Sejak beberapa minggu sifu sentiasa menjenguk lamanweb MARA dengan harapan soalan percubaan MRSM bagi tahun 2008 akan dikeluarkan, tetapi selalunya kehampaan.Hinggalah percubaan sifu malam ini, lebih tepat lagi pukul 10:15pm, barulah sifu dapati mukasurat itu telah dikemaskini.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, baru hari ini soalan MRSM ditawarkan di lamanweb rasmi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA. Jika tahun-tahun terdahulu, pelajar dan guru boleh memuatturun soalan percubaan mrsm bagi tahun semasa sekitar minggu ketiga bulan September. Mungkin disebabkan bulan puasa dan sambutan Aidil Fitri, maka tahun ini ia lewat dari kebiasaan. Tapi sifu (dan pelajar dan guru lain tentunya) tetap berterima kasih kepada BPL(M) kerana sudi menawarkan soalan percubaan SPM 2008 MRSM kepada kita semua. Lebih baik lewat daripada tak ada langsung.
Berikut adalah link mukasurat bagi SPM 2008 di sini. Jika anda mencari soalan SPM MRSM tahun-tahun sebelumnya, anda juga boleh muat turun di lamanweb berkenaan melalui MENU dari pautan ini.
Link langsung untuk kertas Prinsip Perakaunan pula di sini: Kertas 1 , Kertas 2.
Sepertimana anda mungkin sudah maklum, berikut adalah kenyataan dari pihak BPL(M).
“BPL(M) tidak menyediakan jawapan bagi soalan-soalan yang dipamerkan. Sebarang pertanyaan memohon jawapan tidak akan dilayan.”
Untuk itu, sifu akan meneruskan usaha atau ‘tradisi’ blog ini dengan menawarkan set jawapan cadangan tak rasmi yang akan disediakan oleh sifu sendiri. Sememangnya ia usaha peribadi dan tertakluk kepada kekangan masa yang sedia ada. Tetapi sifu berazam untuk menyediakannya secepat mungkin untuk dikongsi dengan rakan guru dan pelajar T5 tahun ini.
Apa-apapun, sila muatturun soalan MRSM tersebut secepat mungkin dan jadikan ia dasar untuk ulang kaji anda sepertimana soalan percubaan dari negeri-negeri lain.
TAMBAHAN (25 Oktober 2008):
Set Jawapan Tak Rasmi oleh Sifu2b boleh dimuatturun sekarang. Sila klik sini.
Soalan Percubaan SPM 2008 dari negeri dan sekolah lain klik di sini.
