Soalan Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2008

Soalan yang biasa ditanya, “Cikgu, cikgu rasa apa tajuk yang keluar tahun ini ya.” Seperti biasa sifu akan jawab, “Soalan dokumen sumber sudah pasti keluar, soalan 2 mungkin perkongsian lagi, soalan 3 hingga 6, nanti cikgu buat analisis.” Tapi tahun ini sifu terpaksa tambah, “Tapi ginilah, tahun 2008 ni ada perubahan sikit, so nanti sifu akan fikirkan dan buat cadangan soalan target SPM 2008.” Pelajar selalunya akan sengih, sama ada sengih nervous, atau sengih confident. Biasalah tu.

So, kali ini sifu nak buka gelanggang. Apa kata, anda semua cadangkan apakan topik yang keluar tahun ini.

Tapi sebelum itu, baca dulu maklumat ini yang sifu petik dari satu komen dalam blog Cg narzuki,

Maklumat daripada Cg Ghazali menyatakan bahawa “Perubahan 2008 bagi Kertas 2 SOALAN 2 dan 3 dari tajuk-tajuk `Anchor Item’ LCCI dan ACCA ( PP, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Ak Kelab, Ak Kawalan) Soalan 1, 4, 5 dan 6 dari tajuk-tajuk lain.”.

Ini bermakna 2 SOALAN yang akan digunakan untuk penilaian gred LCCI-ACCA ialah SOALAN 2 dan SOALAN 3. Di mana tajuk-tajuk (Anchor Item) yang akan dikemukakan untuk tujuan tersebut adalah terdiri daripada topik-topik berikut :

1. Penyata Kewangan
2. Perkongsian
3. Rekod Tak Lengkap
4. Akaun Kelab dan Persatuan
5. Akaun Kawalan

SOALAN 1 : Dokumen sumber
SOALAN 4, 5, dan 6 : Topik-topik lain.

Terima kasih Cg Ghazali.

Setelah membaca pelbagai maklumat tentang perubahan fokus SPM 2008, maka sifu ingin menyarankan pelajar fokus kepada kemahiran berikut:-

Cadangan Soalan Kertas 2
1. Kitaran Perakaunan – dokumen sumber, BCP ke lejar dan ID;

2. Laporan kewangan – Penyata pendapatan perkongsian (lagi…);

3. Rekod tak lengkap – kaedah analisis

4. Akaun Kelab dan persatuan

5. Syarikat Berhad

6. Penyata penyesuaian bank.

Okay, itu adalah cadangan sifu. Seperti kata Cg narzuki, soalan anchor ialah soalan 2 dan soalan 3, maknanya jika pelajar nak 1A supaya dapat sijil kedua, Sijil Profesional tu, kemahiran S2 dan S3 mesti difokuskan dengan teliti termasuk menjawab dengan gerak kerja yang betul.

Apa-apapun, tolong diri anda (pelajar) sendiri, iaitu turut bersedia dengan kemahiran topik yang tidak sifu sebut di atas.

Tambahan – 29 Ogos 2008:
Anda berminat dengan analisis 4 tahun? Sila muatturun sekarang. Maaf ya, sifu dah sediakan sebelum Ogos lagi, tapi lupa nak muatnaik.

About these ads

85 gerakbalas-gerakbalas

  1. Tahun 2008 ini, sifu nasihatkan pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan biasakan diri menjawab soalan kertas 2 tu dengan menunjukkan gerak kerja setiap pembetulan atau pelarasan yang dibuat.

    Contohnya, katalah dalam soalan 2 tu adalah soalan penyediaan penyata pendapatan bagi perniagaan perkongsian. Selalunya akan ditanya tentang kiraan gaji pekongsi terakru, agihan faedah atas ambilan dan/atau faedah atas modal.

    tahun sebelumnya, pelajar tidak wajib tunjukkan gerak kerja dalam kertas berasingan. Tapi kali ini, pelajar mesti tunjukkan gerakkerja untuk memperoleh markah bagi item yang melibatkan perubahan nilai (pelarasan atau pembetulan kesilapan, dsb).

    Jika pelajar kurang pasti bagaimana nak menulis gerak kerja, sifu sarankan pelajar memuatturun beberapa contoh JAWAPAN yang sifu sediakan di dalam blog ini. Ada diantara jawapan itu ada sifu tunjukkan gerak kerja (walaupun tak wajib). ia boleh dijadikan sandaran bagaimana menulis gerak kerja yang kemas dan diterima.
    Cari modul soalan dan JAWAPAN di Pre-Exam Series of Q&A di atas ataupun dalam post sifu tentang percubaan MRSM.

  2. TERIMA KASIH ATAS MANUNJUKKAN SOALAN YANG PENTING UNTUK SPM.

  3. Kommala,
    sifu nak maklumkan juga, jika soalan 2 dan 3 hanya dari bab ini:
    1. Penyata Kewangan
    2. Perkongsian
    3. Rekod Tak Lengkap
    4. Akaun Kelab dan Persatuan
    5. Akaun Kawalan

    maka mungkin sln 4, 5 dan 6 akan dikeluarkan berdasarkan bab lain.

    Ini bermakna ada kemungkinan kemahiran ini boleh diuji dalam tiga soalan terakhir:
    a. Pengiraan pelarasan semasa penutupan tahun kewangan (macam soalan 4 SPM 2007)
    b. Syarikat berhad
    c. Pengurusan tunai – penyediaan aliran tunai dan penyata penyesuaian bank
    d. pengenalan perakaunan kos – akaun kos pengeluaran atau penyata kos pengeluaran
    e. tafsiran laporan kewangan

    harap pandangan sifu ini dapat membantu anda.

  4. Adakah butiran ambilan ditolakkan dengan belian ketika dalam pernyata pendapatan?

  5. Gha,
    Memang benar jika ambilan itu ialah AMBILAN BARANG NIAGA. Jika Ambilan Tunai, JANGAN tolak dengan belian.

    Kenapa mesti tolak ambilan barangniaga?

    cuba tengok contoh ini:

    contoh soalan: Peruncit Pak Din mengeluarkan barangniaga bernilai RM100 untuk kegunaan keluarga.

    Catatan Jurnal
    Dt. Ambilan RM100
    Kt. Belian RM100

    Ingat, ambilan sememangnya bersifat debit. Ia adalah akaun yang mesti didebitkan.
    Persoalannya kenapa belian dikreditkan. Jawapannya mudah, akaun belian adalah akaun yang digunakan untuk mencatat belian barangniaga sepanjang tempoh perakaunan. Setiap kali beli barang runcit untuk kedai Pak Din, samaada secara tunai atau berhutang (kredit), ia akan diDEBITkan ke Akaun Belian yang menunjukkan nilai barang niaga yang dibawa masuk ke dalam perniagaan untuk dijual semula.
    Tetapi apabila barang yang hendak dijual itu digunakan untuk tujuan peribadi atau untuk kegunaan keluarga, maka barang itu terpaksa dikeluarkan dari kedai runcit Pak Din. Selalunya barang niaga dikeluarkan dari kedai jika ada pelanggan dan kita jual kepada pelanggan. Jika itu berlaku maka Akaun Jualan akan dikreditkan. Tetapi masalahnya ialah barang itu keluar dari kedai tetapi bukannya sebagai jualan. Maka dalam perakaunan, untuk mengatasi masalah itu, kita akan kreditkan sahaja akaun belian yang menunjukkan bahawa nilai barang yang boleh dijual telah berkurang.

    harap anda dapat faham logik tindakan akauntan berbuat demikian, dan kenapa anda mesti juga mengkreditkan akaun belian. Kesimpulannya, apabila menyediakan penyata pendapatan, semua ambilan barang niaga akan ditolak dari baki belian (kesan kredit akaun belian).

  6. i nak tahu adalah soalan 2 dan 3 ia betul keluar dari spm 2008 ini

  7. jika ada apa apa perubahan sila maklum dekat saya terima kasih

  8. Amerdeep,
    Begitulah setakat yang sifu tau. Tapi realitinya hanya selepas SPM 2008, barulah perkara ini konfirm. Nasihat sifu ialah anda bersedia. Jawap seperti biasa, strategi seperti biasa, biarlah pengagihan markah jadi urusan MPM dan pihak terbabit. Untuk jamin dapat markah terbaik, maka Amerdeep pun kena pastikan jawapan TEPAT, bukan sekadar betul separuh-separuh. Semoga berjaya.

  9. saya rasa ok cuma apa yang saya perlukan soalan pengukuhan untuk buat latihan

  10. macam mana kita nak senang faham maklumat tambahan yang diberi dalam penyata pendapatan????

  11. Afi,
    Maklumat tambahan dlm PP selalunya melibatkan perkara berikut:
    1. urus niaga terakru – belanja terakru atau belanja terdahulu atau hasil terakru atau hasil terdahulu.
    2. Hutang lapuk seorang penghutang
    3. Peruntukan Hutang ragu untuk semua penghutang (pastikan jika Htg Lapuk dlm (2) baru diberi, maka baki penghutang mesti ditolak dgn HL dlm (2). Jika HL tlh disenarai dlm Imbangan duga, maka JANGAN tolak HL dari baki penghutang kecuali ada lagi HL dari (2) yg ditanya dlm maklumat tambahan
    4. Peruntukan susut nilai sebuah aset bukan semasa
    5. stok akhir, kos atau harga pasaran – pilih yang terendah antara dua nilai.
    6. Item tersalah akaun, pelarasan utk betulkan entri urusniaga.

    begitulah soalan dlm PP, memang boleh jangka, so Afi hanya perlu latihan yang khusus utk 6 perkara itu. Cara terbaik ialah menjawab semua soalan SPM sebenar yang berkaitan. Sila ambil perhatian, soalan lembaran kerja atau soalan penyediaan penyata pendapatan akan memberikan masalah dalam MAKLUMAT TAMBAHAN yang serupa, so kemahiran yang sama diperlukan.

  12. sifu,macam mana nak mahir soalan dokumen?saya dah buat banyan latihan tapi masih tak faham jugak…harap sifu ada tips untuk mahir soalan dokumen…saya juga nak tau berap sebenarnya syarat lulus untuk kertas prinsip perakaunan?

  13. Adenan,
    Untuk mahir menjawab soalan dokumen sumber dan simpan kira, Adenan tidak ada cara lain melainkan melalui proses pembiasaan diri atau latih tubi yang berulang-ulang.

    Namun demikian, suka cita sifu nak cadangkan supaya Adenan merujuk nota yang disediakan oleh Cikgu Awang (SMK Baru Miri). Nota itu boleh Adenan muatturun dari blog Cikgu Awang di alamat ini, http://prinsipakaun.wordpress.com/latihan-nota/teknik-menjawab/ , ataupun rangkaian langsung di alamat ini.

  14. tq sifu….harap cadangan sifu ini dapat mengubah keputusan peperiksaan saya….

  15. sifu, saya ingin bertanya tentang catatan permulaan dalam soalan dokumen. guru saya beritahu ada dua jenis iaitu modal sudah diberi dan satu lagi modal perlu dicari. untuk modal yang diberi, adakah selalunya akan keluar tunai di tangan dan tunai di bank sebagai modal? dalam soalan SMK Miri, catatan permulaannya ada aset bukan semasa. adakah itu jenis modal sudah diberi?

  16. saya ingin bertanya tentang tempoh perakaunan. jika soalan beritahu mula beli insurans RM600 pada 31 Mac 2006 untuk tempoh setahun. tempoh perakaunan perniagaan tamat pada 31 Dis 2006.adakah nilai insurans untuk dihantar ke UR dikira selama 9 bulan atau 10 bulan? dalam buku koleksi soalan SPm keluaran Cerdik Publication, ada soalan no 18 kertas 1, jawapan buku dikira 10 bulan.adakah jawapan buku itu salah?

  17. Mokhsein,
    Jika awak maksudkan soalan percubaan 1 SPM 2008, maka sifu nak terangkan begini:
    a. ia adalah soalan berkaitan permulaan perniagaan – maka kedua-dua item tersebut mesti dicatat seperti berikut :
    Bank dalam buku tunai – butirannya ialah MODAL
    Kelengkapan dicatat dalam Lejar Am – butirannya juga MODAL.

    b. Awak dikehendaki menghitung nilai modal untuk catatan pembukaan dalam Jurnal Am. Ini bermakna Modal ialah RM32500. Satu hitungan mudah.

    Kesimpulannya, soalan 1 itu adalah contoh MODAL DICARI, kerana kerja menghitung masih diperlukan.

    Modal diberi adalah seperti dalam Soalan Ramalan 2007 Set 2/2007 (jika belum pernah muatturun, klik sini dan dapatkan sekarang). Sila rujuk soalan 1 Kertas 2 (perniagaan Kurdina) untuk mengetahui perbezaannya.

    Berkenaan soalan kedua,
    Adalah selamat jika pelajar menghitung pembayaran insurans itu bagi tempoh 9 bulan. Ia lebih tepat. Oleh itu, pelarasan yang sepatutnya ialah:
    Insurans Terdahulu ialah RM150
    Insurans bagi tempoh 9 bulan ialah RM450 sahaja

  18. Pengumuman:
    Sifu dah kemaskini pos ini dengan bahan Analisis 4 Tahun 2004-2007 serta lajur untuk mencatat sasaran anda. Sila muatturun di alamat ini,http://www.mediafire.com/?tee6kwk6yu4.

  19. sifu,sifu rasa soalan belanjawan tunai keluar tak tahun ni???

  20. Dayang,
    Sifu tak pasti. Tak salah dayang belajar juga bab ini dan juga mengasah kemahiran penyediaan penyata penyesuaian bank. Kedua-dua kemahiran itu adalah senang dan dalam tempoh ulang kaji ini, sifu pasti Dayang akan dapat faham dengan lebih cepat. tentang Penyata penyesuaian bank, jika Dayang masih keliru, dayang boleh membaca juga tulisan sifu di dalam Siri Bestari Perakaunan SPM (klik MENU di atas skrin ini).

  21. sifu2b,
    ada kemungkinan tak soalan lembaran kerja keluar tahun ini?

  22. Zue,
    Sifu tak pasti. Jika berdasarkan maklumat berkaitan ‘Anchor Item’ utk soalan 2 dan 3, ia membayangkan TIDAK akan ada soalan lembaran kerja. Apa-apapun, lebih baik Zue bersedia sahaja, tetapi fokus kepada Penyediaan Laporan Kewangan iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Umpama jika Zue ulang kaji, jika Zue peruntukkan 5jam, maka 1 1/2 jam pertama utk lembaran kerja, dan 3 1/2 jam lagi utk kemahiran PP dan KKK.

  23. ohh..trima kasih ckg.Ini bermkna ada soalan pilihan lah ek?

  24. Gha,
    Setakat maklumat yang boleh dipercayai, memang benar akan ada bahagian B.

  25. Hai Cikgu Sifu,

    Saya ni Cikgu Loi dari Ipoh, Perak, bolehkah kita tukar soalan percubaan, sekian terima kasih. Hp saya: 012 520 9189

    ps: Percubaan pa kita sudah over.

  26. Cikgu Loi,
    Saya amat mengalu-alukan tawaran Cikgu. Sepertimana Cikgu akan maklum sebenar lagi, saya sudahpun menawarkan perkongsian soalan percubaan sekolah kami di blog ini. Ia ditawarkan secara umum. Namun demikian, saya amat berbesar hati jika selepas CIkgu Loi memuatturun soalan tersebut, cikgu akan menghantarkan salinan soalan cikgu ke emel saya, blogsifu2b @ yahoo . com (atau sekadar menyatakan dari mana saya boleh memuatturun) dan membenarkan saya menyenaraikannya di blog ini. saya akan pastikan nama cikgu loi disebut sebagai penyumbang soalan tersebut.

    Untuk soalan sekolah saya, Cikgu Loi bolehlah muatturun dari pos yang berkenaan, http://sifu2b.wordpress.com/2008/09/11/soalan-percubaan-prinsip-perakaunan-spm2/.

    Semoga perkongsian bijak ini akan memanfaatkan semua guru dan pelajar Prinsip Perakaunan di seluruh negara tahun ini dan akan datang.

  27. terima kasih atas soalan ramalan cikgu…

  28. kanimoli,
    Ok, glad to help you

  29. bagaimana cara utk menguasai subjek prinsip perakaunan ini?

  30. Fraulien,
    Soalan paling susah nak dijawab,”bagaimana cara utk menguasai subjek prinsip perakaunan ini?”
    Adakah anda pelajar T5? Penguasaan memerlukan latihan yang bermatlamat dan terbimbing. Apabila guru memberikan soalan atau latih tubi, maka pelajar perlu menyelesaikannya berdasarkan bimbingan guru tadi semasa dalam kelas dan dengan pembacaan atau ulang kaji lanjutan. usaha ini sebaiknya dilakukan sejak T4 lagi. Dengan usaha yang terlebih awal, maka kelemahan mudah untuk diatasi secara bersama-sama antara guru dan pelajar. Di saat SPM sekarang ini yang hanya tinggal 6 minggu, maka penguasaan haruslah bermatlamat yang jelas dan fokuskan kepada bab-bab yang paling popular dan dihidangkan dengan markah yang terbanyak.

  31. Cikgu
    Saya nak tanya soalan Pelupusan Aset.

    Macam ini, saya tidak kenapa Kenderaan perlu diletakkan di sebelah debit Akaun Pelupusan Kenderaan dan Peruntukan Susut Nilai Aset perlu di letakkan di sebelah kredit Akaun Pelupusan Kenderaan. Satu lagi ialah kenapa kalau rugi diletakkan di kredit manakala kalau untung pelupusan kenderaan diletakkan di debit. Kenapa??? Kerana dalam buku teks (yang berwarna kebiruan) tidak menyatakan sebabnya.

    Harap cikgu boleh nyatakan sebabnya.

    Terima kasih atas pertolongan cikgu.

  32. Cikgu
    Boleh tak jawab pertanyaan saya secepat mungkin. My final year exam is coming.

    Thanks.

  33. Cikgu
    cepatlah. Exam sekolah saya sudah tinggal beberapa hari saja.

    Harap maklum.

  34. Whole,
    Begini, AKAUN PELUPUSAN ASET tu sebenarnya adalah AKAUN SEMENTARA yang disediakan untuk membolehkan URUSNIAGA pelupusan aset direkodkan dalam lejar am.

    Anda akan mengurangkan ABS yang ingin dilupuskan dengan mengkeditkan akaun ABS tersebut pada nilai kos. Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga mesti dicatat dua kali. Oleh itu seharusnya ada satu akaun lagi didebitkan. Dalam kes ini, niat pengurangan ABS ialah kerana melupuskannya, maka adalah lebih tepat jika AKAUN PELUPUSAN ASET disediakan. Sebab itulah Akaun Pelupusan Aset MESTI DIDEBITKAN.

    Sebaliknya Akaun Peruntukan Susut nilai pada asalnya mempunyai sifat KREDIT, bermakna nilai PSN akan bertambah di sebelah KREDIT. Untuk mengeluarkan nilai PSN bagi aset yang dilupuskan (sahaja) maka Akaun PSN ABS itu mesti didebitkan. Sekaligus akan ada akaun yang MESTI dikreditkan pula (catatan bergu). Oleh kerana tujuan pengurangan nilai PSN adalah disebabkan niat melupuskan ABS tersebut, maka sudah sepatutnya Akaun Pelupusan Aset dikreditkan pula.

    Sebarang penerimaan tunai dari pelupusan akan didebitkan ke Akaun tunai atau Akaun Bank (dlm Buku tunai), sekaligus mewajibkan catatan Kredit ke akaun Pelupusan Aset tadi. Jika Perolehan TUNAI lebih besar dari Nilai Buku Bersih Aset yang dilupuskan, maka sudah pasti JUMLAH KREDIT AKAN LEBIH BESAR DARI JUMLAH DEBIT. Beza nilai itu akan dipanggil UNTUNG. Catatan bergu bagi UNTUNG DARI PELUPUSAN ASET IALAH:
    debit Akaun Pelupusan Aset – Kenderaan
    Kredit Akaun Untung Pelupusan Aset – Kenderaan

    Ketahuilah bahawa Akaun Untung dari Pelupusan Aset – Kenderaan itu adalah AKAUN HASIL, yang mana sememangnya bercirikan akaun berbaki KREDIT.

    harap penjelasan sifu dapat difahami.

  35. Sifu,
    Terima kasih atas penjelasan di atas.

    Adakah Akaun PSN itu Akaun Liabiliti kerana berbaki kredit?

    Mengapakah Akaun Untung Rugi perlu diletakkan disebelah kredit akaun PSN?

    Saya masih tidak faham akan penjelasan di atas. Saya memang keliru dengan nama akaun dengan butiran. Catatan bergu saya agak lemah. Perlukah kita fahami mengapakah setiap akaun didebitkan dan dikreditkan? Atau ingat sahaja setiap langkah kerja? Boleh tak sifu jelaskan.

    Saya harap cikgu boleh tolong terangkan dengan lebih jelas.

    Thanks.

  36. Sifu,
    Boleh tak terangkan dengan lebih teperinci.Seperti ini, “…sekaligus mewajibkan catatan Kredit ke akaun Pelupusan Aset tadi.”

    ……………….Akaun Untung Pelupusan Kenderaan………………….
    2003………………………………….2003
    Dis 31 Uhtung Rugi 200 …………………Dis 31 Pelupusan Kenderaan 200

    Apa gunanya Untung rugi diletakkan disebelah debit?

    Sifu,
    Kunci Kira-Kira dibahagikan kepada bahagian Aset dan Bahagian Ekuiti + Liabiliti

    Kenapa Peruntukan Hutang ragu dan Peruntukan Susut Nilai boleh diletakkan disebelah aset. Adakah bertujuan untuk menolak aset? Saya tidak faham.

    Harap sifu boleh tolong saya.

    Thanks.

  37. Sifu,
    Saya tidak tahu macam mana nak buat ini:

    Syarikat Naim telah membeli dua buah kenderaan secara tunai dengan harga RM12 000 sebuah pada 1 Januari 20X2. Kadar susut nilai ialah 15% setahun dengan kaedah ansuran tetap. Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Syarikat itu membuat keputusan untuk menjual sebuah daripada kenderaan itu pada 31 Disember 20X3 dan bercadang menetapkan harga jualan supaya mendapat untung pelupusan sebanyak RM500.

    Saya berharap sifu boleh tolong saya menjawab soalan ini.

    Thanks.

  38. kalau nak tanya tentang akaun, boleh terus msn saya. terima kasih. saya boleh tolong apa yang tak faham.

  39. Sifu,
    Cepat! Cepat!

    Thanks

  40. Whole,
    S : Adakah Akaun PSN itu Akaun Liabiliti kerana berbaki kredit?
    J : BUKAN, dari segi teknikal (tetapi bukan silibus SPM, so abaikan sahaja) ia adalah satu akaun KONTRA ASET (INI BUKAN SPM SO ABAIKAN).

    S : Mengapakah Akaun Untung Rugi perlu diletakkan disebelah kredit akaun PSN?
    J : Ini adalah kaedah 2 yang ada dlm buku teks SPM. Ia adalah kaedah yang asalnya diamalkan di AS. Okay, catatan di sebelah Kt PSN supaya nanti dapat debitkan Akaun Untung Rugi yang akan menyatakan bahawa wujud BELANJA SUSUT NILAI bagi aset tersebut. Itu sahaja sebabnya.
    Teknik atau KAEDAH 1 ialah :
    Debit : Belanja Susut Nilai – Kenderaan RM1000
    Kredit : Peruntukan Susut NIlai – Kenderaan RM1000
    (Merupakan susut nilai kenderaan tahun semasa)
    Debit : Akaun Untung Rugi RM1000
    kredit : Belanja Susut Nilai – Kenderaan RM1000
    (memindahkan belanja-belanja ke akaun untung rugi)

    Perhatikan contoh yang sifu berikan di atas, ia adalah amalan perakaunan ala British yg diajar di Malaysia juga (terutamanya semasa sifu masih graduan UPM).

    Kaedah ala America memikirkan bahawa catatan berulang seperti Belanja Susut Nilai-Kenderaan (Bold) tidak diperlukan. Kesan dari cadangan dan amalan itu maka;
    Debit : Akaun Untung Rugi RM1000
    Kredit : Peruntukan Susut Nilai – Kenderaan RM1000
    (merupakan belanja susut nilai kenderaan tahun semasa)

    S : Apa gunanya Untung rugi diletakkan disebelah debit?
    J : Sebab dalam catatan bergu, awak mesti kreditkan ke akaun untung rugi. Ia menunjukkan untung itu adalah hasil kepada perniagaan. itu sahaja sebabnya.

    S : Kenapa Peruntukan Hutang ragu dan Peruntukan Susut Nilai boleh diletakkan disebelah aset. Apakah bertujuan untuk menolak aset? Saya tidak faham.
    J : Kunci Kira-kira yang disediakan adalah mengikut FORMAT YANG disesuaikan dengan kehendak undang-undang dan peraturan badan-badan berkenaan. MASB menetapkan bahawa laporan KKK boleh disediakan mengikut format yang dicadangkan (sila baca sendiri), tetapi terkeluar dari silibus SPM ni. Anyway, dalam KKK telah ditetapkan bahawa kategori akaun MESTI dibahagi-bahagi kepada bahagian seperti ASET BUKAN SEMASA, ASET SEMASA, LIABILITI SEMASA, LIABILITI BUKAN SEMASA DAN EKUIT PEMILIK. Oleh kerana had yang ditetapkan itu, maka mahu tak mahu sebarang akaun yang berkaitan dengan akaun tertentu mesti dilaporkan dalam KKK dalam kategori yang sama. Contohnya Aset Bukan Semasa, sebahagiannya akan ada penyusutan nilai yang dipanggil peruntukan susut nilai. Oleh sebab fungsi peruntukan ialah MENYUSUTKAN (MENOLAK NILAI) maka ia dilaporkan di dalam Kategori ABS dengan operasi matematik TOLAK. Itulah sebabnya kenapa PSN mesti dicatat di sebelah ABS kerana kategori peruntukan TIDAK BOLEH DIWUJUDKAN.

    Contoh lain ialah Penghutang. Peruntukan Hutang Ragu bersifat kredit, tetapi ia adalah berkaitan dengan Akaun Penghutang yang merupakan akaun dalam Kategori ASET SEMASA. Untuk tujuan laporan KKK, maka ia mesti ditulis di sebelah yang sama dengan Penghutang. Tetapi oleh kerana fungsi PHR ialah pengurangan nilai Penghutang (tolak nilai), maka operasi TOLAK digunakan.

    Sori tak dapat jawab semua. Sifu pun sibuk melayan tetamu Hari Raya- dan sekarang dah kembali ke sekolah. Ada kelas sekejap lagi.

  41. Sifu,

    Saya memang keliru dengan nama akaun dengan butiran. Catatan bergu saya agak lemah. Perlukah kita fahami mengapakah setiap akaun didebitkan dan dikreditkan? Atau ingat sahaja setiap langkah kerja? Boleh tak sifu jelaskan.

    Terima kasih. Segala penjelasan amat dihargai.

  42. saya baru saja tamat trial exam. salah satu soalan pak ialah penyata penyesuaian bank. soalannya ialah tanpa mengemaskinikan buku tunai. adakah saya perlu mulakan dengan baki BT tanpa diselaras atau mulakan dgn baki penyata? jika saya mulakan dgn baki kt penyata adakah jawapan saya salah? tq

  43. Whole,
    Dalam tahap SPM ini, mengetahui gerak kerja itu sudah memadai memandangkan ia sememangnya begitu.

    Shafiq,
    Kedua-duanya boleh digunakan, sama ada mulakan dengan baki buku tunai atau baki penyata bank.

  44. ramai yg tidak meramalkan lembaran kerja..
    mengapa??
    dan… adakah akaun relisasi memang mudah kite dapatkan markah??

  45. ANNa,
    Ini kerana dalam SPM 2008 nanti telah dimaklumkan bahawa soalan 2 dan 3 akan menguji calon SPM berdasarkan ‘anchor item’ yang pernah dibincangkan di sini. Sila baca semula pos sifu di atas.

    Dari segi kebiasaan pengujian SPM, jika soalan Penyata pendapatan diuji, maka lembaran kerja tidak akan diuji lagi kerana dari segi teknikal ia adalah merujuk kepada kemahiran yang serupa, walaupun bentuk jawapan berbeza-beza.

    mengambil kira faktor itu, kebanyakan guru akur bahawa lembaran kerja tak akan diuji lagi dalam kertas 2 SPM mulai tahun 2008, dan kemungkinan besar berterusan ke tahun-tahun mendatang. Ini kerana lembaran kerja adalah antara topik paling mudah, maka tak perlu lagi diuji. Anna haruslah menerima hakikat perubahan ini ada kaitannya dengan kerjasama MOE dengan pihak badan profesional perakaunan seperti LCCI dan ACCA.

    Soalan realisasi sememangnya mudah dapat markah dengan syarat jawapan pelajar tepat. Pada pendapat sifu, ia adalah antara soalan mudah yang boleh semua calon SPM score.

  46. sifu, berdasarkan maklumat yg sy terima dr guru2 berpengalaman, ramalan sifu adalah tepat. terima kasih. tp sy agak kecewa kerana belanjawan tunai tidak termasuk dlm senarai ramalan krn bg sy itu soalan plg sng utk di jwb. anyway, thx sifu (:

  47. Sifu, sy kurang phm ttg akaun kelab dan persatuan dgn mcm mane nk pos kan dr jurnal ke lejar, sy kurang mahir
    Harap sifu balas ngan cepat

  48. Fyka,
    terima kasih di atas maklumat tersebut. Jika awak dah mahir belanjawan tunai, maka baguslah. Sekurang-kurangnya jika ada ‘surprise’ dalam SPM awak masih boleh menjawab soalan itu. Tetapi jangan pula jadikan ia fokus utama, kerana soalan itu dianggap senang. Pastikan anda dapat menguasai topik-topik yang dicadangkan terdahulu. Semoga berjaya.

    Audi,
    Tak faham? Masalah sebenar Audi bagaimana? Adakah anda dah dapatkan bimbingan dari guru anda secara bersemuka (one2one – mentor mentee style) atau adakah anda mengikut kelas tuisyen. Jika masih belum maka lakukannya seberapa segera. Jumpa guru bukan lagi untuk diajar dari A to Z, tetapi berjumpa guru dengan membawa soalan berkaitan dan jawapan yang anda dah sediakan. ini supaya guru mengetahui dengan pantas tahap kefahaman anda setakat itu dan bagaimana ia boleh membantu anda. Sifu sememangnya sentiasa berusaha melatih pelajar-palajar supaya kerap berjumpa sifu dengan soalan DAN jawapan (Ini kes pelajar tahun 2007 lepas). Dengan adanya soalan dan jawapan, sifu mampu menganalisis tahap kefahaman dan bagaimana boleh menasihatkan mereka untuk mengatasi kesilapan itu. Kebanyakan pelajar bukanlah tidak pandai, tetapi akibat cuai, terlalu memudahkan diri, kurang peka dengan teknik sebenar, dan hanya mula belajar dibulan-bulan seperti sekarang.

    Utamakan latih tubi. dalam kes sekarang, hanya gunakan soalan SPM. jawab soalan dengan lengkap. Jika Audi lemah sangat, maka fokus kepada soalan yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk disoal. Soalan 1 dan Soalan 2 diramal kekal seperti terdahulu. Topik kelab dan persatuan juga dalam sasaran kebanyakan guru, tetapi fokus dulu keapda markah yang terbesar, s1 dan s2, jika dah cekap betul, barulah awak belajar topik lain.

    Okay, cuba dulu.

  49. cg, saya ada keliru sikit tntg cara imbang lejer utk soalan dokumen. jika dlm ak lejer ada lebih dari satu catatan contoh ak jualan (ada dua catatan di sebelah kt), adakah saya perlu tutup dan imbang, biarkan saja dan tuliskan jumlah terus ke ID atau saya hanya tutup sebelah saja tanpa imbangkan.ada pelajar yang tutup sebelah saja sebab mereka kata mkh sudah dpt pada dua catatan tadi dan dlm ID hanya beri mkh pada jumlah kedua-dua catatan. takde mkh pada angka pengimbang. adakah mereka betul? hrp dpt penjelasan dr cg. tq

  50. Shafiq,
    Ia dibenarkan dalam peperiksaan SPM tetapi ia bukanlah kaedah SEBENAR dalam simpan kira. Dalam simpan kira sebenar, kedua-dua belah mesti diimbangkan.

    Rujuk respons sifu kepada Zedin tahun lepas, http://sifu2b.wordpress.com/sifu2b-koleksi-imej-berkaitan/zedin-tips-exam-tutup-akaun-lejar/

  51. sifu..saya xbrapa mahir lagi tajuk rekod tak lengkap&akaun klab dan persatuan..
    kadang2,saya keliru…
    sukar bagi saya untuk menjawab soalan bagi dua bab itu..
    rakan2 sekelas saya yang lain pun begitu juga…
    saya bimbang..
    saya masih nak cuba blajar lagi untuk dua tajuk tu yang bagi saya agak sukar sedikit…..
    bagaimana ya??

  52. Fizah,
    Kalau gitu baguslah. usahakan lagi. Sebenarnya soalan utk rekod tak lengkap boleh dianggap sederhana sukar/sederhana senang. Begitu juga soalan akaun kelab dan persatuan.

    dalam kes AKP, pelajar selalunya terkeliru dengan pendapatan modal dan pendapatan hasil atau perbelanjaan modal dan perbelanjaan hasil. Pastikan ketika membuat latih tubi semula, fikirkan masak-masak kenapa jawapan mesti gitu dan akur sahaja. maka ia jadi mudah. Gunakan beberapa soalan yang dah confirm jawapannya dengan guru.

    dalam hal bab RTL, pelajar harus menguasai penyediaan akaun kawalan dahulu kerana ia memain peranan dalam penentuan jualan kredit atau belian kredit. Kuasai dahulu perkara itu, lepas tu awak ingati kaitan MODAL AWAL + UNTUNG BERSIH + MODAL TAMBAHAN = MODAL AKHIR.

    Untuk dapat Untung Bersih pula, ia berkaitan dengan JUALAN – KOS JUALAN = UNTUNG KASAR,
    kemudian UNTUNG KASAR + HASIL – BELANJA = UNTUNG BERSIH.

    Sebenarnya soalan dalam RTL akan fokus di bahagian sebegitu, ia berkaitan dengan kaedah analisis.

    Oleh itu, awak dinasihatkan kuasai perkara yang sifu ‘CAPITAL LETTER’kan.
    Semoga Berjaya.

    PS, kalau boleh, cuba beri sifu satu soalan RTL yang sedang Fizah usahakan yang sukar bagi Fizah. tinggalkan soalan itu di bahagian komen seperti ini dan sifu akan tengok bagaimana menerangkannya untuk Fizah.

  53. salam,boleh sifu terangkan tentang titik pulang modal?saya kurang fahamla tajuk tu…..thanks

  54. askum sifu…penyata pendapatan keluar tak thun ni?-mizah-

  55. sifu,kenapa saya tak boleh buka soalan-soalan yg saya download drpd MRSM?Pls reply sy secepat mungkin.keraa sy ingin buat soalan negeri lain!thanks u so much….

  56. saya xfhm kunci kira2 n penyata pendapatan

  57. Leng,
    Pastikan awak gunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi 7 ke atas. Lagi baik lagi versi terkini.

    rabiatul,
    nampak gayanya awak terpaksa berlatih dengan kaedah MENGHAFAL. Try.

  58. Hamizatul,
    Begitulah apa yang kami guru-guru ramalkan. Kebarangkalian ia keluar, pada hemat sifu amat tinggi. Lebih baik awak bersedia, kalau ada ruang, mahirkan diri penyediaan PP dan KKK untuk milikan tunggal DAN perkongsian.
    Kita tak tahu mana satu yang akan disoal. Bersedia aje.

    Najihah,
    TPM ni bahagian mana yang ada masalah? Umumnya soalan ini soalan mudah. Penting sekali awak mengetahui KOS TETAP. Ingati rumus TPM.

  59. sifu..apa ramalan bagi SPm….?

  60. Clover,
    Seperti yang dinyatakan di atas sekali.

  61. Assalamualaikun saya murid tingkatan 3 dalam dilema nak memilih jurusan apa untuk tahun depan. saya meminati pengiraan tetapi saya tak yakin saya boleh bawak tak. tolong saya

  62. Syaza Muna,
    Jika awak menguasai sains dan matematik dengan amat baik, ikutilah jurusan sains. Ya ia memang susah tetapi sebab nak jadikan pelajar layak mencipta kerjaya doktor, kejuruteraan, arkitek, pakar teknologi, saintis, bioteknologis, dan sebagainya, maka aliran sains mestilah disesuaikan ke arah itu. Selain dari itu, ikutlah aliran perakaunan kerana ia membantu anda mencipta kerjaya sebagai akauntan, pentadbir perniagaan, pengurusan, pakar ekonomi, pakar kewangan, konsultan dan sebagainya.

  63. hmm…tnx 4evryting lo SIFU!!!

  64. sifu,ada soalan rekod x lengkap- kaedah analisis?

  65. sifu xde skema jwpn trnggu ke paper 1 n papr2 percubaan spm 2008

  66. soalan p.akaun sama ke dgn tahun lepas…?

  67. macamana nak buat rekod tak lengkap analisis?

  68. lepastu,saya lemah akaun kawalan. boleh tunjukkan caranya?terima kasih…

  69. tak apalah.saya dah mula faham. thanks………….

  70. esk exam wow!!!!!
    gud luck!!!
    takot nye…
    saye target dokumen & pp/kkk je!!!
    gile lah..
    wish me luck!

  71. sifu,i think spm question is a bit difficult.2008 is more challlenging.whats ur opinion about that..?kpd sume student yang ambik spm akaun tahun ni.. korang rasa mencabar tak soalan akaun?

  72. TERKEJUT SUNGGUH SAYA APABILA MELIHAT SOALAN 2, PRINSIP PERAKAUNAN. TAK PERNAH KELUAR SOALAN AKAUN KELAB DAN PERSATUAN UNTUK SOALAN 2. SELAMA INI KALAU BUKAN PERNIAGAAN TUNGGAL, MESTI PERNIAGAAN PERKONGSIAN SAJA. HANYA DAPAT BERDOA SAJALAH… LEPAS NI

  73. BETUL TU…HANYA DAPAT BERDOA JELAH..ISTAJIB DOA ANA YA ALLAH…!

  74. adakah percubaan spm tahun ini(2009),soalan persatuan kelab akan keluar

  75. sya harap.sifu berikan soalan ramalan spm pada tahun ini yang penting.

  76. Syam,
    akan diusahakan.

  77. sifu,
    boleh bagi soalan ramalan spm 2009 untuk subjek prinsip akaun??

  78. saya tak mahir dlm subjek prinsip akaun ni.

  79. salam.sifu,boleh tak bagi target tajuk akaun spm 2009.

  80. Assalamualaikum..sifu.soalan SPM 2009 agak susah sedikit dan saya pasti ramai murid yg mengambil subjek tersebut pasti mengakuinya bahawa kenyataan tersebut benar.tetapi,saya mahu bertanyakan sesuatu.Adakah markah kita akan ditolak jika jawapan yang kita berikan ditulis dengan menggunakan pensil apabila menjawab peperiksaan sebenar SPM dalam subjek p.perakaunan??saya agak keliru apabila sebilangan Guru mengatakan markah ditolak apabila menggunakan pensil?adakah tanggapan sebilangan guru tersebut benar??

  81. Syam,
    Kita tunggu dan lihat. Apa pun yang berlaku di luar kawalan kita semua. Setahu saya, jawapan pelajar tetap disemak walaupun ditulis dengan pensil tetapi tak mustahil penolakan markah tidak lagi diguna pakai.

  82. cikgu….ada ramalan akaun 2010 tak?

  83. sifu nk tnya neh ..prinsip perakaunan tk sama ke ngn perakaunan perniagaan ..?

  84. azman jamah ali

    cikgu

  85. azman jamah ali

    cikgu apakah soalan famous yang comfirm keluar s.p.m,,,sye plajar tingkatan 4 ,dan sy ingin menanya sye telampau ssah nak faham akaun ini,,,ble bg sy tips2x yg mmbolehkan sye fhm kh,,,

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 139 other followers

%d bloggers like this: