Keputusan SPM dan STAM pada 12 Mac 2008

AMARAN : INI ADALAH ARTIKEL TULISAN TAHUN 2008!!! TAK CAYA? BACA TAJUK

Berita terkini, keputusan SPM dan STAM akan diumumkan pada 12 Mac 2008, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Oleh itu semua pelajar SPM dan STAM bersedialah dan bergembiralah dengan keputusan yang bakal diketahui. Sifu sendiri bagaimana? Sudah tentu mengharapkan kejayaan anak didik dalam subjek Prinsip Perakaunan. Mudah-mudahan usaha 2 tahun mereka dapat diraih dengan jayanya. Amiin.

Petikan berita seperti berikut:

KUALA LUMPUR 3 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 akan diumumkan pada 12 Mac ini bermula pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom memberitahu, calon persendirian boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui pos yang akan dihantar oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing.

Katanya, seramai 439,255 pelajar menduduki SPM di 3,913 buah pusat peperiksaan pada 12 November hingga 6 Disember tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 386,265 atau 87.9 peratus adalah pelajar sekolah kementerian pelajaran dan 14,672 atau 3.4 peratus adalah pelajar sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu…

Berita penuh di Utusan Online di sini.

About these ads

63 gerakbalas-gerakbalas

  1. apa laman web untuk semak keputusan spm tahun ini….???

  2. Setahu sifu tak ada online result untuk SPM. Pelajar hanya perlu hadir ke sekolah utk mendapatkan slip keputusan masing-masing. Apa-apapun jika ada perubahan, ia pasti diumumkan di url ini, http://www.moe.gov.my/lpm/ . Selebihnya kenalah merujuk kpd hebahan media massa.

  3. saya nak tanya nape x de semakan keputusan SPM 2007 secara online??????????????ehhh……..x puas ati tol lah….fed up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. sifu, kakak sy br dpt rslt SPM. td pg time die ambil result.. die dpt sekali sijil utk ACCA tu.. betul ke sijil tu hanya diberi kpd pljr yg dpt A1 n A2 utk akaun shj… bkn sifu kate sebelum ni BI juga kena dpt A.. tp die dpt 3B utk BI. hurm…

  5. Ana, kalau ada online tak ramai pelajar akan gi sekolah.

    Zedin, dlm proses menawarkan pelajar mengambil exam ACCA/LCCI, pihak kementerian mestilah menawarkan pelajar cemerlang, so bagaimana mereka memilihnya? Mengikut panduan yang ditetapkan, pelajar yang layak ditawarkan mengambil peperiksaan tambahan ialah calon yang mempunyai prestasi cemerlang dlm subjek PAK dan BI dlm percubaan atau peperiksaan sebelumnya. Tetapi selepas itu, keputusan SPM sebenar tidak lagi menjadi penentu. Dgn kata lain, kementerian melihat prestasi semasa pra-SPM, siapa yang layak duduki LCCI/ACCA (dijalankan semasa minggu SPM juga). Ia lebih kepada penapisan sebab kementerian tidak ingin pelajar lemah menduduki exam itu dan gagal.

    Sampaikan ucapan tahniah sifu kepada kakak Zedin. Mudah-mudahan dia akan berjaya dlm bidang perakaunan kelak.

  6. Habsah Mohd. Ibrahim

    Tahniah Sifu kerana keputusan yang sangat membersangkan.. Saya pun turut gembira. Tidak sia-sia lah usaha dan motivasi yang bertubi-tubi dicurahkan kepada pelajar sifu.. Well done.. hope for the best this year. InsyaAllah. Ini lah yang dikatakan ‘memberi lebih baik drp menerima’. Lihatlah balasan yang telah Allah hadiahkan kepada Sifu yang tidak kenal penat lelah membantu pelajar-pelajar. Bukan pelajar sahaja malah guru-guru seperti saya juga… Good job. Congratulation once again….

  7. Terima kasih cikgu habsah.

  8. tahun ni camner nak online tgk result spm ha??

  9. Ilah,
    Kalau SPM dah diumumkan barulah awak boleh cari keputusan online di lamanweb kementerian pelajaran malaysia. Selagi tak umum selagi tu tak akan ada link tersebut. kalau dah umumpun, tetapi dah tamat tempoh pemberitahuan, khidmat itu akan ditutup, selalunya dlm tempoh 2-3 minggu sahaja.

  10. sifu,camne nak tahu bila tarikh keputusan spm 2008 keluar?

  11. sifuu, tahu tk bile tarikh resut spm 2008 kluarr???

  12. asslmkm.saya nk tny skit nie.btol ke rsult spm 2008 kuar 12 mac 2009 nie?confrm kew?

  13. MOHAMAD SHAHADAN

    asslmkm.klau rsult kuar 12 mac 2008… bila unversiti akan pngil????????

  14. assalamualaikm..ckgu nk tnya sket klu kter nk jd pnsyarah(bm)kne amek dip.pendidikn ke??sye lpasn spm08

  15. salam.. sifu, reslt stam bleh check gune onlne x??? bile nak isi borang tok k univrsiti??

  16. bile result stam kuar??

  17. ASSALAMUALAIKM CKGU NK TNYE KLU DAK LPASAN SPM NK JD LECTURER(BM)..KNE AMEK DIP.PENDIDIKN KE??

  18. salam.saya nak tanya saya lepasan diploma sains(fizikal) uitm dengan cgpa 3.50 adakah peluang saya untuk mendapat tempat di ipta lain dalam jurusan kejuruteraan kimia..memandangkan budak2 sekarang dah makin pandai?macam tak confident jer walaupun cgpa tinggi..dah tentu budak2 matrik yang dapat cgpa rendah yang akan di beri keutamaan..tension.

  19. hi sifu…bila tarikh rsult spm kuar?boleh online ka?

  20. btulka kluar 23 feb ni?

  21. tunggu pengumuman rasmi dari LPM..

    Rasanya hujung bulan ni atau awal bulan tiga nnt…

    apapun.. dapatkan maklumat lanjut tentang ke mane arah tuju masing-masing…

    contohnya jika score 10A ke atas, apa yang hendak dituju, IPT mane tawar kursus, Yayasan mane bagi biasiswa, or prosedur PTPTN…

    Jika keputusan kurang memberangsangkan, buat persiapan yang sama… Hala tuju masing-masing…ok…

    Persiapan awal penting kerana berdasarkan pengalaman lalu, antara faktor inilah menyebabkan para pelajar tersilap memasuki aliran semasa selepas SPM…memasuki kursus yang tidak diminati lantas kurang berjaya…

  22. ok.. saya tolong menjawab mane yang mampu…
    sementara tunggu cg sifu kita memberi komentar dia…

    kepada saiful,
    apa yang penting adalah kemampuan diri sendiri.. jika anda rasa itu yang terbaik untuk anda, teruskan usaha anda..Selebihnya terserahlah kepada Yang Esa dengan berdoa dan bertawakkal..
    Tentang lepasan Dip or Matrikulasi, dengan keputusan 3.5, CG rasa sudah memadai untuk memohon kursus tu..yang menjadi saingan ialah kursus kedoktoran..
    Apa yang Cg tahu, x semestinya masuk matrik terjamin masuk ke IPT mengikut kursus yang dipohon..Semua pemohon akan diletakkan sama tidak kira dari STPM, Diploma atau Matrik..ok..
    Sebagai tamabahan, anda diberi pilihan untuk memilih 5 pilihan kursus selain pilihan utama..Gunakan secara optimum ok…

  23. ASSALAMUALAIKM CKGU NK TNYE KLU DAK LPASAN SPM NK JD LECTURER(BM)..KNE AMEK DIP.PENDIDIKN KE??

    Kepada syikin,
    Kalau nak jadi lecturer (BM), ada banyak saluran sekarang..
    1. Mohon Memasuki Diploma Pedidikan Malaysia melalui Institut PErguruan…
    2. Memohon memasuki Ijazah Pendidikan di Universiti dalam bidang diminati (terutamanya UPSI)
    3. Mengambil ijazah berkaitan dan memohon KPLI atau DPLI…

    Kesemua itu menjurus ke arah cita-cita anda ..pilihlah dan dapatkan keterangan lanjut dengan kounseler sekolah.ok.

  24. salam.. sifu, reslt stam bleh check gune onlne x??? bile nak isi borang tok k univrsiti??

    STAM…
    minta maaf kurang mengetahui berkenaan peperiksaan itu..tetapi secar umumnya semua keputusan hanya diumumkan secara rasmi di makalh2 utama dan media elektronik..
    secara online, Rasanya Malaysia masih belum ke arah itu..

    Apa yang perlu dibuat sekarang, hanay menunggu pengumuman dari LPM dan buat persediaan awal tentang hala tuju.

  25. salam.. sifu, reslt stam bleh check gune onlne x??? bile nak isi borang tok k univrsiti??

    Kepada Aziz,
    STAM…
    minta maaf kurang mengetahui berkenaan peperiksaan itu..tetapi secar umumnya semua keputusan hanya diumumkan secara rasmi di makalh2 utama dan media elektronik..
    secara online, Rasanya Malaysia masih belum ke arah itu..

    Apa yang perlu dibuat sekarang, hanay menunggu pengumuman dari LPM dan buat persediaan awal tentang hala tuju.

  26. salam.. sifu, reslt stam bleh check gune onlne x??? bile nak isi borang tok k univrsiti??

    Kepada Aziz,
    STAM…
    minta maaf kurang mengetahui berkenaan peperiksaan itu..tetapi secara umumnya semua keputusan hanya diumumkan secara rasmi di makalh2 utama dan media elektronik..
    secara online, Rasanya Malaysia masih belum ke arah itu..

    Apa yang perlu dibuat sekarang, hanay menunggu pengumuman dari LPM dan buat persediaan awal tentang hala tuju.

  27. Kepada Ima, de_physio, Zaidi dan yang lain bertanya,

    BILA Result SPM keluar?
    Bila ia keluar tidak penting, ia tetap akan keluar..
    bg CG, apa yang hendak dibuat selepas ia keluar..seperti CG beritahu dalam post sebelum ni..Buat persiapan awal…

    Untuk makluman, mengikut jangkaan, Result SPM dijangka keluar akhir bulan Februari atau awal bulan Mac ni.. Tidak lama lagi..
    So, be prepared…

  28. ok thnks ckgu..so sye kne mohon dip.pendidikn sesi julai 2009?? or terus msk matrix pastu mhn UPSI??maaf sye x fhm tntg KPLI@DPLI tu ape??

  29. BILA TARIKH KUAR KPUTUSAN SPM 2008

  30. DENGAR2 PADA 28 FEB 2009 …. TAPI ENTAHLAH…. ITU KHABAR2 ANGIN AJA.

  31. Keputusan SPM dah keluar dah. Tapi SPM 2008. hahaha.

    Jangan ditanya bila keluar tapi seperti kata cg amri, adakah anda dah bersedia?

    Kepada sesiapa yang berminat memohon kemasukan matrikulasi, diploma IPTA, diploma/sijil politeknik atau IPTS dalam bidang diploma, maka bersedialah. Selepas sahaja keputsan SPM keluar, maka pelajar hanya akan mempunyai ruang masa memohon secara online dalam tempoh 2 minggu. Selepas itu, hanya pembetulan dibenarkan ke dalam akaun permohonan online anda.

  32. Oh ya terima Cg Amri kerana membantu menjwb soalan pelawat blog ini.

  33. sifu…keputusan SPM 2008, bila keluar..?
    boleh trus semak melalui on9 kew?

  34. dan…satu lg, mcm mane nak dpt kan borang lepas result spm keluar nti? mar tak tau la.. blh tolong kew?

  35. salam…actually ble sbnrnya result spm 2008 ni kluar?ada yang cakap 23 februari..then ada yang cakap 13 mac,12 mac..berdebar2 rasanya.sesiapa yang tahu tarikh sebenar tlg bgthu.,

  36. ooo… nampaknya cg sifu dah kembali…

    tiada apa yang sy tolong… hanya menjawab sekadar yang mampu…

  37. kepada Martah,

    Bila SPM result keluar?… entah la… selalunya hujung bulan ini atau awal bulan Mac.. sesama kiter semua tunggu pengumuman rasmi dari LPM…
    Berkenaan borang.. borang apa yang anda kehendaki? Politeknik? Matrikulasi? ILP? atau lain?… Kebanyakan institusi tersebut akan membuat tawaran melalui iklan pada hujung2 minggu di akhbar perdana.. rajin2 lah beli ye…

  38. memang sure la 12 mac ni result kuar eh..x sbr g lah..lau nk msk mktb bila dorg gtaw nk ambl stdnt eh?

  39. bila lah result mau kuar arhhhh…..harap2 bln mac lah….kekekekeke….
    takut ni…..hehehehehehhehehehehe….nak tgk result….

  40. takde ker mne2 website yg akan bg tau ble result spm nk kuar?

  41. buat amani, nrie, azyan,

    Result … apa yang pasti keputusan tetap akan keluar… cuma yang menjadi persoalan bila.. tapi bagi cikgu, bila itu tidak memainkan peranan penting… cikgu ada memberitahu sebelum ini, bila tidak penting tetapi apa selepas itu yang lebih penting…

    so, semua yang tertunggu keputusan SPM.. apa persiapan anda, kemana hala tuju anda semua.. atau biarlah dulu, bila result keluar baru nak fikir…anda sendiri penentunya…

  42. tp cuak gak la tungu rezult kua… cm nk mati pown de

  43. assalamualaikum.
    saya merupakan pelajar spm 2008 yang sedang menunggu result
    & saya mempunyai masalah untuk memilih jurusan apa.
    saya merupakan pelajar sains tulen.
    bm,bi,math,addmath,bio,phy,chem,ag,est,sej.
    saya telahpun mengisi borang matrikulasi.
    bagaimanapun,saya mempunyai masalah untuk mengisi borang upu fasa 2.
    terlalu banyak jurusan & U.
    & saya tidak tahu minat saya ke arah apa.
    abg2 saya kedua-duanya mengambil engineering.
    mechatronics & electrical engineering.
    saya tahu agak sukar untuk membantu masalah saya ini memandangkan saya meminta pendapat tentang pilihan jurusan saya sendiri.

    anyway,terima kasih kerana sudi membaca :)

  44. halo sifu,,,, sya nak kepastian tentang matriks dan form 6 dan IPTA.. sekiranya saya mendapat tawaran daripada yang tersebut di atas, mana satu yang harus saya pilih? yang terbaik? dan kenapa?

  45. Cherry91, saya tidak sepatutnya ditanya soalan sebegitu. Tepuk dada tanya keazaman. Terbaik? Tengok keupayaan dan cita-cita anda sendiri selain faktor kewangan. Kenapa? Sebab cherry yang nakkan peluang itu sendiri.

    Anda nak berjaya melalui laluan akademik? Jika ya kedua-duanya boleh membantu anda, tetapi faktor kejayaan adalah amat berkait rapat dengan ketersediaan, persepsi, kesungguhan, kesanggupan, kebolehan dan personaliti pelajar itu sendiri. Ia adalah faktor utama dalam pembuatan keputusan, bukannya faktor belajar di sekolah atau di kampus semata-mata.

    Ada pelajar dah muak dengan sekolah (kacang lupakan kulit), maka pergilah ke kolej. Ada pelajar yang risau masalah kewangan, maka sekolahlah tempat anda berteduh atau menumpang kasih. Selepas STPM atau diploma, masing-masing berpeluang ke ijazah dan di waktu itu, anda boleh bersaing antara satu sama lain.

  46. Fatin, dalam kes awak, saya nasihatkan awak pilih 10 utama dahulu, yang benar-benar anda sukai, bukan kerana anda yakin boleh belajar tetapi juga yakin ia boleh membantu menjayakan cita-cita atau kerjaya masa hadapan anda. Lepas tu, solat sunat isthikarah, mohon petunjuk dari Tuhan. Jika tak tahu bagaimana nak istikharah, silalah beli buku-buku yang berkualiti yang menunjuk cara kaedah dan doa-doa yang patut dibaca dalam solat sunat istihkarah.

    Mudah-mudahan Allah lapangkan dada dan pemikiran Fatin dan bila keputusan dah dibuat, Fatin yakin ia bakal menjadi asas kerjaya Fatin, 5- 6 tahun akan datang.

  47. cikgu..
    saya nak tanya…
    antara program matrikulasi dan asasi,mana lebih baik?

  48. Maryam,
    sudi-sudikanlah membaca dua tulisan ORIGINAL sifu tahun lepas (2008), tapi sifu percaya masih relevan untuk tahun 2009 ini.

    http://sifu2b.wordpress.com/2008/03/13/bagaimana-melanjutkan-pelajaran-selepas-spm/
    http://sifu2b.wordpress.com/2008/05/01/matrikulasi-atau-program-asasi-atau-diploma/

    PS : Ada orang dah ciplak (copy-paste ke blog dia) tulisan sifu ini dan langsung tak mention sumber asal. Kepada yang berkenaan, amalkanlah etika ber-weblog dengan sukarela.

  49. salam sifu~
    sy lepasan spm 2008.
    sy meminati bidang fisioterapi..yg mana patut sy pilih, asasi atau diploma??
    kawan sy cakap kalo ambik diploma, ijazah yg 4tahun tu boleh disingkatkan ke 2tahun? ada plak yg cakap disingkatkan jadi 3tahun..yg mana satu btol nie?
    kalo sy ambik asasi(1tahun)+ ijazah(4tahun)=5tahun
    kalo sy ambik diploma(3tahun)+ijazah(2tahun)=5tahun

    tunjuk ajar ku SIFU~

  50. Ashaari,
    Ia amat tertakluk kepada polisi institusi pengajian tersebut. Contoh, Jika anda peroleh diploma Fisio dari IPT A. Anda bakal lanjutkan pelajaran ke peringkat IJAZAH.

    IPT B iktiraf diploma IPT A dan tawarkan ijazah terus ke tahun dua, maka jika benar anda hanya perlu belajar 2-3 tahun.

    IPT C iktiraf diploma IPT A, dan syarat minimum 3.5 layak ke tahun 2. Jika benar demikian maka jika anda mempunyi CGPA 3.40 di peringkat diploma, maka anda harus belajar dari Tahun 1 lagi, tiada penjimatan tempoh pengajian di sini.

    So sila cari dan baca maklumat berkaitan fisioterapi di IPTA/S yang anda berminat, bukan sahaja maklumat diploma tetapi juga maklumat kemasukan ijazah. Jangan tanya sifu dimana nak cari, awak usahakan sendiri. Google atau cari buku panduan telefon dan hubungi IPT berkenaan.

    Semoga berjaya.

  51. salam,sifu….
    hmm…. kalu nak jd pensyarah (syariah) cam ne? unvrsti ape yg bgs???? usim k uiam k um?

  52. asalamualaikum cg…..
    sya lepasan pljar spm 2008…sya tk mletakkn sebarang harapan yg trlalu tinggi dlm keputusn sya nnti..tpi sya cuma nk brtanya slps menerima keputusan spm, kebiasaannya twrn2 dri pusat pengajian tinggi / twrn dri matrikulasi akn dterima dlm tempoh berapa hari,minggu atau bln ???

  53. Aziz,
    Malangnya persoalan anda amat diluar pengetahuan sifu. Umumnya ketiga-tiga adalah baik sebab anda bakal pensyarah. Yang penting adakah anda akan mementingkan diri atau turut menjadi pakar akademik demi agama, bangsa dan negara. Jika jawapannya adalah yang kedua, maka di mana pun anda berada, saya pasti pelajarnya akan mendapat manfaat dari anda.

  54. nurul,
    Kebiasaannya, selepas sahaja keputusan SPM diumumkan dan pelajar boleh mendapatkan transkrip keputusan dari Sekolah, maka peluang memohon secara online melalui lamanweb Kementerian Pengajian Tinggi adalah dalam tempoh 2 minggu. Maka dalam tempoh 2 minggu tersebut, pemohon boleh menentukan bidang yang ingin dipohon, mengubahsuai atau menukarkan permohonan. Selepas itu, hanya pengemaskinian maklumat peribadi sahaja dibenarkan manakala perubahan permohonan tidak boleh diubahsuai lagi.

    Selepas itu, hidup anda hanya menunggu. Dalam kebanyakan kes, awak boleh mengetahui keputusan panggilan temuduga dalam tempoh 1-2 bulan, dan jika IPTA tersebut tidak mengendalikan temuduga awal, maka anda hanya perlu menunggu sehingga bulan Jun. selepas itu panggilan kedua dalam bulan Julai-Ogos, dan begitulah seterusnya.

    Perlu dimaklumkan juga bahawa dalam kes permohonan ke politeknik, permohonan dan tempoh masa diberikan agak berbeza berbanding IPTA yang sedia ada. Sila rujuk maklumat melalui lamanweb berkaitan utk maklumat terperinci.

  55. sy nih bekas pelajar spm 2008.masalahnya,sy terlepas mengisi borang upu..borang matrikulasi dah isi dah tp tak pasti akan dpt nt…masih ada peluang tak sya mgisi borang upu untuk lepasan spm?

  56. agak lama tidak menjengah di sini… banyak persoalan yang dikemukakan oleh para lepasan SPM 2008 terutamanya…Semoga keputusan nanti akan beroleh kejayaan…aminn..

    Sebagai tambahan kepada semua,
    Ada yang bertanya apa hala tuju selepas SPM ni.. adakah je arah kedoktoran, kejuruteraan, pendidikan ataupun bidang lain?… Persoalan yang timbul akibat kurang pendedahan pelbagai kerjaya terbabit atau dalam erti kata sebenar.. masih tiada cita-cita.

    Untuk menjawab persoalan itu, sebenarnya anda semua boleh mengetahui kecenderungan anda dalam sesuatu bidang melalui Ujian Personaliti Sidek…. Di mana harus mendapatkannya…salah satu caranya, sila hubungi kaunselor sekolah lama anda untuk membuat ujian terbabit.. Dalam ujian itu, anda akan ditanya pelbagai persoalan mengenai diri anda sendiri..semua jawapan yang diberikan oleh anda kan menjurus kepada bidang yang sesuai dengan diri anda…Cg nasihatkan kepada semua dan terutamanya kepada yang masih kabur itu, gunakan masa sekarang untuk mengambil ujian terbabit..Usah risau, yakin kepada diri sendiri dan ianya adalah percuma…

    Cg juga mengambil ujian itu setiap 5 tahun sekali untuk memeriksa kecenderungan cg.. Hasilnya dari seorang Akauntan di sykt Koporat, cg sudah bergelar pendidik…dan cg rasa amat selesa sekali….

    Akhir kata, cuba lah..tidak rugi apa2…

  57. Terima kasih atas cadangan itu Cg Amri. Semoga pelajar lepasan SPM bersegera ke sekolah mendapatkan bantuan kaunselor berkenaan ujian itu.

  58. Elsa,
    boleh, sememangnya masih dibuka.

  59. assalamualaikum..
    saya brminat untuk melanjtkan pelajaran ke luar negara..masalahny, saya tidak tahu bagaimana utk memohon biasiswa untuk ke luar negara?

  60. Wan,
    Selalunya pelajar lepasan SPM yang berminat belajar ke luar negara boleh memohon biasiswa melalui tajaan biasiswa JPA/MARA. Walau bagaimanapun hanya pelajar cemerlang yang akan ditawarkan biasiswa berprestij tersebut.
    Selain dari itu, sifu pun kurang arif. Tetapi cuba lawati lamanweb swasta seperti shell, petronas dan sebagainya.
    Maaf kerana tak dapat nak bantu selebihnya.

  61. Wan,
    Selalunya pelajar lepasan SPM yang berminat belajar ke luar negara boleh memohon biasiswa melalui tajaan biasiswa JPA/MARA. Walau bagaimanapun hanya pelajar cemerlang yang akan ditawarkan biasiswa berprestij tersebut.
    Selain dari itu, sifu pun kurang arif. Tetapi cuba lawati lamanweb swasta seperti shell, petronas dan sebagainya.
    Maaf kerana tak dapat nak bantu selebihnya.

  62. assalamualaikum…
    saya nak tnya,betul ke org ckp kalau nk isi pilihan upu yg ada 8 pilihan tu,tak blh pilih yang sama je sume.cntohnye,dr 1-8 kite plh yg berkaitan perubatan je.kena pilih pilihan yg berbeza.betul ke?

  63. Izyan,
    benar begitu. Pastikan awak pohon pilihan berlainan. Ia bermaksud jika awak gagal dapat pilihan 1, maka awak automatically akan dinilai ke pilihan 2 pula, dan begitulah seterusnya.

    Dalam hal permohonan masuk ke IPTA, tak semua akan dapat pilihan pertama. Semakin baik prestasi anda dalam SPM 2009 ini, semakin cerah dapat pilihan 1, tertakluk kepada saingan dari pemohon lain pula.

    Sebagai contoh, calon aliran sains SPM yang memohon kedoktoran dengan 10 1A sudah tentulah lebih baik dari calon aliran sains SPM juga tetapi hanya ada 8 1A dan 2 2A. Andaikan hanya ada 1 lagi kekosongan bidang perubatan, maka sudah pastilah calon pertama akan dapat tempat, manakala calon 2 akan dinilai utk pilihan 2 pula.

    UNTUK MAKLUMAN PENGUNJUNG LAIN DI SINI. ARTIKEL DI ATAS DITULIS TAHUN 2008. TAK PERLULAH TERKEJUT. SILA BACA DENGAN TELITI PETIKAN AKHBAR DAN TAJUK ARTIKEL INI.

    TERIMA KASIH.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers

%d bloggers like this: