Prinsip Perakaunan

Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat pada asasnya memberi peluang kepada pelajar mempelajari simpan kira. Bersesuaian dengan keperluan industri, pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan empat diandaikan mampu menyediakan akaun-akaun di dalam buku catatan pertama, diposkan ke lejar, membuat beberapa pelarasan rutin tahunan, dan menyediakan laporan kewangan. Jika para pelajar menghayati proses pembelajaran dalam tingkatan empat, tidak mustahil pelajar ini mampu menjadi kerani akaun yang cekap.

Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima pula tertumpu kepada beberapa kemahiran asas berkaitan dengan perakaunan kewangan. Sebagai contoh belanjawan tunai didedahkan dalam tahun ini. Selain dari itu, pelajar juga didedahkan penyediaan akaun perniagaan perkongsian. Ini membolehkan pelajar, jika bekerja kelak, dapat memahami tugas mereka sebagai kerani atau pembantu pegawai akaun dengan lebih baik lagi dalam perniagaan perkongsian seperti firma guaman, firma perniagaan lain, dan sebagainya. Walaupun pendedahan tentang kemahiran itu tidaklah diberikan sepenuhnya berbanding jika pelajar mengambil LCCI secara langsung, tetapi sifu percaya ianya memadai bagi pekerja baru itu membiasakan diri dengan kerjaya berkaitan perakaunan.

Oleh itu, sifu ingin mengajak pelajar-pelajar yang sedang berada di sekolah dan mengambil subjek ini sebagai mata pelajaran elektif pilihan mereka, belajarlah prinsip perakaunan dengan jiwa terbuka, seronok, peka, rajin melakukan latih tubi dan semua nilai-nilai positif pelajar. Prinsip perakaunan bukan hanya sebagai satu mata pelajaran, tetapi ia juga satu kemahiran langsung yang diajar di sekolah secara percuma.

Pembelajaran yang seronok boleh dicipta sendiri oleh pelajar, atau bersama-sama dengan rakan dan guru anda sendiri. Sesiapa yang melawati blog prinsip perakaunan ini sudah tentu mempunyai keazaman yang setanding dengan wawasan diri kalian. Ia seumpama projek elearning atau epembelajaran (e-pembelajaran).

Kepada bakal calon SPM 2008, ketahuilah penguasaan kemahiran dalam tingkatan empat sangat relevan dan anda masih perlu menguasainya. Selamat maju jaya.

About these ads

37 responses

  1. adakah perinsip akaun ini di gunakan padda masa akan dataNG

  2. Ajen_virus, sudah tentu ada kegunaannya. Berbanding subjek lain, prinsip perakaunan yang dipelajari adalah satu bentuk kemahiran langsung. Jika AV dah pandai membuat akaun maknanya AV dah ada kemahiran membuat akaun, tak ada tapi-tapi. Seperti juga jika awak dah mahir menganyam, maka selama-lamanya AV mahir menganyam.

    Jikalau AV menjadi peniaga, memiliki perniagaan sendiri walaupun AV tak belajar ijazah perakaunan, sebaliknya ijazah lain, dengan asas prinsip perakaunan yang dipelajari, kami yakin AV akan ingat semula dan mampu menyediakan akaun perniagaan AV sendiri. Apatah lagi jika AV sememangnya minat subjek ini, tak mustahil AV akan menjadi akauntan atau auditor bertauliah yang cekap, amanah, dan bertanggungjawab. Itulah pandangan sifu.

  3. Habsah Mohd. Ibrahim

    Hello Sifu..

    Nak confirm bahagian penutupan akaun yang hanya mempunyai satu maklumat… Jika akaun yang mempunyai satu maklumat sahaja dan akaun tersebut tidak ditutup, adakah dikira betul untuk mendapat skor? Saya berasa kecewa kerana pelajar Tingkatan 5 yang saya ajar tahun ini kebanyakannya tidak tahu merekod langsung. Saya tak pernah diberi peluang mengajar Ting4. Setiap tahun kena ajar Ting5 saja. Rasanya saya dah tak cukup masa untuk ajar bab form 5 sebab terpaksa ulang balik bab ting.4…apa cadangan sifu?

  4. Habsah, cadangan saya bawa dlm mesyuarat panitia, dan minta spy awk turut diberi peluang mengajar T4. Susah-susah, guna sistem teach-n-carry (ahahah, acah aje tu). Takdelah, maksud sy ialah sistem pusingan. Guru A akan mengajar kelas yg sama bagi tmph 2 tahun dari T4 hingga T5. Lepas tu mula lagi ke bawa.

    Anyway, kalau pn habsah maksudkan utk survival exam, berdasarkan pgthuan saya setakat pengthuan saya sehingga saat ini, markah tidak dipotong kalau kalau pelajar tidak menutup akaun yang punya single item. Tak taulah pula di ambang 2008 ni. Kalau berdasarkan kebiasaan skema kita tak sediakan markah utk baki h/b dan baki b/b dlm lejar maka dari segi teknikal peperiksaan mrk boleh biarkan akaun lejar tidak ditutup. Tetapi ia akan menjejaskan markah dlm Imbangan Duga pula. Ini krn mkh imbangan duga boleh dipengaruhi oleh kiraan baki b/b di lejar, tetapi itu utk akaun yang mempunyai item lebih 1.

  5. Habsah Mohd. Ibrahim

    Terima kasih banyak atas nasihat sifu. Memang dah banyak kali dicadangkan untuk buat sistem pusingan tu. Masalahnya ialah cikgu Ting4 itu fobia dengan bab Ting5. Katanya susah. Dia sendiripun tak reti, katanya. Dia langsung tak berani ajar, takut pelajar gagal spm…haha. Tahu saja pelajar sastera. Maka saya terpaksa akur pada keadaan. Kena berkorban lah demi pelajar….

    Pasal penutupan akaun tu, jelas. Thank you so much.
    Ada satu soalan lagi saya nak tanya, sifu… Jika tiada akaun dibuka dalam lejar tetapi ada maklumat berkaitan dengan akaun tersebut dalam imbangan duga, layakkah dapat markah?

  6. Habsah Mohd. Ibrahim

    Oh ya… saya terlupa nak tanya. Jika no.invois tidak dicatat atau tidak ditulis dengan betul, adakah markah dipotong? contoh no.nota debit tidak ditulis N/D…bagaimana? hehe…
    sori banyak soalan…

  7. Cg Habsah, paksa dia, kalau terpaksa gunakan kuasa ketua bidang atau pengetua. Ini tak patut berlaku kerana semua guru perakaunan sepatutnya sentiasa bersedia membimbing pelajar persediaan peperiksaan awam juga.

    Tentang soalan cikgu, setahu saya markah dlm ID itu tak dapat diberikan jika akaun dlm lejar tiada. Ini kerana ID mesti berdasarkan baki dlm akaun lejar.

    Tak ada masalah memberi markah Jurnal Khas krn kelonggaran diberi, tanpa no. Invois/Nota debit masih boleh peroleh 1/2 markah bagi setiap urusniaga.

    Tapi mcm biasa, dlm sklh biarlah kita strict sebab kita ajar anak murid ke arah profesionalisme bidang perakaunan, tak ke malu kita bila diorang masuk diploma atau matrikulasi, dgn selamba diorang cakap “cikgu kami kata boleh”, atau “cikgu kami ta ajarpun”. Hiss, tak nak saya mendengarnya walaupun konfirm tak akan dengar (yalah, diorang dah di kampus, kita di sklh aja). hehehe

  8. Habsah Mohd. Ibrahim

    Haha…paksa? Pengetua dan Ketua bidang pun 2X5. Masing-masing tak mau keputusan menjunam. Kalau pengetua paksa dah tentu dapat bah.
    Sifu… thanks a lot for your guidance. Appreciate it so much.
    Saya ajar 3 kelas akaun. Salah satu daripada kelas tu memang sangat lemah. Nak ajar bab form5 memang tak confidence ni. Dah lah ramai pulak tu – 43 org. Apa nasihat sifu…?

  9. Cg Habsah, dalam kes kelas ramai itu, saya boleh cadangkan:
    1. analisis kekuatan sebenar cikgu sendiri dalam menghadapi 3 kelas itu
    2. setiap kali ujian/peperiksaan, terpaksalah cikgu juga menganalisis kekuatan pelajar secara terperinci. Maksud saya ialah, kenal pasti berapa/siapa jwb sln1 betul, siapa jwb soln 2 tak betul, dan lihat pattern kekuatan dan kelemahan pelajar kelas itu.
    3. Follow you guts, dan pilih topik yang minimum utk diajar kpd mrk. Pljr yang lemah akaun DAN mathematic selalunya tidak akan berkecimpung dlm bidang perakaunan sbgi karier, paling tinggipun pembantu pegawai akaun, atau pembantu kerani akaun. Utk itu, pastikan mrk menguasai topik-topik ptg spt perkongsian, kawalan tunai dan akaun kwln. Topik lain tak perlulah mrk ditekankan spt rekod tak lengkap, akaun sykt dsb.
    4. Latih tubi dan ujian soalan khas utk mrk. Jika boleh Cg sediakan 2 set soalan, Set A mgkn ikut format lengkap SPM, set B format minimum utk Kelas 3. Mgkn ia bleh membantu meningkatkan self-esteem mrk, tak pun menyakinkan mrk utk lulus atau kepujian 6C. Tapi cg sememangnya kena bersabarlah.
    5. Pemarkahan kelas pandai strict, tapi kelas lemah longgar ttp munasabah. Baik bukan utk mrk sebenarnya ttpi ia seakan ‘double-sword’. Jika pelajar pandai tahu dan kurang berdisiplin, mrk mgkin akan mengejek kelas 3 Cg krn walaupun kepujian ttpi tidak sebaik kelas pandai. Ini cg kena pandai rahsiakan dari mrk demi perpaduan anak-anak murid. Tetapi Cg pun tak boleh leka, just kerana ramai kepujian akibat markah longgar, krn cg sendiri maklum bhw ada kelemahan yang masih perlu diatasi utk mencapai kualiti SPM. Harap cg faham perkara 5 ini.
    6. Gunakan soalan ciptaan cikgu spy serasi dgn budak-budak tu.

    Saya hanya mengajar 2 kelas, satu aliran sains-ikhtisas dan satu lagi sastera ikhtisas, so dari segi penguasaan asas matematik tu kurang yang bermasalah. Jadi saya tiada pengalaman lengkap berbanding cikgu, tapi apa-apapun usaha cg sekarang sudah berjaya, krn sanggup mengajar banyak kelas. Mudah-mudahan cikgu akan menjadi GC yang benar-benar berkualiti. Pengalaman cg habsah itu lebih berharga dari pengalaman saya sendiri.

  10. Habsah Mohd. Ibrahim

    Woww…sifu. Cadangan yang sangat BERNAS. Thanks a million. Moga-moga Sifu dimurahkan rezeki kerana memberi bimbingan secara percuma bukan sahaja kepada pelajar malah cikgu yang kurang pengalaman seperti saya. Dan diBERKATI ALLAH segala usaha murni ini…AMIN! Tiada tempat untuk saya mengadu masalah2 PAK… nasib baik saya terjumpa blog ini.

    Sekarang saya berasa lega setelah mendapat tunjuk-ajar dari Sifu. Nanti saya kena buat laporan untuk Sifu…haha. Beri masa sehingga penghujung penggal satu nanti. Semoga semuanya berjalan lancar.
    Ya…saya setuju…kena rajin dan bersabar sikit.

    THANKS A LOT SIFU…

  11. Amin, doa anda sememangnya diharapkan. Terima kasih kembali kerana sudi melawat blog ini.

  12. salam sifu..sye nk tanya kalau akaun saya tak seimbang boleh ke sye terus kan buat kunci kira2 atau penyata pendapatan…tak ke salah maklumat nanti..??utk information saya student form 4 baru sampai penyata pendapatan,adakah lebaran kerja sangat penting???

  13. Deja,
    Boleh, tak ada masalah. Ia boleh imbang, tetapi dah tentulah nilai akhir itu tak akan sama dengan jawapan sebenar dalam skema rasmi. Deja masih F4 tahun ini, kebetulannya SPM 2009 masih lagi seperti tahun 2008 ini, maka PP memang masih penting. Lembaran kerja juga penting. Walaupun tak ditanya, kemahiran LK, jika dibuat dengan pantas boleh membantu menyelesaikan jawapan PP dan KKK. Kalau di U dulu, sememangnya kami dikehendaki menyelesaikan lembaran kerja sebelum menyediakan laporang kewangan (penyata pendapatan dan kunci kira-kira). kalaulah kemahiran itu dapat dilatih kpd pelajar, sebenarnya anda boleh disiapkan PP dan KKK dalam tempoh kurang dari 10 minit!

  14. ada tak akaun perdagangan dan untung rugi keluar dalam paper exam nanti??
    coz mcm tak famous sangat…sifu pernah tanda kertas SPM sebenar?

  15. Deja,
    Dari segi teknikal memang benar soalan penyediaan AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI, DAN KUNCI KIRA-KIRA tidak disoal tetapi kemahiran itu TELAH diuji melalui soalan penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Bezanya ialah format. SPM lebih fokus kepada format yang digunakan dalam laporan kewangan awam, iaitu format penyata.

    Tak pernah. harap tidak mengecewakan anda.

  16. sifu,
    kalau ada satu dokumen tak ada potong tunai atau cek..mcm mne sye nak tahu itu tunai atau cek contoh tunai/no.cek:667 saya agak macam cek coz ada nombor.

    thanks a lot sifu,

  17. sifu,
    sy plaja tingkatan 4 dan mengambil prinsip akaun sbagai subjek tambahan. sbnrnye ni 1st tym sy blaja akaun jadi macam2 yang sy xtau. sy sekolah di sebuah sbp n klas tuk prinsip akaun cuma sekali seminggu sebab cikgu luar yang datang mengajar. sy belum habis silibus untuk tingkatan 4 tahun ni dan takut x bole catch up utk spm nex yer. sy nk mtk pndpt sifu sama ada patut x sy drop sbjek prinsip akaun spya x jejaskan result sy yg laen?? sy berminat nk ambil lcci nnti wlupn xbrape psti kgunaannya n cita2 nk jdk akauntan. sy nk mtk pndpt sifu. n ptt x sy ambil tuition wktu cuti skola ni??

    tq.

  18. sifu….
    tolong lah saye yang x tau pasal akaun langsung nie….
    skrg saya akan mulakan sam 2 di uitm.masa sekolah menengah sy x blajar langsung pasal akaun sebaB sy kelas vokasional…

    sam akan dtg nie sy akan belajar asas perakuannan…jd sy nk lar sikit knowledge sblom kelas nanti…..ape cadangan sifu???bagi tunjuk ajar ciket ye!!!
    tq

  19. salam sifu……
    result spm 2008 saya kurang baik.bm,mat,pi b4,sej-5c, fiz,bio,kim,est, addmath -8e, bi-7d,. kalau saya ambil dip. perakaunan walaupun tiada basic boleh ke?? atau dip. computer system & networking boleh tak?? semua kat ipts. tapi ramai org kata kalau x dak basic macam a/c susah???? kalau system networking pulak pun orang kata susah….saya perlu nasihat sifu….tkasih…

  20. Zakry,
    Jika ada kemahuan pasti ada jalan. Jika Zakry telah menyedari untuk berubah maka Zakry pasti boleh. Ramai orang yang belajar akaun tanpa basic di peringkat SPM, boleh juga menempuhnya dengan baik mahupun cemerlang. Oleh ifu, sifu percaya, dengan kesedaran sedia ada yang ada pada Zakry, tak mustahil Zakry menjadi orang baru yang bukan hanya pengumpul keraguan tapi pencipta keyakinan dan kejayaan diri.
    Sifu cadangkan, jika anda yakin ibu bapa/penjaga mampu membantu anda dari segi kewangan, maka teruskan dengan mana-mana bidang yang anda pilih tadi. Sifu lebih suka perakaunan, tapi bidang ICT juga sifu suka. Awak akan belajar ilmu baru, benda baru, dan di suasana baru. Alasan yang dicipta oleh orang lain tidak seharusnya dijadikan panduan. Jika susah, maka belajar lebih lagilah; jika tak de basic maka fokus dalam kuliah dan tutorial supaya subjek dan ilmu baru itu dapat difahami dengan lebih berkesan dan pantas.

  21. salam sifu,

    saya adalah guru baru dan mengajar prinsip akaun utk form 4. Saya ingin sangat tahu tips2 yang berkesan dalam pnp prinsip akaun agar pelajar2 yg lemah dapat menangkap apa yang saya ajar. Untuk pengetahuan sifu, pelajar2 saya, keputusan PMR mereka average C dan D…

    harap sudi membantu, sekian terima kasih

  22. Salam sifu,
    Jika dalam akaun perdangan direkod maka cukai belian dan diskaun diterima nak tulis kat mana DT ke KT?

    Terima Kasih.

  23. Cg Aishah,
    1. Anda sanggup bereksperimen? Anda sanggup ubahsuai silibus? Adakah anda selesa menggunakan buku teks?
    2. Ada sesetengah guru TIDAK menggunakan buku teks dan memberi nota semata-mata. Tetapi saya bukanlah orang sedemikian kerana saya tidak mahu disalahkan ibu bapa (mahupun pihak Jabatan) jika ada komplen, “apa ni, kasi buku teks tapi cikgu tak pakaipun”. Saya menggunakan 90% buku teks, kecuali tambahan soalan dari buku lain (tapi saya galakkan anda turut mengedar nota ringkas tambahan – contohnya yang disediakan melalui jasa baik Cg Sila – thank you cg Sila)
    3. Walau gunakan buku teks, awak boleh memaklumkan pelajar mana mukasurat yang relevan untuk sesi pengajaran anda dan mana yang perlu di baca terlebih dahulu atau dibaca kemudian. Saya wajibkan pelajar bawa buku teks ke kelas dan saya akan gunakannya, itu sudah pasti.
    4. Ajar perlahan-lahan – gunakan pendekatan MASTERI. Mungkin anda risau tak habis sukatan mengikut tempoh diberi, tetapi saya berpendapat, sukatan tak harus rigid. Jika pelajar lemah di bahagian pengkelasan, maka jika anda harus mengambil masa 3-4 minggu maka lakukan sahaja walaupun temph masa pengajaran ideal untuk topik pengkelasan ALEPHB tu 1-2 minggu sahaja (6-8 waktu mengajar).
    5. Bahagian BCP terutama buku tunai, gunakan soalan TERMUDAH yang boleh anda cari. Pastikan mereka mahir dahulu untuk membuat catatan dari dokumen ke BCP. Abaikan MEMO sehingga mereka selesa dengan JB, JJ, JPB, JPJ, JA, dan BT. Juga jika pilih keratan cek yang direct dan abaikan dahulu KONTRA.
    6. Jika pelajar dah kuasai BCP, ajar mereka pengeposan ke lejar dari Jurnal Am dan Jurnal Khas sahaja, baru BT. Sekali lagi gunakan soalan yang awak dah bincang sejak catatan ke BCP tadi.
    7. Jika perlu buat soalan sendiri, dan beri insentif kepada mereka dengan mengatakan soalan yang sama akan diuji dalam ujian untuk menilai tahap penguasaan mereka. Juga dalam peperiksaan, buat soalan yang menyerupai apa yang dibincang dalam kelas.

    Ini adalah tips-tips untuk anda spesifik mengikut andaian sifu berkaitan ‘CLIENT’ anda. Memandangkan majoriti mereka sederhana ke lemah, maka awak kenalah dahulukan ‘MASTERING’ berbanding ‘HABIS SILIBUS’. Anda akan dilihat guru tak efektif di kalangan pentadbir atau panitia, tetapi jika anda berjaya hasilkan pelajar yang faham dan mahir di sebalik kelemahan mereka, maka anda tetap berjaya, EFEKTIF, dan digemari oleh anak-anak murid.

    Oh ya, jangan rushing nak ajar Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira jika anak didik awak masih blur mana aset mana liabiliti. Gunakan sahaja imbangan duga yang telah disiapkan mereka sebagai pemula mengajar PP dan KKK.

    Ringkasnya beginilah RP anda bagi tempoh 7-9 bulan (mengikut tahap penguasaan anak murid anda):
    Apa itu akaun/simpan kira -> Kelas dan Kategori -> Dokumen Sumber -> BCP -> Lejar -> ID -> PP -> KKK. Bila anda yakin penguasaan mereka, barulah mengajar Pelarasan di akhir tempoh perakaunan.

    Itulah yang pernah saya lakukan dalam tingkatan 4 dahulu semasa mengendali kelas sederhana. Tak semua akan menjadi intan permata, tapi saya pasti sebahagian besarnya menjadi batu marmar yang berkilauan.

    JIKA ANDA RISAU DIPANGGIL OLEH PENTADBIR KERANA GAGAL HABISKAN SUKATAN, maka mungkin cadangan saya tak sesuai untuk anda. semoga berjaya.

  24. Ina,
    Akaun Perdagangan? Mudah sahaja.

    1. cukai belian – merupakan belanja kepada perniagaan tetapi belanja yang berlaku semasa membeli barang niaga (terutama dari luar negara).
    Catat di sebelah debit Akaun Perdagangan selepas BELIAN BERSIH.

    2. diskaun diterima – merupakan hasil yang diperoleh oleh perniagaan apabila melangsaikan hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil ini MESTI ditulis dalam Akaun Untung rugi sahaja, tak boleh ditulis dalam Akaun Perdagangan.
    Catat di sebelah kredit akaun untung rugi.

    Terima Kasih.

  25. salam sifu. em sy nak tanya bgaimana untk kita menghadapi soalan SCCI. sy tgok soalan dia susah sgat. cuak pulak sy nak SPM. hehe

  26. Khairul,
    Tak kenal maka tak cinta. SOALAN SCCI tak wujud, tapi LCCI wujud. Soalan dia tak adalah susah sangat, tetapi mencabar kebolehan pelajar. Di situ kita akan melihat di mana langit dijunjung, dan di bumi mana berpijak. Hanya dengan soalan sebegitu, pihak ‘bakal-majikan’ akan bertambah yakin dengan bakal pekerja yang memegang pentauliahan LCCI. Bayangkan jika soalan akaun hanya setakat bunyi begini, “Anda dikehendaki menyatakana apa itu debit dan apa itu kredit. selepas itu anda dikehendak melukis contoh dokumen sumber invois, resit rasmi, dan nota kredit.”

    Lepas tu, SEMUA CALON SPM berjaya mendapat 1A!!! Bukan sahaja pelajar akaun tak boleh percaya punya, SPM pun terus TAK ADA NILAI dalam negara dan luar negara, dan …… (bayangkan sendiri apa akan berlaku selepas itu).

    Demi memartabatkan lepasan SPM negara Malaysia generasi terkini di kaca mata pihak luar sana, maka usaha KPM mendapatkan anugerah sijil tambahan LCCI adalah amat bermakna, sama ada tersurat, mahupun yang tersirat. Bayangkan manfaatnya…. (bayangkan juga sendiri jika andalah antara individu yang berjaya cemerlang itu dan akan belajar di UK….)

  27. Assalamualaikum sifu, boleh tolong bagi saya list tajuk soalan LCCI sebab saya tak tahu apa itu soalan SCCI..

  28. Amir,
    soalan SPM ala-LCCI umumnya ada 4 tajuk utama:
    1. laporan kewangan milikan tunggal
    2. Perkongsian dan pembubaran perkongsian
    3. Akaun kelab dan persatuan
    4. rekod tak lengkap

    Soalan ala-LCCI setakat tahun lepas hanya diuji dalam Soalan 2 dan soalan 3 (kertas 2), dan dikatakan format yang sama diteruskan ke tahun 2009 ini, tetapi SPM 2010 ke atas belum dapat ditentukan.

  29. Salam sifu,

    Kalau saya buat penyata pendapatan mesti jawapan tak betul sbb saya masih tak faham dengan pulangan jualan dan pulangan belian……

  30. Tina,
    Nampaknya tak ada pilihan buat latihan dan hafal sahaja kedudukan di mana nak letak. dalam soalan format SPM, selalunya maklumat di beri secara langsung. Jadi Tina hanya perlu tulis di bahagian yang perlu.

    Contohnya,
    Jualan xxxxx
    – Pulangan Jualan xxxx

    Ingatlah Pulangan Jualan/Pulagnan Masuk mesti di bawah perkataan JUALAN, pulangan belian/pulangan keluar mesti di bawah perkataan BELIAN

  31. salam sifu…
    sy nk tnye ni..mcm mne nk lbih fhm tntng soalan 2 yg kne buat pnyata pndptan dan kunci kira2..sy x fhm dan x pndai nk buat solan tu..skrng ni sy tngktn 4..sy x thu nk buat mcm mne lg..tlg sy..

  32. Shakirah,
    Tahniah kerana dalam T4 ini pun awak dah mula mempertimbangkan kelemahan dan berusaha mengatasinya. Inilah yang dikehendaki.

    Jika awak pelajar di sekolah saya bertugas, sila jumpa saya terus, saya sudi membantu dan mengajar awak.

    Jika bukan (IP awak menunjukkan 118.xxx – Kajang?!), sifu boleh nasihatkan supaya anda berlatih soalan berkaitan menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira TANPA MAKLUMAT TAMBAHAN, dan bila dah cekap, barulah dengan maklumat tambahan.

    Juga antara cara efektif yang dilakukan oleh segelintir pelajar ialah mengulang salin format penyata pendapatan dalam buku teks banyak kali sehingga dan hafal (melalui gerakan tangan dan deria mata) kedudukan item-item dlm PP dan KKK.
    Selamat mencuba.

  33. salamm..sifu

    saya nk tnye bleh ke saya belajar asas akaun jike saya tak pernah amik jurusan tersebut…di tempat kerja saya mengendalikan sistem UBS..dan lame kelamaan saya berminat pule nak mempeljari asas akaun nni…tp bleh ke?
    di mane sumber yg bleh saya cari jike saya ingin cube mempelajarinya…
    harap sifu dapat membantu saya…
    sekian,terima kasih..wasaalm

  34. salia,
    Apa kata awak ambil LCCI level 1 dahulu. Tetapi LCCI gunakan MYOB dalam silibus mereka.
    Jika tak nak mendapatkan tauliah sijil, Salia masih boleh pelajari akaun dengan membaca buku asas perakaunan, seperti buku rujukan SPM terkini atau dapatkan buku lain dalam bahasa inggeris yang terdapat dalam pasaran.

  35. Prinsip akau perlu ambil sekali dengan ekonomi asas ke?

  36. Tak semestinya. tetapi lagi baik.

  37. assalamualaikum.
    kalau sewaktu SPM saya tidakmengambil subjek akaun.tapi saya nak masuk ke matrik aliran perakaunan.boleh ke?dekat matrik dia ajar basic semula kew?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 145 other followers

%d bloggers like this: