SKEMA JAWAPAN LENGKAP PERCUBAAN SPM MRSM 2008 DAH KELUAR!

Hanya jawapan untuk Prinsip Perakaunan SPM MRSM 2008. Subjek lain sifu tak sediakan. So, tak perlulah tanya, memang tak ada pun.

Ini dia jawapan cadangan (suggested answers) yang ditulis oleh sifu sendiri untuk semua pelajar SPM 2008. Usaha ini sebenarnya dah memasuki tahun ketiga. Dulu didorong oleh perasaan kecewa kerana susah nak dapat jawapan sebenar, maka sifu sediakan jawapan ini untuk anak-anak murid sifu dengan sistematik pada tahun 2006, untuk percubaan MRSM 2005 dan 2006. Itupun selepas mengetahui bahawa MRSM mengedarkan soalan mereka di internet. Syukur ada sumber langsung dari MARA!

Memandangkan MRSM sememangnya tidak menyebarkan secara rasmi jawapan dan skema markah peperiksaan mereke di internet, maka timbul minat sifu untuk berkongsi jawapan tersebut dengan guru-guru lain serta pelajar-pelajar sekolah lain. Walaupun perasaan malu dan segan menebal, tetapi sifu gagahkan juga mendedahkannya ke internet, dan disitulah bermulanya blog ini, Sifu Anda Menulis. Sedar tak sedar, rupa-rupanya blog ini dah memasuki tahun ketiga.

Cadangan Jawapan Percubaan SPM MRSM 2008 – Prinsip Perakaunan
- Kertas 1 & Kertas 2 (lengkap), muat turun fail ini

Sekali lagi diingatkan kepada pelajar yang baru di sini. Jawapan ini jawapan TAK RASMI, dibuat sendiri oleh saya sendiri. Oleh itu, pengguna sekalian, ketahuilah ini bukan skema rasmi MRSM mahupun salinan terus darinya. Jika ada kesilapan, pembetulan akan dibuat seberapa segera yang boleh. Kerjasama anda amat dihargai. Walau apapun, sifu tetap menghargai usaha anda untuk berkongsi ilmu sesama pelajar.

JIKA BUKAN ANDA YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG, SIAPA LAGI!?

About these ads

13 gerakbalas-gerakbalas

  1. Terima kasih cikgu.

  2. terima kasih atas usaha cikgu…

  3. cikgu, terima kasih! adakah apa-apa cara atau tahu mana untuk dapat jawapan untuk subjek lain?=)

  4. Pelajar,
    Sori tak tau pula. Tapi tak apakan, guru di sekolah rasanya boleh membantu awak.

  5. assalamualaikum.
    saya nak confirmkan dgn sifu berkenaan jawapan soalan trial negeri kelantan kertas 1 no. 35. saya tak dapat mencari untung bersih. harap sifu dapat membantu.
    tq

  6. Ri,
    Okay sifu dah semak dan sifu dapati soalan itu terdapat kesilapan tarikh. Mungkin maklumat 30 Jun 2007 sepatutnya 30 Jun 2008.

    Hasil pengiraan sifu : Untung Bersih ialah RM11200.

    Adakah anda memperoleh nilai saya sama?

  7. Askum…..mcm mana nak jadi pelajar yg terbaik ..dlm masa singkat ni…tlg selesai kan masalah aku ni.plsss siapa yg org pro.jak…

  8. Mohd Nazrin,
    Pelajar terbaik? Mungkin awak sudah ke arah itu jika awak berusaha, bijak, berani, dan yakin dengan persediaan awak.

    Setiap seseorang calon ada potensi untuk menjadi terbaik, ia hanya bergantung kepada kekuatannya sendiri. takdir akan menjadi baik apabila persediaan anda sesuai dengan keperluan SPM, tetapi menjadi sebaliknya jika persediaan anda tidak sesuai dengannya.

    Jika ada masalah ulang kaji, masih sempat lagi perbaiki, jumpalah dengan kaunselor dan dapatkan nasihat bagaimana atasi gemuruh awak atau masalah lain.

  9. CIKGU BLH SAYA DPT KERTAS SOALAN SBP DARI NGR-NGR LAIN…SAYA NK TIPS UTK spm blh tk tlg saya cikgu ..

  10. Thilakawadzhi,
    Soalan SBP hanya ada satu, dan soalan negeri-negeri lain boleh dimuat turun dari alamat di bawah.
    PASTIKAN anda juga memuatturun perisian 7-zip supaya dapat buka fail yang sifu sediakan. Sifu terpaksa compress soalan dalam format 7z sebab ia adalah format yang mampu mengecilkan saiz fail yang disediakan supaya cepat dimuatturun. Perisian 7-zip tu adalah percuma 100% dan bersaiz kecil.

    Soalan Percubaan SPM 2008 di sini.

  11. Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah

    Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah
    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429 / 15 November 2008 (Sabtu)
    Lokasi: Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
    http://pondokhabib.wordpress.com

  12. erm…
    sy nk amik spm taun ni..
    tp sy msih xphm la ape otu kepujian, kredit..
    kepujian tu mcm mna?
    kredit tu mcm mna plak?

  13. Muhd Daniel Ahsraf

    Terima kasih cikgu, Sya akan cuba yg terbaik

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 139 other followers

%d bloggers like this: