar-prinsip-perakaunan-spm-2008/

  12. assalamualaikum sifu..
    kat sini saya nak bertanya sikit mengenai lcci dan diploma perakaunan.. manakah pilihan yg terbaik untuk sy pilih sama ada lcci atau diploma perakaunan.. dan soalan terakhir, apakah perbezaan antara lcci dan cat..? yang mana satukah yang akan memberikan peluang masa depan yg cerah…
    sekian, wassalam.

  13. asalamuailakum sifu..
    ni result spm saya..
    bm a2
    bi 7d
    sj a1
    math a2
    sc a1
    pi a1
    akaun b4
    pd a2
    ea a2
    tasawur b3

    sifu apa yang boleh saya mohon dengan result saya??

  14. Ikhwan,
    Kedua-duanya memberi ruang kepada anda utk menceburi bidang perakaunan secara langsung. Tetapi dari segi nilai komersil, sifu difahamkan, ramai majikan yang prefer ACCA.
    LCCI juga boleh dapat menjadi CAT (Certified Account Technician) selepas selesai pada tahap tertentu.
    Jika anda amat berminat menceburi bidang perakaunan dalam mana-mana industri, maka sifu yakin anda akan berjaya memastikan peluang anda mencari amat cerah. Kurikulum penting dan personaliti juga amat penting.
    Tapi jika anda buat ‘career shopping’ anda pasti akan perasan bahawa sekarang ini ramai orang prefer ACCA (walau mahal) berbanding LCCI (murah sikit). Tak tahu kenapa tapi gitulah realiti masa kini.
    Kesimpulan, lepas LCCi dan diploma perakaunan anda boleh pursue ke ACCA tertakluk kepada beberapa terma dan syarat. Sila rujuk accaglobal.com

    Syda,
    Banyak bidang awak boleh pohon. Awak punya potensi yang positif. Mohonlah apa yang anda minat.

  15. sifu,
    ni rsult spm sy…agak mengecewakan..
    bm-a2
    bi-d7
    sj-b3
    agama-a2
    math-b4
    akaun-a2
    +math-d7
    sains-a2
    ekonomi-b4

    keputusan spm utk BI mmg mengecewakan…apakah akan memberi impak pada sy jika sy memilih cost akaun jika result BI mmg mengecewakan?

  16. saya telah memohon upu,maktab n kptm..
    di upu pilihan pertama saya akaun di udm..
    boleh ke saya diterima masuk ke u,maktab atau kptm sedangkan bi saya setakat lulus??

  17. adakah pelajar lpsn matrikulasi dalam jurusan perakauan ada ditawarkan program ijazah luar negara jikalau rsult cemerlang?

  18. satu soalan lagi..mcm ane plak dengan biasiswa?boleh ke saya dapat dgn result saya mcm ne?trutamanya biasiswa dari mara…

  19. salam..saya nak tanye bleh ke saya nak mohon diploma akaun dengan result saya camni :
    bm-a1
    bi-3b
    ma8-a1
    addma8-5c
    akaun-3b
    sej-5c
    pai-a2
    kim-7d
    phy-8e
    tassawur-a1

  20. salam…
    sy nk tyer…knp sy x layak memohon sijil lcci…

    bm-1
    bi-1
    ag-1
    m3-1
    akuan-5
    addm3-4
    chemistry-4
    sej-4
    physic-5

    adakah keptsan sy ini mmg tidak layak untk memohon sjil lcci???
    terima kasih..

  21. salam sifu..
    sy nak tnye psl sy punyer rsult nie..
    rsult sye just owkay2 je..
    bm=A1
    bi=D7
    mt=A2
    ag=A1
    sej=A2
    civil,e=C5
    LK=C5
    fz=D7
    addmath=D7
    che=E8

    ngn rsult yg sy dpt tue,bley x sy amek cos bhgn it?
    lg satu,patut x sy amek cos tue dan ape yg sy bley dpt dgn amek cos tue?

  22. sifu..
    saya telah memohon di beberapa tempat..
    saya telah diterima masuk tanpa temuduga..
    pada permulaan saya dapat unisel untuk diploma perakaunan,,
    selepas itu saya dapat tawaran dari uniten untuk foundation in acc..
    baru-baru ini saya dapat matrikulasi perakauanan di pahang program selama 1 tahun..
    ramai yang memberi cadangan agar saya pergi ke matriks..
    saya risau saya tidak dapat membawanya..
    kerana saya jenis yang belajar jika ada mood,,dan saya seorang yg sgt leka dan kuat bermain..
    dan saya risau saya terkandas di matriks..
    mmg kita perlu berusaha untuk berjaya..
    tetapi saya jenis yang belajar kita saya ada mood atau tenang..
    dan kebiasaan saya akan dimarahi rakan2 ,kerana sering bermain..
    dan apabila orang memarahi atau mengingatkan saya..
    baru lah saya akan belajar..
    jika saya pergi ke matriks,,mungkin akan menjadi satu tekanan yang besar bagi saya..
    kerana pada awal lagi sya perlu berusaha kerana masa hanya setahun..
    sekarang ni saya benar2 buntu..
    saya menunggu pangilan upu pula pada 1.5..

    pada bulan 5 ini ,semuanya berubah dan saya akan tempuhi suasana dan persekitaran yang cukup asing buat saya..
    saya seorang yang susah membiasakan dengan persekitaran dan orang baru..
    walaubagaimanapun saya akan cuba membiasakan diri..

    saya harap sifu dapat memberi advice kepada saya..

  23. LAGI SATU..
    SAYA ADA BACA TTG ATHRUN ZALA..
    CADANGN YG DIBERIKANNYA SGT BAGUS..
    AMIK CAT-ACCA..
    PANDANGAN SIFU ,,
    ADAKAH SAYA PATUT PERGI KE KPTM ATAU MENERIMA SALAH SATU TAWRAN YANG SAYA TELAH KATAKAN SEBENTAR TADI..
    HARAP SIFU DAPAT MENGHILANGKAN KEBUNTUAN INI..
    TERIMA KASIH………

  24. salam…
    sya tgh pening… saya dpt tawaran matrik perlis dlm bidang p’akaunan.. sya msh xpasti nk msuk matrik o x.. tp sya takot xdpt tawaran U..ni result sya..

    bm2
    bi4
    agama3
    sej3
    admath7
    akaun3
    ekonomi6
    est6
    math3
    sains1..

    tlg ye..

  25. sifu, saya orang baru kat sini. saya berminat nak study oversea tapi terlepas peluang kerana tak dapat straight A dlm spm 2008.saya cuma dapat 5a saje. kemudian saya dapat twrn twin program 2+2 dari tpm kolej bukit jalil yang membuka peluang utk saya study di usa pada tahun 3 dan tahun akhir. saya jugak dapat twrn matrik setahun di n.sembilan. kalau ikut hati saya memang nak g tpm kolej sbb dpt sambung d usa tapi saya keliru dengan kualitinya. saya tak tahu mana yang lebih baik untuk saya pilih. harap sifu dapat tolong saya. lagi satu, adakah keluaran matrik kpm atau asasi di universiti memang tak de peluang buat degree luar negara?

  26. Fatin,
    Mungkin juga BI awak menjadi gangguan kepada potensi awak. tetapi haruslah fatin akui bahawa peluang belajar tetap ada, termasuklah dlm IPTS. Jika anda fokus kepada matriks, sudah pasti BI itu jadi penghalang. Jika anda fokus kepada diploma perakaunan di UiTM contohnya, maka keputusan BI boleh membantutkan peluang anda. tapi tunggu, Diploma perakaunan di UDM mungkin memberi sedikit kelonggaran ke atas kepincangan itu. Dan kebanyakan IPTS yang sederhana saiz atau kecil saiznya turut memberi ruang kepada Fatin. Tetapi suka sifu nasihatkan supaya anda turut membaik keputusan Matematik anda.

    Syda,
    Doa sajalah. Sukar nak dikatakan buat masa ini.
    Biasiswa? Semakin cemerlang anda maka semakin baiklah peluang anda mendapat ganjaran berbentuk biasiswa MARA.

    Eiyla,
    Jika dalam Slip keputusan SPM awak ada tertera Kod Gred LCCI bermakna anda layak dapat sijil LCCI tersebut, sebaliknya jika tidak ada kod gred LCCi langsung, maka anda tak ditawarkan sijil LCCI tersebut.

    Saiful,
    Jika berminat sangat, boleh apa salahnya. Tetapi janganlah terlalu berharap sangat diploma IT di IPTA, mungkin anda akan punya peluang tawaran lebih banyak dari IPTS. Bagi sifu kedua-duanya beri peluang yang amat baik juga.

    Norasyikin,
    Hmm, jika anda memang jenis gitu, dan tak mudah nak mengubah kepada lebih baik, tak mustahil awak juga akan gagal mencapai matlamat peribadi di peringkat diploma juga. CAT-ACCA? Pun perlukan pelajar yang boleh fokus dan teliti. Adakah anda dari jenis sebegitu? Jika tidak pun, adakah anda boleh berubah menjadi individu sebegitu? Pembiayaan MARA pun ada syaratnya. Jika pelajar di KPTM tak cemerlang, mereka berhak menarik balik pembiayaan mereka. So Norasyikin dinasihatkan utk berfikir bagaimana utk berubah dari suka main-main, atau belajar ikut mood supaya juga mampu ikut mood atau belajar apabila keadaan memerlukannya. Ingatlah belajar 3 tahun diploma (6 semester) tidak menjanjikan ruang bebas utk cemerlang sambil ikut mood semata-mata, sama juga belajar 1 tahun di matriks tidak dicipta utk menggagalkan pelajar dari cemerlang. Fikir-fikirkan.

    Miyra,
    JIka awak memang berminat bidang perakaunan dan ingin belajr di peringkat ijazah perakaunan, maka ambillah peluang matriks ini. Ia sudah baik utk anda. Mana tau jika dapat diploma pun tapi dalam bidang bukan perakaunan, maka peluang ke ijazah perakaunan mungkin akan terjejas sedikit.
    yang penting bukanlah awak mampu bawa atau tidak sekarang, tapi adakah anda memang nak cemerlang, berjaya dan dapat menyelesaikan 1 tahun dengan jayanya. Jikan anda mahu, pastikan anda juga lakukannya. Mengandaikan anda tak akan berjaya sedangkan belum melaluinya adalah alasan yang tak sesuai masa kini. Tibalah masanya anda bertekad utk mengatasi kelemahan anda sendiri.

  27. Ecah91,
    Boleh tak salah memohon. Kat IPTA anda boleh memohon di UiTM dan UDM (setakat yang sifu maklum).

  28. terima kasih sifu…
    tp adakah sy ni masih layak utk ke tingkatan 6??

  29. terima kasih sifu..

  30. sifu bleh ke sy dpt sijil lcci??
    lcci sy 6 jer..

  31. salam sifu,result spm saya mcm ni..:

    Bm 1A
    Bi 5C
    Sej 1A
    Math 1A
    Scn 2A
    Agama 1A
    P. Akaun 1A
    Ekonmi 3B
    Pdgn 1A
    Geo 1A
    Tswr 1A
    Seni 2A

    utk pengetahuan sifu, saya mohon unisel,upu,kptm,poli… mslh saya skrg berkaitan biasiswa..adakah ada peluang utk pelajar akaun dpt biasiswa?? saya telah ditawarkan kursus diploma perakaunan di unisel tetapi saya msh menunggu upu dahulu..kptm juga saya dpt utk kursus ACCA.. setahu saya biasiswa dari mara akan diberi jika layak..sifu tahu tak apa syarat kelayakan tersebut?? t.kasih

  32. Fatin,
    of course you can.

  33. Syda,
    ya. Sila rujuk sekolah dan dapatkan borang.

  34. Farhan,
    tak semua pelajar akan dapat biasiswa. Malah kalau belajar di IPTS pun yang ditaja oleh MARA, ia masih lagi dalam bentuk pinjaman pelajaran. Hanya selepas tamat pengajian, mana-mana pelajar yang berjaya mendapat CGPA 3.8 ke atas akan dikecualikan dari membayar balik pinjaman dan ia akan diconvert menjadi biasiswa. Apatah lagi jika pelajar hanya dapat PTPTN, maka mengikut polisi masa kini, semua pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman.
    Ada sesetengah korporat menaja pelajar-pelajar cemerlang dalam bentuk biasiswa. So sifu hanya boleh menasihati agar Farhan mencari maklumat lebih lanjut melalui iklan suratkhabar atau internet. Contohnya pelajar India boleh cuba memohon tajaan biasiswa dari anak syarikat MIC atau parti itu sendiri, begitu juga korporat seperti Shell dan Petronas (yang fokus tajaan mereka adalah dalam bidang sains petroleum)

  35. salam sifu.

    act,saya nk puji la sifu ni coz da terangkan panjang lebar pasal akaun smua.
    hargai sangat2.
    tuk pengatahuan sifu,saya ni pelajar lepasan spm 2008.
    saya dapat 8a 2b dalam spm.
    b saya bi dan agama.
    akaun saya dpt a1.lcci gred 1.
    baru2 ni saya dapat tawaran ke matriks.kat tangkak johor.kos acc.
    saya btol2 dalam dilemma ni sifu.harap sifu leh tolong.
    di sekolah saya ni selalu dpat anugerah tuk subjek acc.pljar terbaik smua.
    mmg minat gle kat akaun ni.bagi sy,bila saya wat akaun,rs enjoy je.xtertekan.
    pasal matriks 2,sy tkot xleh nk survive kat sana.yela.nak kene study je memanjang.
    orang ckp xde life la pe la.ha,soalan sy yg pertama,kat matrik dlm bdang acc,kte blaja subjek ape?
    then,kwn saya ada ckp yg uitm ada fast track tuk budak2 acc.uitm s.alam je.uitm len 3taun.
    yg s.alam je lg pendek tahun dia.kre mcm matrik.btol ke?
    andai kata saya dapat kat uitm s.alam 2,perlu ke saya pergi?kalo xdpt kat uitm s.alam,kat uitm mn2,perlu ke g sana berbanding matrik?
    pasal result kne lelong 2,cgpa berape smpai kene lelong tuk kos acc?

    sekian.ni saje soalan2 sy buat masa ni.harap sifu bg respon ya.
    terima kasih.

  36. Dilemma Gurl,
    Alah orang yang cakap tak de life tu sebab niat dia ke matriks nak sosial je kot.
    Memang kebanyakan remaja akan cakap tak del life sebab remaja hanya sekali. Tapi hidup remaja sekali tu lah yang juga menentukan gagal selalu atau berjaya selalu.
    Oleh itu, Dilemma Gurl pedulikan aje cakap-cakap orang yang tak suka berjaya dengan gembira. Kalau DGurl belajar dengan bijak, cepat tangkap apa yang diajar, ulang kaji sistematik, enjoy berpada-pada, maka kehidupan di matriks tetap menjanjikan keseronokan dan kecemerlangan. Setahu sifu, ada juga pelajar yang jujur, amanah, friendly, pandai berkawan, juga cemerlang dan dapat masuk ijazah perubatan pun, atau ijazah perakaunan melalui matrikulasi.
    So, apa yang orang kata matriks tak de life, tu diorang je tu. Mereka tak ada cita-cita besar kot, tapi sebab rakan-rakan lain study gila-gila diorang pula jadi kumpulan minoriti dan mulalah nak cari alasan kenapa tak suka hidup di matriks. Ala- alasan remaja yang kurang matang.
    Dilemma Gurl, jika awak nak juga ke matriks, remember this, it is full of live and it will liven up your future too. Matriks is for you.

  37. dilemma gurl

    salam sifu.
    thanks coz bg respon.
    btol gak pe yg sifu ckp 2.
    act,saya ni ske la hav fun.tpi xla gle2 sgt.
    bese2 je.
    mm..ada soklan sy yg sifu xjwb.
    btw,sy pat uitm kos acc gak.cme uitm mn xtau agi coz 4mei bru tau.
    kat matriks 2 kte blaja subjek ape ye dlm kos acc?

  38. sifu,saya tidak layak ke ipta..mengikut syarat2 khas di udm sya layak mengambil diploma perakaunan ..cua sifu result sya..
    bm-b3
    bi-d7
    sej-a2
    math-a1
    prinsip akaun-a1
    pengajian keusahawanan-a2

    mengikut udm bi mmg nak lulus bkn nye kedid..

  39. dilemma gurl,
    Tentang hal subjek apa belajar di matriks, sifu sarankan awak layari lamanweb mana-mana kolej matrikulasi untuk mendapatkan maklumat senarai subjek dipelajari dalam setiap semester. Senangkan dengan internet. Google okay.

    MR SEDIH,
    Biasalah, dalam pendemokrasian pendidikan, setiap IPTA wajib menyatakan kelayakan minimum, syarat am dan syarat khas. Tetapi pihak IPTA juga berhak untuk memilih calon terbaik antara yang terbaik.
    Ambil contoh ada 100 kekosongan. yang memohon 200 orang. Maka secara logik, pihak IPTA berkenaan akan memilih 100 terbaik dari 200 yang baik yang telahpun melepasi syarat minimum.
    Jika anda gagal dapat ini bermakna ada lagi pemohon lain yang lebih baik dari anda. Itu kelaziman yang perlu anda terima. Sebab itulah kami sebagai guru, malah semua guru SPM dan STPM pun, sentiasa/kerapa menegaskan bahawa pelajar tak boleh hanya biarkan dirinya menyediakan diri setakat tahap minimum, kerana dikhuatiri akan kecewa seperti yang awak sedang alami. Nasihat sifu, awak masih boleh merayu, in case ada kekosongan akibat ada calon menolak atau teruskan niat untuk belajar tetapi dengan belajar di IPTS kerana mereka tetap memberikan anda peluang untuk cemerlang. Bezanya hanyalah dari segi kewangan. Jika anda cmeerlang nanti, dan dapat pekerjaan yang lumayan, anda masih mampu membayar balik pinjaman PTPTN dari potongan gaji anda. Oleh itu, jangan putus asa.

  40. salamm….. sifu mcm mane kita nak check dimanakah uitm yg kita akan dapat?. saya telah ditawarkan ke matrik perak dan uitm dalam bidang perakaunan tetapi saya masih tidak tahu dimanakah uitm yg saya dapat??

  41. salam sifu…
    kata2 sifu membuat saya sedar bahawa saya main2 mungkin disebabkan kumpulan kawan2 yg bersama2 saya..
    sebelom ni ,,saya bukan lah budak yg pintar dan cemerlang..
    tpi masa spm saya dpt akaun A..
    itu bermaksud usaha yg telah saya tekankan..
    saya dpt tawran uitm untuk diploma perakaunan..
    cuma x tahu kat mana lagi…
    saya bercadng nak ke diploma..walupun perasaan sayang nak lepaskan matriks tuh masih tebal..
    family saya paksa saya ke matriks..
    perasaan saya masih berbelah bahagi ..
    saya perlu bekerja bagi menampung kos sendiri ke mana2..
    pendapatan keluarga menghalang saya untuk ke matriks(11 mei) juga dicampur perasaan takut ..
    skang ni perasaan saya 70% untuk ke diploma dan 30% matriks..

    sifu..jika afta diploma saya smbg degree..
    dan ingin amik acca ..
    adakah tempohnya masih lagi 3 tahun??
    sekiranya saya mendapat tmpt jauh..
    bole kah kita tukar ke tempt yg berdekatan,misalnya s.alam???

  42. dilemma gurl

    sifu.

    ada soklan nk tny ni.
    saya da decide nk g tangkak,johor.mtrikulasi.
    then.
    ada kwn sy ckp,akaun matrik ni basic je.
    kalau wat degree,tkot xleh wat.
    btol ke sifu?
    katekan tdak coz saya nk g matrik 11mei ni.
    a.s.a.p if sifu dapat rep cmnt sy ni.

    sy da nekad nk blaja btol2 kat matrik.
    xnk main2.try my best coz my senior ada yg g matrik.
    matrik perak.da abis da.dia sem 1 dpt 3.
    mostly pelajar akaun dpt 4.0.
    b4 dis,saya xpnh gak dgr org ckp jurusan akaun ssh.
    lagipun,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

    thanks sifu.

  43. accountslover

    salam sifu..
    saya mula menjadi pembaca blog sifu sejak form5 lagi.
    alhamdulillah banyak membantu.
    result spm saya begini :

    bm- 1A
    bi-1A
    maths-1A
    science-1A
    sej-2A
    pend.islam-2A
    add maths-7D
    akaun-1A
    ekonomi asas-1A
    tasawur islam-1A

    LCCI-gred 1

    buat pengetahuan sifu,saya telah mendapat tawaran ke matriks (jurusan perakaunan) dan uitm (diploma perakaunan). saya juga sedang menunggu keputusan PILN 2009 tajaan mara yang dijangka keluar pada minggu ketiga bulan mei ini.

    soalan saya,
    1. adakah peluang saya cerah untuk mendapat tajaan mara ke luar negara? sedangkan majoriti pelajar yang pergi temuduga hari tu daripada mrsm dan sbp. saya juga dapat D utk addmaths.

    2. jika saya mengesahkan kemasukan ke uitm pada 15mei(tarikh akhir),adakah saya boleh tidak pergi mendaftar/menolak tawaran itu jika saya berjaya dapat tajaan mara? (ini kerana keluarga saya amat berharap saya dapat melanjutkan pengajian ijazah di luar negara)

    3. banyak pendapat yang saya terima dari guru2 dan pelajar ijazah di uitm tentang matriks. antaranya:
    -minda org melayu ni asyik fikir nak masuk matriks je..

    -1 tahun tak dapat beri asas yang kukuh sbgai persediaan utk belajar peringkat degree nanti.betul ke sifu?

    -lepas selesai matriks,belum tentu awak akan dapat buat bachelor in accounting. mereka akan hantar awak buat bidang lain. hal ini kerana silibus di matriks tidak khusus,hanya basic saja.
    sekali lagi,betul ke sifu?

    4.adakah keputusan add maths saya akan mempengaruhi pengajian saya di IPT nanti?

    5.jika saya masuk matriks, berapa lama tempoh masa diperlukan untuk selesaikan ijazah?

    6.adakah saya boleh memohon program diploma fast track akaun di uitm? jika ya berapa lama tempohnya?

    7. bolehkah saya mohon buat CAT di uitm kerana masa apply upu dulu,CAT tiada dalam senarai

    – oleh itu,apa yang patut saya pilih? tolong sifu beri jawapan secepat mungkin..

    THANK YOU IN ADVANCE SIFU

  44. salam sifu..
    sy sbnrnya nk amek tingkatn 6 dlm alirn eknomi..
    tp sy dpt jursan kemanusiaan di sekolah tknik bachok..
    sy jga ditwrkan ke uitm, diploma sistem maklumt p’akaunan..
    pd pndangan sifu yg mnakah sy ptt plih?.
    kptsn spm sy spt yg kt bwh
    bm 1
    bi 5
    p.islam 3
    sej 6
    mm 1
    m.tmbh 4
    p.keushwnn 4
    p.akaun 1
    fz 7
    km 6

  45. salam sifu..

    saya dapat tawaran uitm kos diploma pengajian perniagaan n matrik perakaunan kat perlis..

    saya minat ngan perakaunan lagi..

    tp saya x nak pegi matrik sbb takot x leh survive..
    soalan saya,

    bleh ke diploma pengajian perniagaan sambung ijazah perakaunan??
    dan bleh ke saya nak jadi akauntan bertauliah ngan sume sijil2 ni??

  46. Sifu, saye pelajar form 4 aliran perakaunan.. saya ader sedikit masalah mengenai pembelajaran saya… saya agak risau mengenai ujian pertengahan tahun.. kerana saye tidak belajar…

    Bukan kerana malas, sifu jgn salah paham =D… sblom ini saya pelajar aliran sains di sekolah menengah bandar penawar (Duduk di asrama).. kemudian saya kembali ke sekolah asal saya, Sekolah Menengah Adela (SEMEKA).. dan minggu depan adalah ujian pertengahan tahun (pada 11/5/2009)..

    Agak merisaukan saya, kerana saya tidak tahu apa² pun mengenai perakaunan.. terpaksa lah saya hentam saja jawapan..

    mengenai struktur, =( langsung tidak tahu apa².. hmm, sungguh merisau kan.. saya harap dapat cover balik pembelajaran perakaunan..

    saya harap sifu dapat membantu saya… Saya sedang berikhtiar..

    (6-5-09 SEND -> 11-5-09 EXAM) –> cuma 5 hari sahaja lagi EXAM MID YEAR!!.. HELP!!!!!!!!!!!!!

  47. Sifuuuu….Assalamualaikum
    sy nk tnye,subjek2 lm aliran Agama F6 pe erk??
    ps2,lps abis F6 lm aliran agama ley smbung n mintk kos pe???
    arp2,sifu ley jwb sokln sy n sy mhrgainye….
    syukran…

  48. titami_kasuki

    salam sifu..
    sy sgt suka web sifu ni..
    n sy nk puji sikap sifu yg snggup menjwab pelbagai soalan dripd pelbagai ragam pelajar2 di sini..
    dripada thun lepas sya melawati web sifu ni..
    dan sya juga pernah mendapatkn nshat dripd sifu di sini..tntg arah tuju slps spm..
    alhmdulilah..sya dah hbis pun matrik sthun kat kdah..
    trima kasih kat sifu yg tnjukkan sya arah sewaktu sya benar2 buntu membuat pilihan..
    rasanya,ingin skali bertemu sifu dan mengucapkan ribuan terima ksih..
    sy masih ingat ayat sifu yg ditulis pada thun lps,”masih ramai yg berjaya di matrik,jadi mengapa kita perlu melihat pelajar2 yg kandas di matrik?sebaliknya kita lihat pelajar2 yg cemerlang di matrik,bukannya menjadikan pelajar yg gagal sbagi idola..”
    ayat sifu inilah yg menjdi pegangan dan kekuatan utk sya terus berada di matrik kedah slama sthun..
    trima kasih byk2,sifu!
    alhmdulilh,result sem 1 sya tidak mengecewakan..malah meletakkn sya antara pelajar2 cemerlang disna..
    nmun sem 2 ini,sy tidak pasti..bergntung kdp result yg bakal keluar tidak lama lagi..
    terima ksih kpd sifu yg sudi meniupkan bara semangat sehingga ke hari ini..
    sy sudah berusaha sehabis daya di matrik..
    malah,kata2 keramat sifu sy print dan tampal di sudut meja utk dijadikan pembakar smgat..
    jika ada kwn2 yg dtg ke blik bertya,sy katakan,’ini sifu sya..yg sntiasa membakar smgt dlm jiwa kecil ini..’
    begitu hebat skali seorg yg bergelar sifu!
    mampu menaikkan smgt seorg yg berjiwa kecil yg hampir hilang arah satu ketika dahulu dgn hanya menulis di alam maya tnpa perlu memandang wajah dan mendengar suara!

  49. salam…
    saya mendapat tawaran untk smbung blaja dalam kos CAT….
    bg pandangan sifu adakah kos ini menjanjikan peluang untuk smbung blaja yg cerah dan peluang pekerjaan yg cerah..?
    dan soalan terakhir apakah kos yg blh sya smbung selepas tamat blaja dalm kos CAT..?
    SEKIAN….

  50. salam sifu…
    result spm saya mcm ni…
    BM-3b
    BI-7d
    SEJ-5c
    p.ISLAM-4b
    MATH-2a
    KIM-6c
    FIZ-6c
    A.MATH-6c
    BIO-6c
    EST-6c

    layak kah saya memohon ke mana2
    intitusi pengajian tinggi…..

  51. Farhana,
    Tak pasti bagaimana, tetapi sifu sarankan awak hubungi terus pihak UiTM.

    NORASYIKIN,
    Jika awak berstatus bumiputera, maka pembelajaran di Matriks akan dibiayai sepenuhnya oleh KPM. Malahan elaun sara diri turut diberikan oleh KPM.
    Tetapi jika awak lebih yakin ke Diploma perakaunan di UiTM, sifu tetap sokong. Di UiTM, yuran semester murah je. Jika layak maka akan dapat biasiswa MARA lagi. so baguslah gitu.

    Soal nak ambil ACCA tu, sila rujuk UiTM. Setahu sifu pelajar Diploma Perakaunan UiTM yang melepasi beberapa syarat tertentu boleh memohon sambung pengajian ke ACCA. Mungkin tak akan ambil lebih dari 3 tahun kerana ACCA bukanlah program UiTM, ia adalah program usahasama dengan badan profesional perakaunan iaitu Association of Certified Chartered Accountant (ACCA). UiTM hanya sediakan kuliah dan tutorial persediaan ke exam ACCA.

    Sebenarnya kalau nak ambil ACCA ni, nak ambil selepas SPM juga amat digalakkan. Awak hanya perlu belajar sendiri sambil bekerja, daftar dan bayar yuran peperiksaan yang diadakan dibeberapa buah pusat yang diumumkan ACCA Asia dan setiap kali lulus dengan baik, maka awak akan layak naik ke tahap seterusnya sehingga mencapai CAT-ACCA. Lepas tu barulah awak boleh teruskan ambil kelayakan profesional sepenuhnya. Dikatakan ada orang (tak tahu rakyat Malaysia atau bukan) yang luangkan masa dalam tempoh 1 1/2 hingga 2 tahun dari mula tahap 1 hingga ke ke tahap tertinggi ACCA hanya dengan menduduki exam. Apa-apapun sila rujuk ACCAasia.com untuk keterangan lanjut.

    Dilemma Gurl,
    Memanglah belajar di Matrikulasi masih lagi peringkat asas. Ada banyak lagi kursus perakaunan yang perlu pelajar ijazah lalui dan apa yang ada kat matriks hanyalah secebis daripadanya. Tapi itu tak bermakna pelajar matriks TAK AKAN dapat mencemerlangkan diri di peringkat ijazah nanti.
    Macam juga sebelum ke matriks, pelajar lalui SPM terlebih dahulu. Semasa di matriks, ada banyak subjek yang diajar belum pernah dipelajari dalam T4 dan T5. Ia adalah ilmu pengetahuan baru yang mesti dipelajari dan pelajar matriks yang cemerlang pastinya akan dapat mengikuti pengajian matrikulasi dengan jayanya walaupun tak ada basic mencukupi diperingkat SPM. Proses yang serupa akan dilalui di peringkat ijazah. Pelajar lepasan Matrikulasi akan menyedari ada banyak lagi ilmu pengetahuan yang dipelajari tak pernah diajar di dalam matriks, dan ia adalah ilmu pengetahuan baru. Oleh itu pelajar/siswa yang cemerlang pasti akan tahu bagaimana nak meneruskan proses pengajian ijazah dengan cemerlang seperti mana pelajar itu berjaya membiasakan diri semasa melalui pengajian di matrikulasi.
    harap ayat sifu di atas dapat menjelaskan kekeliruan DGurl. Kata-kata ‘tak rasional’ dari kawan awak tu biasa je. Ingatlah matriks adalah program pra-ijazah. Ia sekadar sediakan pelajar ASAS ilmu untuk mempercepatkan kecemerlangan di ijazah kelak. Selebihnya pelajar akan lalui dengan lebih terperinci di dalam peringkat ijazah.

    Accountslover,
    Maaf, sifu akan respon kemudian kerana ada beberapa mitos yang perlu dipecahkan. Sifu ni peminat MYTHBUSTER.

    Shuhada,
    Jika tak minat ke SK Teknik tersebut, pergilah ke UiTM sekarang juga. Awak pasti boleh berjaya di sana.

    farah101,
    Boleh, pihak UiTM turut menerima diploma tersebut ke ijazah perakaunan secara amnya. tetapi proses permohonan adalah seperti juga sebelum ini. By the time awak mohon ke ijazah perakaunan (2012 mungkin), awak terpaksa bersaing semula dengan pelajar MATRIKS, asasi IPTA lain, STPM yang mungkin lebih layak dari awak. Bayangkan ada pelajar Matrikulasi perakaunan dengan CGPA 3.8000, ada pelajar ASASI perakaunan dengan CGPA 3.8000, dan ada pelajar STPM aliran kemanusiaan dengan A Subjek Perakaunan dan CGPA keseluruhan 3.7000, dan anda pula Diploma Pengajian Perniagaan dengan CGPA 3.8000. Agak-agaklah siapa yang sepatutnya diutamakan dalam hal persaingan?
    Jawapan anda akan menerangkan mana anda patut pergi.
    Farah hendaklah buka mata, ramai orang perlekehkan Matriks for the wrong reason. dan ada juga orang yang takut nak belajar dalam Matriks, also for the wrong reason. Adakah anda salah seorang darinya?

    Anyway, untuk menjadi akauntan bertauliah di Malaysia, mestilah memegang ijazah perakaunan dengan kepujian dan bekerja dalam bidang berkenaan sekurang-kurangnya 3 tahun dan memohon menjadi ahli MIA. Jika anda memegang ACCA anda juga akan menjadi akauntan bertauliah di Malaysia dan seluruh dunia.

    Shah,
    Buat masa ini sifu langsung tak boleh bantu. Lain kali mungkin bolehlah. Awak pelajar yang berpindah sekolah. AKibatnya awak ketinggalan silibus. Bincang dengan guru anda untuk dikecualikan dari ambil exam atau dapat set soalan lain yang sesuai dengan perkembangan awak. pada masa yang sama sila bertindak bijak dengan melunaskan ‘kekurangan’ awak dengan mengulangkaji sendiri semua kemahiran (atau bab-bab) yang telah tertinggal. Lawati juga blog rakan-rakan sifu seperti blog Cikgu Sila (http://cikgusila.blogspot.com) untuk dapatkan pelbagai soalan latihan Ting4 dan jawapannya sekali. Sebagai pelajar cemerlang seperti awak, sifu percaya awak mampu belajar sendiri dengan kepantasan tersendiri. Rapat dengan guru anda untuk dapatkan bimbingan personal bila-bila masa di luar waktu mengajar beliau. Mudah-mudahan guru anda guru yang sedia membantu anda.

  52. g-Mah91,
    Maaf ya, sifu langsung tak tahu hal Ting6 aliran agama.

    titami_kasuki,
    Sifu ucapkan jutaan terima kasih di atas tulisan titami. Doakan sahaja agar sifu masih ada kekuatan yang sama untuk terus menulis dan menjawab pertanyaan dari pelajar online seperti sedia ada. Juga doakan kesejahteraan sifu di dunia ini dan di akhirat. Sifu doakan anda berjaya dan cemerlang dalam akademik, kerjaya di masa hadapan, dan menjadi rakyat dan individu berjaya yang bernilai kepada masyarakat dalam apa jua cara.

    Ikhwan,
    Awak tahu apa itu CAT? Certified Account Technician – CAT.
    Selepas selesai mendapatkan kelayakan CAT, awak boleh sambung bila-bila masa sama ada LCCI Group Diploma, atau lebih tinggi, atau kelayakan ACCA yang setaraf dengan ijazah (atau lebih bernilai ekonomi lagi)
    Kerjaya sudah pastilah dalam bidang perakaunan. Anda layak menjadi kerani akaun, pembantu pegawai/eksekutif akaun, dan sebagainya.
    Selamat berjaya.

    Asri,
    keputusan SPM awak tu bolehlah dianggap sederhana. Dari segi persaingan, awak dalam kelompok sukar bersaing dalam program-program pra-ijazah dan diploma yang kritikal dan popular di kalangan pelajar cemerlang. Oleh itu, jika awak memohon di IPTA, pilihlah bidang yang tidak popular, ATAU awak boleh cuba memohon mana-mana diploma di UiTM atau Politeknik ambilan Disember/Januari. Sifu berpendapat peluang awak masuk ke politeknik lebih cerah ambilan Januari. Borang online akan dapat diisi selepas bulan September menggunakan PIN politeknik yang sama (jika ada beli).

    accounslover,
    Okay ini jawapan sifu.
    1. Peluang belajar ke luar negara – mungkin 60% kerana D tu menjadi ‘Duri dalam daging’ buat awak.
    2. Adakah keputusan permohonan PILN dah diumumkan? tawaran UiTM tu melalui MOHE bahagian pengambilan (UPU), manakala PILN melalui JPA. Dari segi teknikal mereka adalah entiti berbeza.
    3. Tentang Matrikulasi:
    – Tidak timbul soal minda melayu mesti pilih matriks. Minda Melayu juga ramai kini yang pilih Diploma atau hanya mahu IPTA. Malahan guru-guru juga dilatih di IPTA atau MPG (kini IPG). Isn’t that obvious? Ini bukan soalan pemikiran Melayu, ini soalan peluang yang telah diberi. UiTM sendiri hanya untuk orang bumiputera termasuk Melayu. Adakah salah untuk belajar di UiTM dalam kelompok 99% orang Melayu/bumiputera. Jika tak salah dan tak memalukan atau menghina, maka belajar di MATRIKULASI JUGA BUKAN sesuatu yang negatif, yang hina atau nilai rendah.
    – Memanglah 1 tahun tak mampu, sama seperti mustahil 1 1/2 tahun STPM mampu mencipta kepandaian untuk ijazah selama 3 tahun. Malahan diploma 3 tahun juga tak akan dapat cover 100% apa yang diajar di peringkat ijazah walau dalam bidang yang sama. Ini jelas kenyataan sengaja mengelirukan dan memperkecilkan pelajar cemerlang ke matrikulasi.
    – Memang betul. Ini kerana matriks adalah program persediaan, program pra-ijazah. STPM dan asasi sains juga program persediaan ke ijazah. Oleh itu, mahu atau tidak ketiga-tiga kelompok pelajar mesti BERSAING untuk mendapat tempat di dalam program di pohon dan di IPT yang dipohon. Hanya mereka-mereka yang merasakan belajar di matriks untuk cukup-cukup makan, atau jom jalan-jalan sahaja yang akan kecewa sangat. Falsafah dan visi matriks sudah jelas berbeza berbanding IPTA untuk program ijazah. Walaupun di matriks ada aliran perakaunan, tetapi silibus dicipta supaya pelajar mampu belajar (samaada dengan pilihan atau terpaksa) dalam pelbagai bidang aliran kemanusiaan lain kerana sudah menjadi polisi IPTA dan MOHE untuk mengehadkan pengambilan pelajar bagi setiap program ijazah dan IPTA dalam satu-satu masa. Ambil contoh kejohanan sukan peringkat Dunia melibatkan acara balapan, antaranya 100 meter. Ada 48 atlet dari 48 buah negara akan bersaing dalam acara 100 meter. Apa penganjur perlu buat? Trek larian hanya ada 8 lorong. Dari 48 orang atlet yang layak, penganjur perlu pilih 8 orang terbaik untuk pertandingan di pusingan akhir. Maka untuk itu proses saringan perlu dilakukan. Mungkin saringan peringkat kumpulan atau saringan sebanyak 6 kali untuk mendapat 8 pelari terpantas dari 6 saringan. Bukannya 40 orang lain tak baik, malah mereka adalah pelari terpantas dalam negara masing-masing yang mungkin mempunyai berjuta-juta rakyat setiap satu negara.
    Begitu juga dalam kemasukan ke program ijazah perakaunan, mahupun ijazah lain. Jika ada 10000 lepasan matriks, 50000 lepasan STPM dan 2000 lepasan asasi, tetapi jumlah tempat di semua IPTA yang sedang menawarkan program ijazah perakaunan hanyalah 1000 tempat duduk, bagaimana UPU nak pilih 1000 terbaik dari 62000 permohonan? Mesti ada saringan. bezanya pelajar tak akan berlari, tetapi UPU akan ‘sort-out’ pemohon melalui pelbagai tahap saringan seperti markah ko-kum, CGPA tertinggi, keputusan SPM terdahulu, dan sebagainya supaya akhirnya UPU berjaya mengeluarkan 1000 nama terbaik untuk mendapat tawaran. Selebihnya, 61000 lain akan ditolak dan mereka akan diproses semula mengikut kaedah saringan yang serupa untuk program ijazah pilihan 2 masing-masing, dan begitulah seterunya. Akibatnya, jangan hairan jika ada pelajar STPM 5 prinsipal pun terkeluar dari senarai, atau pelajar matriks 3.5000 tak dapat ijazah perakaunan, kerana nak cari terbaik dari 4 kelompok (termasuk pemohon lepasan Diploma IPTA/IPTS lagi). Bukan kerana tak hebat atau pandai, tapi kerana di akhir cerita hanya 1000 yang layak. Oleh itu, jika ada guru atau graduan dari mana-mana IPTA berkata sedemikian, sebenarnya mereka tidak berfikir panjang tentang proses itu, atau mungkin awak mendengar dari individu yang pernah TERKECEWA melalui sistem pemilihan tersebut, yang dikenali juga sebagai sistem meritokrasi.

    4. Memang yang boleh mempengaruhi prestasi persaingan anda. Tapi jika anda bersikap positif dan mula menumpukan kepada ilmu matematik, tak mustahil awak akan dapat A dalam subjek kalkulus dan/atau aljebra di IPT nanti.

    5. 1 tahun di matriks tambaha 4 tahun ijazah perakaunan/3 tahun ijazah lain-lain/6 tahun perubatan.

    6. Boleh. Jika fast-track, maknanya 1 tahun Diploma + 3-4 tahun ijazah perakaunan.

    7. CAT di UiTM perlu dipohon secara langsung melalui pengambilan online UiTM. Jika awak ambil CAT, maka awak perlu habiskan hingga ke ACCA. Itu lebih baik. Jika tak nak, maka CAT sahaja dah mencukupi, ia seolah-olah setaraf dengan diploma.

  53. sifu2… thanx sbb bagi respon..

    saya nak tnya lagi..

    betol ke bila amek diploma bila sem kita dapat pointer bagus bleh lompat degree??

    selalunya sem yang ke berapa bleh lompat tu..

    n ape kelebihan dan kelemahan dari diploma terus lompat ke degree??

  54. Farah101,
    Tak semua IPTA ada skim sebegitu, setakat pengetahuan cetek sifu. Tetapi memang benar, ada sesetengah IPTA yang beri advantage sebegini kepada pelajar Diploma tahun 1 yang cemerlang dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Dalam kebanyakan kes, pelajar yang perlu memohon ke HEP. Oleh itu, sifu nasihatkan Farah101 turut bertanya kepada pentadbir UiTM apakah mereka ada tawaran ‘dalaman’ sebegitu dan apakah syarat-syaratnya.
    Selalunya Sem 2 atau 3.

  55. apa klbhn kptm??
    bleh x sifu jelaskn….
    sy mmg da dpt msok kptm bangi jurusan diploma akaun…
    pd 26.5 nie tarikh sy dftr….
    sy da pegi ke pejabat mara dan mohon pendahuluan mara…tp pihak mara kte permhonan dibekukan….
    hope sifu can explain at me…..
    please………..
    cpt ckit yea….

  56. Syura,
    Apa kelebihan KPTM? Layari laman sesawang KPTM dan baca semua apa yang ada, pasti anda tahu kelebihannya.
    Berkenaan pembekuan itu, ia ada kaitan dengan penstrukturan semula KEMENTERIAN-KEMENTERIAN. Buat masa ini, pihak MARA sendiri tidak tahu mereka berada di bawah kementerian yang mana satu. Mungkin akibat dari itu, MARA tidak dapat mengeluarkan dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan sehinggalah pengurusan dan perubahan kementerian diselesaikan. harap bersabar.

  57. eira kesedihan

    assalamualaikum…ape kabar sifu?
    saya dari negeri sembilan
    pelajar lepasan spm2008 tahun lepas..
    saya sedih sebab saya mintak maktab, uitm(upu), matrikulasi dan bermacam lagi …tapi semua yang x saya dapat lagi…saya tahu,saya belum ada rezeki lagi…
    saya sudat tawaran ke politeknik,,, tetapi parent saya tidak membenarkan saya pergi ke sana politeknik pd di teluk kemang.. kerna sis saya belajar disana n satu jurusan dgn saya ….
    saya mendapat tawaran diploma akauntasi…saya sedih sgat ni…
    saya x tahu cara nak melembutkan hati keluarga saya supaya membenarkan saya pergi belajar kesana..
    saya telah diarahkan masuk f6 di sekolah yang berhampiran..result spm saya agak mengecewakan jgak tapi saya bersyukur..
    bm-b4
    bi-d7
    sn-a1
    mat-a2
    addmath-8e
    sj-b3
    ag-b4
    perdagangan-a1
    prinsip akaun-a1
    macam nama nii?
    boleh bagi nasihat x sifu?

  58. eira kesedihan,
    Rumit juga masalah awak ni. Tak dapat peluang dari mana-mana kecuali Politeknik. Dah dapat poli pula ibu bapa tak benarkan pergi. Awak dapat Ting6 tapi dari ayat awak membayangkan awak tak teruja pun nak masuk Ting6.
    Kalau boleh, sifu lagi suka awak belajar di Politeknik, tambah lagi diploma perakaunan. Kuala Kemang tu jauh sangat ke dari rumah awak atau ibu bapa tak setuju kedua-dua awak belajar di kampus dan program yang sama?
    Apa-apapun jika begitulah peluang yang ada, maka sifu mempelawa Eira sambunglah belajar di peringkat pra-ijazah dalam tingkatan enam. Mudah-mudahan peluang awak lebih baik kerana awak berserah kepada keputusan ibu bapa awak demi Allah. Sifu doakan rezeik Eira akan lebih murah, lebih baik, dan Allah akan bukakan peluang belajar dan kerja anda nanti, hanya kerana pengorbanan anda menjadi anak solehah.

  59. sifu…askum..saya pelajar lepasan spm…saya telah mendapat keputusan tidak berapa bagus..tp sy mengharap dpt lcciresult saya agk kecewabm-b3bi-6csej-b4kim-8eag-b3pgk-6cpa-5cadd math-8efizik-7dmath-b3tp saye rase nak ulang untuk betulkan ape subjek diperlu…saye ingin target alkaun secara betulat least ade la a dalm reswult nie..boleh sy ulang subjek nie walaupun tarikh sudah tamat untuk ulangnye???dapatkah rayuan sy untuk ulang subjek semula??

  60. salam sifu..
    saya telah ditawarkan ke politeknik kos diploma akauntasi..
    adakah di poli akaun sy belajar dlm bahase bi ataupun dwibahasa..tetapi uitm sume dlm bi kn

  61. sifu..
    bleh x aply acca kt uitm stelah tamat cat kat kptm kl!!!

  62. Fyrakechewa,
    Ambil SPM semula. Jika ambil subjek yang sama, maka awak akan patching keputusan tu menjadi lebih baik. Sila rujuk jabatan pelajaran untuk pengesahan sama ada permohonan ambil SPM semula calon persendirian masih dibuka.

  63. Zharif,
    Setahu sifu masih dalam BM.

  64. sifu sya ambil akaun tapi tak ambil add math…….
    sye nak tau bolehkah sye jd akauntan……..
    kalau tak boleh, sye nak masuk mane???

  65. Adi,
    Awak mesti ambil add math dan sekurang-kurangnya lulus 7D, baru layak MEMOHON MASUK ke matriks perakaunan KPM, program asasi perakaunan, mahupun diploma perakaunan di IPTA. Selain dari itu, tak ada pilihan mencuba masuk diploma perakaunan di politeknik dan barulah mencuba memohon masuk ke ijazah perakaunan di IPTA.
    laluan alternatif ialah terus belajar di IPTS bidang pengurusan dan perakaunan (jika ada) atau juga belajar di IPTS bidang LCCI atau CAT-ACCA.
    Ingat, selagi awak tak ada ADDMATH, maka peluang awak 0% (kosong peratus) ke program pra-ijazah seperti Matriks, asasi dan diploma di IPTA.
    KESIAN AWAK.

  66. salam sifu..sy nak taye psl cat-acca n lcci..ape berbezaan nyer?cuz sy dpt tawaran kptm cat-acca..tp di institut baitulmal sy dpt program lcci…mane agy bgs yer? plz help me T_T

  67. Salam sifu..
    Sifu ,saya akan sambung belajar di uitm jengka pahang dalam diploma perakaunan.
    saya ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan..

    1)saya ingin bertanya,sekiranya saya ingin ambil acca dalam masa yang sama ketika saya mengambil diploma..adakah ia dibenarkan..??

    2)sekiranya saya mengambil acca di uitm,bagaimana kah saya ingin mendapatkan khidmat tuisyen acca??adakah pihak uitm menyediakannya..???

    3)saya mendengar khabar sekiranya kos yg diambil ketika diploma dan kekalkan nya untuk ke ijzah waktu pembelajaran di ijazah adalah pendek iaitu SELAMA 2 TAHUN,adakah benar sekiranya saya mengambil diploma perakaunan selama 3 tahun kemudian menyambung ijazah perakaunan selama 2 tahun???

    4)subjek2 dalam diploma perakaunan didalam bahasa melayu atau inggeris???

    5)berfungsi kah sijil lcci sekiranya saya ingin meminta kerja sebagai akauntan atau pengawai bank di mana2 bank?

    5) Saya amat berminat untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman mara..jika ingin mendapatkan pinjaman ,,haruslah mendapat pointer cantik .. bagaimana ingin mendapatkan pinjaman?? bolehkah secara o9 memlai laman web atau perlu ke pejabat mara??

    SIFU,selamat hari guru,,terima kasih atas segala nasihat sifu bagi kami ,anak-anak muda yg kekeliruan..

    sekian terima kasih…

  68. Fear,
    Ada individu (pegawai) dari pihak KPTM yang menyatakan bahawa ACCA lebih baik berbanding yang lain. Antara alasannya ialah kerana kelayakan ACCA lebih diberi perhatian serius oleh majikan-majikan masakini berbanding kelayakan lain. Dengan kata lain, ACCA ada nilai komersil lebih tinggi dalam hal pasaran kerja buat masa ini.
    Sifu pula berpendapat kedua-duanya bernilai dan sesuai untuk anda ikuti. Di Malaysia ini, masih ramai majikan/bakal majikan yang mengiktiraf kelayakan LCCI di pelbagai peringkat.
    Tapi untuk keserasian anda, maka sifu cadangkan anda ikutilah CAT-ACCA di KPTM, lebih berbaloi.

    Norasyikin,
    1. Tak tau. Tapi perlukah? CAT-ACCA lebih kurang sama dengan diploma. Bezanya hanyalah dari segi nilai komersil – ramai majikan akan ‘bias’ kepada individu yang ada kelayakan CAT-ACCA.
    2. Ya, UiTM akan jalankan kuliah dan tutorial dan ujian persediaan, manakala peperiksaan sebenar adalah mengikut jadual dan kertas peperiksaan disediakan oleh pihak ACCA.
    3. Benar dan tidak, bergantung di mana anda nak sambung belajar. Jika anda graduan UiTM dan sambung ke ijazah di UiTM, serta keputusan yang amat baik, maka peluang dapat pengecualian kertas kursus(subjek) adalah tinggi. Sekaligus membolehkan pelajar berkenaan tamat pengajian lebih awal.
    4. Mungkin keutamaan dalam BI, tetapi akan ada pensyarah yang turut mengajar dalam BM.
    5. Sijil LCCi amat berguna jika awak nak sambung pengajian di peringkat profesional LCCI. Tetapi jika anda telahpun belajar dan graduat di peringkat diploma, maka sijil LCCI SPM itu tidak lagi memberi kelebihan melangkaui diploma mahupun ijazah anda.
    6. Pihak MARA menyediakan pinjaman untuk pelajar bumiputera di IPTA dan IPTS. Mengikut polisi sedia ada, graduan IPTS yang mencapai gred cemerlang tertentu, layak diberikan pelepasan atau conversion pinjaman kepada biasiswa, atau dapat diskaun pembayaran. Namun demikian, berkaitan graduan dari IPTA, silalah rujuk pihak MARA secara langsung dan bertanyalah sama ada pelajar IPTA turut boleh mendapat peluang ‘conversion’ pinjaman ke biasiswa.

  69. mekasih sifu ^^
    tp leh ker sy ambik cat-acca sedangkn spm sy xambik perakaunan?
    jika dah ambik cat-acca..leh sambung agy?cat-acca leh keje sbgai akauntan shj?

  70. sifu…
    uitm mane yang menawarkan cat-acca ni..dan apakah syarat yang diperlukan utk smbung acca stlh tamat cat????

  71. saya ingin bertanya mengenai permohonan LCCI.
    adakah pelajar yg layak memohon LCCI hanya jika slip keputusannya mempunyai kod kelayakan memohon LCCI?
    bagaimana pelajar tersebut perlu memastikan kod kelayakan tersebut ada dlm slip keputusannya.
    bagaimanakah ianya dinilai.

  72. Fear,
    Setakat ada CAT-ACCA mana layak jadi akauntan. Malahan ada bacelor/ijazah perakaunan pun tak boleh digelar akauntan. Akauntan adalah gelaran kepada pengamal perakaunan bertauliah yang dapat pengiktirafan dari MIA mengikut kuasa di bawah Akta Akauntan 1967. Seseorang yang mendapat CAT hanya digelar CERTIFIED ACCOUNT TECHNICIAN, lebih sikit dari kerani tapi bukanlah accountant. Harap anda jelas. Selebihnya sila lawati lamanweb Malaysia Institute of Accountant atau ACCA/LCCI itu sendiri.

    Joe,
    Kampus shah alam ada.

    Kamal,
    Dalam slip SPM 2008 tu, akan ada tertera lajur LCCI tercetak. Jika slip awak tak ada, maknanya awak tak dapat sijil LCCI kerana tak ada gred LCCI. Sila layari LCCI.com untuk keterangan lanjut.

  73. salam sifu….
    saya akaun dapat-a2 ….lcci-5…
    sya telah mndapt twran uitm dlm cos hptel mangment…tp sya tolak cos sya rse sya x brape minat dlam cos 2…sya nk bertnye bolehkah sya meminta uitm shah alam ?

    adakah sya dapat melnjut kat uitm slpas graduate diploma akaun uitm?…adakah sya dapat melanjut kat u slpas lulus CAT?ape subjek yang dipelajarinye..?

  74. Insyaallah, boleh. Selain tu, Institut Profesional Baitulmal juga ada kursus LCCI. Cuba buat pertanyaan lanjut dari sana.

  75. Terima kasih di atas maklumat itu Cg Ghazali. Boleh saya tau di mana lokasi IPB itu?

  76. cikgu,kalau saya dapat gred 4-6 dalam spm nnt,boleh ke saya ambil sijil LCCI mcm di nyatakan?lepas tu,kalau nak sambung dalam perakaunan dpt tros masuk level 3?nak tahu saje..

  77. Zetty,
    Adakah maksud awak gred LCCI? Jika ia adalah gred LCCI, maka sudah tentulah awak boleh sambung ke LCCI level 3 sepertimana yang mereka janjikan. Tetapi jika awak hanya mendapat gred 4-6 SPM (4D – 6C) manakala dalam transkrip keputusan SPM tidak ada dinyatakan gred LCCI, maka awak masih boleh mengikuti program LCCI tetapi mestilah bermula dari tahap awal atau P1.

  78. salam..
    sy dari uitm kampus jengka dlm bidang diploma perakaunan. sy adalah calon spm 2008 dan saya telah mendapat twran sijil lcci.
    sy sdh menghantar surat twran melalui sekolah sy smsa sy mengambil kptsan spm.
    mslahnya skrg, mcm mana sy ingin mendapatkan sijil tersebut.??
    adakah sy kena buat pengesahan di internet sprti mna yg kwn sy ckp??
    kalau perlu, sila berikan sy alamat laman web lcci..
    sekian, terima kasih..

  79. Aziera,
    Tidak perlu pengesahan dari internet. Apa yang perlu dilakukan ialah mengisi borang mohon sijil LCCI awak dan bayar RM25 kepada pihak LCCI tersebut. Memandangkan sekarang bulan September, awak digalakkan untuk berurusan sendiri (melalui surat pun tak apa) dengan pihak LCCI malaysia. Alamat? sila google lcci malaysia dan dapatkan alamat dari web berkenaan.

  80. saya Daniel.
    di sini saya ingin bertanya tentang sesuatu soalan.
    adakah pelajar yang mengambil aliran Tassawur boleh melanjutkan pelajaran di luar negara?

  81. Daniel,
    Adakah maksud Daniel beljar ke luar negara melalui tajaan kerajaan? Boleh, dengan syarat subjek-subjek SPM yang lain juga cemerlang. Tetapi jika Daniel maksudkan hanya Tasawur yang cemerlang dan subjek lain hanya cukup makan, maka sifu rasa gerenti sukar masuk ke IPTA dalam negara mahupun luar negara.

  82. salam sifu..

    adakah sya layak mengambil lcci??

    bm 4b
    b.i 7d
    akdp 4b
    pp 3b
    sj 5c
    sc 5c
    pai 5c
    m3 7d

    kerana banyak tawaran belajar yang saya dpt berkaitan business study daripada diploma akaun@pro course LCC1..

  83. Suaidah,
    LCCI ni boleh diikuti oleh awak. Sifu nasihatkan anda cari pusat pembelajaran dan persediaan LCCI yagn berdekatan dan ikutlah kelas LCCI. Bila dah bersedia, daftarkan diri untuk peperiksaan LCCI mengikut tahap yang sepatutnya.

    Selamat maju jaya.

  84. salam sifu..
    saya baru lps ambil result spm dalam bidang perdagangan.
    keputusannya:

    bahasa melayu=A+
    bahasa inggeris=A-
    additional math=A+
    mathematics=A+
    sejarah=A+
    prinsip perakaunan=A+
    pengajian keusahawanan=A+
    Agama Islam=A
    physics=B+
    chemistry=A+

    sifu,saya ingin meminta pendapat sifu tentang yg terbaik buat saya
    iaitu samaada ke matrikulasi / diploma..
    saya dah pun membaca pos sifu yg lepas mengenai pilihan antara diploma/matrik/asasi..
    tetapi,saya perlu kepastian dan pendapat sifu mengenai pilihan yg akan saya buat..dan jika sifu cadangkan ke matrik,saya akan berusaha bersunggug-sungguh..sbb saya minat perakaunan..

    lagi satu,adakah saya layak utk memohon biasiswa?dan apakah jenis biasiswa yg layak saya pohon?

    di slip spm saya juga mengatakan bahawa saya layak utk mendapat sijil LCCI dan perlu mengisi borg & memebayar wang pos sebanyak RM25.00..saya ingin tahu,apakah kelebihan jika saya memiliki sijil tersebut?

    sekian sahaja…terima kasih…harap sifu dapat membantu..

  85. lagi satu sifu,bolehkah saya copy penerangan sifu utk rujukan saya dan rakan rakan??

  86. Salam sifu…
    saya baru je ambil result SPM, ni keputusannya:

    B.Malaysia:A
    B.Inggeris:A
    P.Islam:A-
    Sejarah:A-
    Matematik:A+
    Add Math:A-
    Pengajian Keusahawanan:A
    Prinsip Akaun:B+
    Physics:B
    Chemistry:C+
    LCCI:2

    Sifu baru-baru ni saya telah terima satu tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institut Profesional Baitulmal dgn pembiayaan biasiswa Bitulmal MAIWP.

    soalan saya ialah:
    1)saya telah memohon sijil LCCI melalui sekolah setelah terima sijil itu perlukah saya memohon kursus untk LCCI di Bitulmal atau saya boleh terus memohon kursus utk ACCA.

    2)adakah sijil LCCI yg saya mohon melalui sekolah berdasarkan keputusan SPM saya tu setaraf dgan sijil LCCI yg diperoleh melaui IPTA/IPTS.

    3)saya juga telah memohon utk memasuki Asasi UIAM dalam kursus Ekonomi dan pengurusan sekiranya pemohonan saya lulus adakah lebih baik saya memilih Asasi UIAM berbanding tawaran drpd Baitulmal td.

    oleh itu saya ingin tahu pendapat sifu tentang apa yg terbaik harap sifu dapat membantu saya.

    sekian,terima kasih=]

  87. nurul ain yahaya

    Salam sifu….
    saya baru je ambil result spm,ni keputusannya

    BM-B+
    BI-BI+
    P.ISLAM-A-
    SEJ-B+
    MATEMATIK-A
    SAINS-A
    GEO-A
    ADD.MATH-B
    P.AKAUN-A-
    ADD.SAINS-B+

    LCCI-1

    Sifu,saya ingin meminta pndapat sifu tentang kemasukan ke matrik,utm/uitm

    Adakah saya layak untuk memasuki mtrik atau utm/uitm?
    kerana saya hanya mendapat 5A sahaja dlm spm.
    adakah masa depan saya cerah untuk ke matrik,utm/uitm.

  88. salam.. saya nak tanya, saya keliru antara LCCI – CAT -ACCA.
    saya pelajar kelas akaun tahun lepas, dan keputusan SPM saya boleh dikatakan cemerlang. untuk LCCI saya dapat pangkat 1, dan GCE-O dpt A1, seminggu selepas result keluar, saya dapat tahu bahawa mereka yang memperoleh sijil LCCI(yang saya sudah mohon) tak perlu untuk ambil CAT. kalau dah ada sijil LCCI berapa paper kita lepas untuk ACCA? atau CAT kena ambil jugak?

    satu lagi, bole terangkan function ketiga-tiga ni?
    *saya akan ke UIA untuk asasi ekonomi dan sains pengurusan, bolehkan saya apply untuk ACCA lepas tamat asasi?

  89. askum
    saya adalah pelajar tahun 2 di uitm bandaraya Melaka dlam jurusan degree in finance..
    persoalan saya,adakah saya layak mengambil CAT,ACCA..?
    memandang saya dalam fakulti perniagaan,adakah saya layak mendudukinya?
    bagaimana caranya dan dimana saya boleh memohon..
    harap sifu2b boleh menjawap kekeliruan yang saya hadapi ini..terima kasih

  90. sy pelajar kptm kuantan n amik kos akaun.sy nk tnye klu kita dr kolej swasta contohnya dr kptm kuantan nie, boleh x nk smbug degree kt uitm atau universti tempatan yg laen??,,,,,,sy ade dgr peluang study kt universiti tempatan sgt tipis dan ini melemahkan semagt sy untk smbug blaja g.tloggg bg nasihat sikit..

  91. Iera,
    kalau awak belajar di peringkat diploma, maka pastikan dahulu program diploma itu diikitiraf oleh MQA. Jika ya, maka selalunya kelulusan diploma berkenaan boleh digunakan untuk memohon masuk belajar ke ijazah di IPTA yang diiktiraf oleh MQA juga. Tetapi kuota pengambilan untuk lepasan Diploma sememangnya amat kecil berbanding kuota pelajar lepasan SPM dan pra-ijazah lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: