Sifu Anda Menulis

Sifu Prinsip Perakaunan SPM

Buku Teks Prinsip Perakaunan SPM

DIkirim oleh sifu2b di Ogos 30, 2008

Sepertimana anda semua dah ketahui, buku teks Prinsip Perakaunan ada dua versi. Sila rujuk imej di bawah dan penerangan yang diberikan.

BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN SATU (warna kebiruan)
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Loh Lan
Negeri : Perlis, Kedah, Selangor, N.Sembilan, Pahang, P.Pinang, W.Persekutuan K.Lumpur & Labuan, Sabah, Sarawak
URL imej : http://sifu2b.files.wordpress.com/2008/08/btpak11.png

BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN DUA (warna kemerahan?)
Penerbit : Allwrite Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Ismail Ab. Wahab, Faridah Ahmad dan Azmi Abd Hamid
Negeri : P.Pinang, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan
URL imej : http://sifu2b.files.wordpress.com/2008/08/btpak2.png

Buku teks tingkatan lima juga mempunyai warna latar yang sama. maka buku teks edisi sabah, sarawak dan negeri lain berwarna kebiruan juga, manakala buku teks kelantan, terengganu dan lain-lain adalah kemerah-merahan.

Tujuan sifu paparkan tentang buku teks ini ialah:

a)   Sifu sendiri perlu tahu negeri mana yang gunakan buku teks yang serupa dengan Sabah. Sifu dah tahu dah. Kami di Sabah gunakan buku teks prinsip perakaunan SATU.

b)  memudahkan perbincangan kita semua (guru dan pelajar). Anda boleh utarakan kekeliruan atau ketidakfahaman tentang topik atau soalan dalam buku teks (Versi Satu-Sabah) berserta dengan nombor mukasurat yang berkenaan. Insyaallah sifu boleh beri respons yang lebih baik. TETAPI BUKAN BERI JAWAPAN. Itu tugas pelajar menjawab tugasan atau kerja rumah yang diberi.

5 Respons kepada “Buku Teks Prinsip Perakaunan SPM”

  1. happy berkata

    sifu,mcm mn nak selesaikan soalan dlm buku teks TINGKATAN 4 m/s 177 (soalan 5).

  2. sifu2b berkata

    Happy,
    Buku teks yg mana satu? BT1 atau BT2? kalau BT1 okay, sebab sifu gunakan buku itu. Apa-apapun, esok sifu akan baca buku teks dan lihat soalan tersebut.

  3. happy berkata

    sifu,soalan tu dlm buku teks 1.

  4. sifu2b berkata

    Happy,
    baiklah sifu dah sediakan CADANGAN atau panduan menjawab, bukannya jawapan lengkap. Oleh kerana panduan ini sifu tulis di atas skrin, maka sifu sediakan dalam bentuk fail PDF. Sila muatturun dan baca panduan sifu sekarang.

    Sebarang pertanyaan atau komen lanjut happy boleh terus tulis di sini.

  5. aisya berkata

    salam….
    disi saya nk tanye mcm mane nak dapatkan buku rujukan bg pelajar STAM(Sijil tinggi Agama Malaysia)iartu buku senua subjek.Semuanya dalam bahasa arab.Saya sifu dapat membantu.Terima kasih

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>