Sifu Anda Menulis

Sifu Prinsip Perakaunan SPM

Pelajar ambil akaun SPM dapat 2 sijil

DIkirim oleh sifu2b di Jun 26, 2007

Ada menonton berita semalam? Berita baik untuk pelajar-pelajar Perakaunan SPM, mulai tahun hadapan, calon SPM yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM berpeluang diktiraf badan profesional.

Berikut adalah petikan dari Berita Harian (26 Jun 2007)

SEPANG: Pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan berpeluang memperoleh sijil tambahan diiktiraf badan profesional tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan apabila program ‘dua pensijilan’ diperkenalkan mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sijil tambahan dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) itu akan memberi kelebihan kepada pelajar yang sudah memiliki kemahiran asas dalam bidang perakaunan, bersaing dalam pasaran pekerjaan.

“Program ‘dua pensijilan’ ini membolehkan pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan memilih untuk mendapatkan sijil tambahan daripada satu atau kedua-dua badan terbabit iaitu ACCA dan LCCI sekiranya mereka mencapai tahap gred SPM dan Bahasa Inggeris yang ditetapkan tanpa menduduki peperiksaan tambahan.

Berita lanjut di sini. (Link baru-24042008-link lama, Berita Harian sudah tak aktif)

Apa pandangan anda? Poskan komen anda di bawah.

85 Respons kepada “Pelajar ambil akaun SPM dapat 2 sijil”

  1. Nandhini berkata

    Hmm. Ini memang berita baik. Tetapi bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang telah mengambil subjek ini tahun lepas dan tahun sebelumnya. Ini memang tidak adil. Jika hendak distandarkan, lebih bagus jika pelajar-paelajar yang telah mengambil subjek akaun diberikan sijil juga tetapi sijil ini bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek itu. barulah adil bagi kami juga. Lagipun syllabus akun tekah menjadi lebih mudah berbanding dengan tahun 2003, di mana syllabusnya adalah semuanya subjektif. Jadi kami mempunyai kredit yang lebih tinggi untukmendapatkan sijil itu. Sifu, tolong pertimbangkan komen saya dan beri komen sifu pula terhadap komen yang diterima. Terima kasih

  2. Sifu2b berkata

    Nandhini, dalam hal ini, setiap pembaharuan selalunya akan memberi kelebihan kepada pelajar yang akan datang. Dari perspektif sifu, ia membolehkan pelajar-pelajar PAK akan datang mencipta peluang mengambil bidang perakaunan melalui laluan peperiksaan profesional, tetapi tidak semestinya mengambil bacelor/ijazah perakaunan di Universiti semata-mata.
    Komen nandhini sememangnya benar dari perspektif pelajar-pelajar terdahulu. Perlu diketahui bahawa kemungkinan besar pensijilan kedua ini tidak semudah diharapkan, kemungkinan hanya pelajar-pelajar yang memperoleh 1A atau 2A sahaja yang akan diberikan sijil ACCA/LCCI atau kedua-duanya. Penguasaan BI juga menjadi penentu, oleh itu advantage yang ada pada generasi mendatang tidak semestinya menggugat pelajar Akaun yang sedang belajar dalam bidang perakaunan di universiti atau IPT lain.

  3. ash berkata

    Adakah pelajar yang mengambil SPM pada tahun ini juga akan mendapat sijil itu?

  4. Sifu2b berkata

    Ash, jika berdasarkan laporan akhbar, ianya hanya diberi tahun hadapan.

  5. nazihah berkata

    saya tidak berapa setuju dengan melancarkannya pada tahun hadapan.ini kerana pelajar yang mengambil akaun pada tahun ini sudah diberitahu jadi mereka juga layak untuk mendapat 2 sijil.ini juga telah menyebabkan pelajar berasa terkilan.saya berharap ia dapat dilancarkan pada tahun ini kerana ingin mengambil peperiksaan ini memerlukan kos yang tinggi..

  6. sifu2b berkata

    Nazihah, mungkin KPM terpaksa mulakan tahun hadapan supaya calon SPM dari Ting4 dapat menyesuaikan dengan keperluan pentaksiran yang mungkin lebih ketat. Sehingga kini, kaedah penyemakan/pentaksiran SPM agak longgar (selesa) sehinggakan beberapa kebiasaan perakaunan boleh diabaikan. Ambil contoh, pemarkahan S1, baki b/b (baki akhir) tidak diberikan markah dan jika pelajar tidak menutup semua akaun, tetap diberi markah. Oleh itu, pada pandangan sifu, KPM seharusnya memulakan tahuna hdpn supaya sekolah-sekolah pertama yang terlibat (tidak semua sekolah terpilih untuk tahun hadapan-hanya 500 orang pelajar), dapat melihat keperluan pensijilan itu.

  7. syud berkata

    blh x siarkan contoh2 soalan lcci dan acca??
    saya juga turut serta program ini…

  8. sifu2b berkata

    Maaf Syud, saya tak ada pula koleksi soalan LCCI/ACCA.

  9. Cg Lama berkata

    Nazihah, tahun hanya tahun percubaan kerana banyak benda yang perlu diperhalusi dan diperbaiki manakala pelajar tahun ini yang diberi peluang tersebut akan dipantau sebanyak 7 kali dalam tahun bagi melayakkan mereka mendapat sijil-sijil tersebut. KPM memulakan tahun hadapan selaras dengan perubahan sukatan yang akan dilakukan pada tahun 2008.

  10. Farhunt berkata

    sifu~ ape syarat yg ditetapkan sebenarnya? subject akaun n bi je ke?

  11. sifu2b berkata

    Sifu sendiri bergantung kepada laporan media. Apa yang sifu tau itu aje yang diambil kira. Farhunt pernah tak dengar atau tahu apa itu CAT? CAT adalah singkatan untuk CERTIFIED ACCOUNT TECHNICIAN. Nak jadi CAT, kenalah ambil profesional exam, cth ACCA tawarkan CAT. Kena ambil paper 1 – 5 kalau tak silap. Sijil ‘kembar’ SPM nanti yang dianugerahkan oleh ACCA atau LCCI, akan membolehkan pemiliknya melompat terus ke paper 3. Paper 1 dan 2 adalah asas, foundation level. Tetapi kesemua exam dijlnkan dlm BI. that’s why, BI juga jadi syarat utk calon SPM. In fact, pelajar account di peringkat Ijazah juga terpaksa belajar dlm BI untuk semua accounting courses. Maklumat selebihnya sifu tak taulah.

  12. imah berkata

    BILERR SJIL TU AKAN DIKELUARKAN??

  13. sifu2b berkata

    Maaf imah, tak pasti pula sifu.

  14. Hani berkata

    cg,, tapi ada juga pelajar sekolah saya yang terpilih buat ujian tu termasuk saya.. kononnya kena pakai komputer,, betul ke? cg tau tak bila ujian tu diadakan sebab cg saya kata mungkin bulan 9 juga

  15. sifu2b berkata

    Tak silap sifu, bulan ni akan mula, tapi itupun sifu dapat tahu dari rakan guru.

  16. spm candidated 2007...ezza berkata

    bukan ker sijil nie akan diberi pada tahun….??
    dan keputusan spm tahun ini akan di umumkan pada tahun hadapan…

    adakah kami layak untuk dapatkan sijil itu…?? hopefully…

  17. sifu2b berkata

    Hanya sesiapa yang telah diberi perakuan untuk menduduki peperiksaan khas yang dikendali oleh pihak profesional spt ACCA dan LCCI. Hanya mrk, setelah dpt mrkh yang tertentu, layak diberi sijil kedua itu. Tak semua student dapat. Exam utk sijil ACCA/LCCI tak silap cikgu dah dijalankan.

  18. mona berkata

    cikgu, yg LCCI ni menggunakan bahasa apa? examnya mau guna komputer kah?

  19. ya lor... berkata

    Ckgu, saya ambil spm tahun ini.. tp kenapa saya kena pilih untuk ikut ni lcci exam pada 30/11/2007? bukan tahun depan baru mula kah?

  20. sifu2b berkata

    Ya Lor kalau sklh awk dah jalankan prgm 2 sijil tu, maka jika awk layak sememangnya awk akan terpilih mengambil exam itu. Tapi 30 Nov. 2007 bukankah hari tu exam kertas 1 (sblh pagi)? Awk pastika jadual awk?

    Mona, LCCI gunakan Bhs Inggeris. Saya tak pasti, tapi ada terdengar gunakan komputer juga. Mgkn saya silap.

  21. ya lor... berkata

    ya sifu, ckgu saya yang kata.tp kalau dalam bhs inggeris,saya rasa saya tak dpt jawab sebab dah biasa dgn BM..

  22. budak sabah berkata

    Sifu, bentuk soalan lcci tu mcm mana punya? mcm p.akaun juga kah? ckgu saya cakap keluar pasal dokumen, perkongsian& kelab dan prsatuan..sifu boleh tulis perkataan2 spt:ambilan, yuran tertunggak,……dll dlm dwibahasa kah? Saya amat memerlukan bantuan sifu la..Thanks…

  23. sifu2b berkata

    Budak Sabah, check this out, http://sifu2b.wordpress.com/2007/09/27/howto-get-ready-for-spm-in-7-weeks/#comment-732

  24. sifu2b berkata

    Ya Lor dan Budak Sabah, sptmana kata sifu sebelum ini, sifu belum peroleh maklumat rasmi ttg perkara ini, so sifu tak boleh nak katakan sama ada benar soalan dlm BI atau BM. Sifu cuma komen ia mgkn dlm BI sebab ACCA dan LCCI, sebagai sebuah badan antarabangsa sememangnya menggunakan BI sebagai bahasa pengantaraan mrk. Apa-apa pun, sila tanya guru anda, sudah pasti ia lebih maklum berbanding sifu. Sklh sifu blm terpilih menyertai program 2 sijil ini krn ia masih diperingkat percubaan. Pada fasa 1 spt ini, hanya sklh tertentu terpilih dan diberi peluang.

  25. budak sabah berkata

    Thanks a lot sifu, the info was very useful to me..You are really a great sifu..Thanks!!!

  26. eina berkata

    apa itu ACCA?

  27. sifu2b berkata

    Eina, ACCA stands for ‘Association of Chartered Certified Accountants’. Jika Eina nak maklumat lanjut, sila lawati http://malaysia.accaglobal.com/

  28. eina berkata

    thankz for the answer…blh sy nk tau apa fungsi ACCA dan maksudnye dalam bahasa melayu???

  29. sifu2b berkata

    Umumnya ACCA adalah salah satu badan atau organisasi profesional perakaunan bertaraf dunia. Melalui keahlian ACCA, anda berpeluang mendapat pengiktirafan profesionalisme spt juga badan di Malaysia iaitu Malaysian Institute of Accountant (MIA). ACCA lebih luas skop keahlian, dan memudahkan akauntan sesebuah negara diiktiraf tarafnya di negara lain. COntohnya akauntan malaysia yang juga ahli ACCA, boleh bekerja di UK secara profesional kerana keahlian ACCA turut diiktiraf oleh kerajaan dan agensi swasta di negara berkenaan.

    ACCA dlm bahasa melayu? Pertubuhan Berpiagam Akauntan Bertauliah, rasanyalah.

  30. safrina berkata

    blh tak saya nak tau apa fungsi MICPA dan maksudnya dlm bahasa melayu???

  31. sifu2b berkata

    Safrina MICPA sama aje spt organisasi akauntan lain spt MIA atau organisasi lain. Antara fungsinya ialah mengiktiraf taraf profesional seseorang anggota. Melalui keahlian, seseorang individu yang terlatih dlm bidang perakaunan terutamanya akauntan yang teleh peroleh tauliah, ia memberi nilaitambah kpd karier individu terbabit spt sokongan industri dari segi tangga gaji lebih tinggi, pengiktirafan kerajaan dan banyak lagi. MICPA ialah Malaysia Institute of Certified Public Accountant, Institut AKauntan Awam Bertauliah Malaysia.

  32. safrina berkata

    thankz a lot sifu..

  33. aziem berkata

    Assalamualaikum?kni sy berada dlm kebingungan..Ckg..perlukah sy mengambil subject add math?wajib ker x?untuk menjadi seorang akauntan yg berjaya..sy brharap agar ckg bg jwpn dgn segera….alhamdulillah….

  34. aziem berkata

    lg 1sy terlupa,mcm ner nk melanjutkn pengajian keluar negara???dengan subject akaun ini…

  35. sifu2b berkata

    Aziem, kalau ada ada mencari di internet kelayakan masuk Ijazah, syarat am ialah mesti lepasan STPM atau matrikulasi atau diploma dari IPT/Politeknik/atau kelulusan lain yang diiktiraf. So utk ke ijazah dlm negara, awak mesti masuk dahulu sama ada matrikulasi perakaunan/STPM dgn mengambil ekonomi/perakaunan STPM atau diploma perakauan (UiTM/politeknik/dll).

    Dah faham laluan yang mesti diikut? Okay, utk masuk matrikulasi, WAJIB ambil Matematik tambahan dan sekurang-kurangnya ___ (cari sendiri). Utk masuk STPM, tak de tak ape (tapi bila isi borang kemasukan ijazah nanti, subjek Mat. Tamb. tetap diminta, so tak ambil sekarang rugi). Utk masuk diploma UiTM wajib ada Mat.Tamb. Utk Diploma Perakaunan di Politeknik, mesti ambil Mat.Tamb.

    Ringkasnya, aziem mesti ambil Mat.Tamb dan usahakan dapat kepujian, manakala Matematik itu sendiri sekurang-kurangnya kepujian tertinggi.
    Okaylah sifu bagi link. http://apps.emoe.gov.my/mohon_matrik/min_o.cfm

    Kemasukan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) sesi 2008 nanti bagi lepasan matrikulasi perakaunan(petikan sahaja, sila baca lebih lanjut)

    Mendapat sekurang-kurangnya 5C pada peringkat SPM dalam
    mata pelajaran berikut: Matematik / Matematik Tambahan

    So, okay gak kalau tak ada Mat.Tamb, tapi nak masuk matrikulasi itu sendiri, mesti ada walaupun 7D. Adilkan.

    Tapi Aziem, itu semua kelayakan minimum. Dgn kata lain, kelayakan memohon, mengisi borang dan sbg. Tempat bagaimana? The best person wins. Jika ada 100000 tempat, tetapi pemohon layak termasuk kelayakan minimum ada 400000 pemohon, sudah tentu 100000 terbaik akan didahulukan mengikut ranking terbaik ke terlemah. Juga Adil, ya tak?

    Nak keluar negara, melalui pembiayaan sendiri atau pembiayaan biasiswa JPA? ah. Nak biasiswa mudah aje, SEMUA SUBJEK MESTI 1A/2A sahaja. Sila rujuk lamanweb jabatan perkhidmatan awam. Awak gerenti terkejut.

    Oh ya, walaupun aziem masih di SPM, tak salah meninjau peluang dgn melawati lamanweb Kementerian pengajian Tinggi sekarang http://www.mohe.gov.my/ selagi ada kesempatan. Jika boleh, save utk rujukan semula aziem offline. Ini kerana MOHE mungkin akan ubah layout sehinga sukar mencari maklumat selanjutnya.
    Itu aje nasihat sifu.

  36. aziem berkata

    Assalamualaikum sifu?kli nie sy nk tnye skit lar…sifu..berkaitan dgn bab bahagian jurnal.JB,JJ,JPJ,JPB..sy lemah lar dlm bhagian nie..just i hope that u cn give me some formula bout ths part..sy jga harap agar sifu dapat memberi penerangan yg memudahkn sy utk fham dlm part nie..sy minta tlg sgt dengan sifu…

  37. dyana berkata

    As’kum sifu. saya syukur sgt jumpa website ni.. sifu byk bantu saya dlm study prinsip akaun. saya ingin bantuan sifu mengenai syllabus prinsip perakaunan tingkatan 4 tahun 2008…sebab skarang saya sedang siapkan assignment untuk testing and evaluation. lecturer suruh saya buat ujian based on learning outcomes untuk tingkatan 4 bg subjek prinsip akaun tetapi bila saya search dalam website kementerian, xde pun. saya berharap sgt sifu beri tunjuk ajar yea.

  38. sifu2b berkata

    Bantuan apatu Dyana? Silibus ringkas tu boleh didapati di sini, http://www.sabah.edu.my/csm07003 dan sila klik bahagian sukatan pelajaran. Awak sedang buat apa? Ijazah pendidikan (Perakaunan) ke? Kepada semua, sifu baru dapat online hari ini. Sejak 2 Feb malam, streamyx terganggu, dan terputus terus. Lima hari kemudian, baru dapat, nasib-nasib.

  39. aishah berkata

    assalamualaikum…sifu..nak taye ckit..ari tu sya terlepas untuk mengisi borang matrikulasi….so..macm mane nak mohon?

  40. sifu2b berkata

    Aishah, tak taulah pula. Apa kata aishah hubungi sekolah dan rujuk secara langsung dengan pihak UBK sekolah. Maaf ye, sifu tak ada maklumat terperinci ttg perkara ini.

    Ttpi kalau tahun sebelumnya, permohonan akan dibuka semula slps kptsn SPM diumumkan. Sila hubungi juga pihak Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia jika aishah inginkan kepastian.

  41. dyana berkata

    Tq sifu..alhamdulilah sukatan pelajaran dari website tu dapat membantu saya. A’a..saya plajar tahun akhir Ijazah pendidikan…universiti tun abdul razak. lecturer ada bg tugasan buat kertas soalan untuk student. so..saya tercari2 sukatan pelajaran dr website kementerian sebagai panduan tp x provide plak. apa pun tq sifu.

  42. sifu2b berkata

    Dyana, selamat berjaya.

  43. nuralwani berkata

    kenape x mulai dr thun lepas ag??lau mula thun lepas gak bule ar sy dpt 2 sijil yg diiktiraf..huhu..plis ah mula thun lepas ar

  44. sifu2b berkata

    Nuralwani, sebenarnya ia sudah dimulakan tahun 2007 lepas tetapi sebagai masih diperingka program rintis. Hanya sekolah tertentu yang ditawarkan. Utk pengetahuan Nuralwani, syarat sijil kedua ini ada, antaranya, keputusan semua ujian/peperiksaan mesti kepujian (tak silap sifu sejak T4 lagi) dan BI juga cemerlang. So tak semua pelajar prinsip perakaunan akan semudah itu ditawarkan menduduki peperiksaan profesional LCCI/ACCA percuma itu. Hanya pelajar cemerlang keseluruhannya akan dibiayai oleh KPM.

    Jika Nuralwani berminat, anda juga boleh memohon mengambil LCCI/ACCA secara sendirian tetapi yuran peperiksaan hendaklah ditanggung Nuralwani sendiri.

  45. mila berkata

    adakah pelajar yand menduduki SPM pada tahun 2007 yang dapat keputusan A1 dalam prinsip akaun akan mendapat sijil kedua ini?

  46. sifu2b berkata

    Mila, tak. Hanya pelajar cemerlang yang ada ambil exam LCCI atau ACCA ketika tahun lepas. Ia bukan sistem automatik.

  47. VIVIAN berkata

    sifu2b, bilakah boleh dapat sijil itu dan mendapat keputusan itu???

  48. sifu2b berkata

    Vivian,
    sori sifu sendiri sedang mencari maklumat yang sama.
    Adakah Vivian ditawarkan menduduki kertas LCCI tahun lepas (bukan prinsip perakaunan SPM) dalam bulan oktober atau november tahun lepas semasa di sekolah? Jika ya, sila rujuk ke sekolah atau guru prinsip perakaunan anda. Sekolah sifu BELUM terpilih progam rintis ‘SIJIL LCCI/ACCA’ itu, maka sifu tak tau banyak perkara tentang sistem pensijilan kedua ini.

  49. Izah berkata

    maksudnye, sekola yg ditawarkn menduduki kerts lcci atau acca je yg akn dpt mengikuti dan mendapt sijil nie? owh.. jd kne tanye ckgu sylah mengenainya..maseh, sifu..

  50. mimi berkata

    sifu, saye baru lpas mendapat keputusan spm dan telah meng apply program professional (cat) di uitm. ttapi saya seorang pelajar aliran sains dan berminat untuk mengikuti program ini…adakah saya lyak? saya hanya mendapat a2 dalam matematik dan b3 dalam addmaths.

  51. sifu2b berkata

    Mimi,
    Program CAT adalah program profesional, UiTM hanya menyediakan kuliah, tetapi exam akan dikendali langsung oleh badan profesional yang berkenaan. Sifu kurang arif tentang itu, tetapi setakat sifu tahu sesiapa sahaja boleh memohon asalkan penguasaan BI adalah baik. Rasanyat awak tiada masalah kerana ianya tak memerlukan awak bersaing melalui UPU.
    Tahniah kerana berani memohon bidang trsebut.

  52. big joe berkata

    sifu blh tak memberi penerangan yang lebih detail tentang peperiksaan tmbhn (LCCI&ACCA) ini.

  53. sifu2b berkata

    Big Joe,
    Adakah maksud awak pelajar SPM? Setakat makluma terkini (tak rasmi sebab sifu belum hadiri apa-apa briefing atau kursus mengenainya), pelajar SPM 2008 ke atas tak perlu duduki exam berlainan, sebaliknya kertas jawapan pelajar akan disemak oleh dua pihak. Satu pihak oleh pemeriksa LPM untuk penggredan SPM dan selepas itu, pemeriksa dari LCCI atau ACCA akan semak semula kertas jawapan itu utk gred mereka pula. Sifu percaya jika perkara ini benar, maka prinsip perakaunan akan seperti BI dan 1119 (triple 1 9) yang mana utk gred 1119, pemeriksa lain yang akan semak kertas jawapan BI calon.

  54. Dahae berkata

    boleh tolong jelaskan apa itu LCCI dan ACCA???

  55. sifu2b berkata

    Dahae,
    Tak banyak yang perlu sifu jelaskan kerana maklumat itu mudah didapati diinternet.
    tetapi sifu boleh jelaskan bahawa pihak LCCI (London Chamber of Commerce Institute) dan ACCA (Association of Certified Chartered Accountant) telah menandatangani MoU dengan KPM berkaitan peningkatan taraf subjek Prinsip Perakaunan SPM kita. Apa yang berlaku ialah, mulai tahun lepas, pelajar-pelajar yang memperoleh gred cemerlang akan dapat pengecualian beberapa kertas kelayakan profesional. contohnya jika anda cemerlan 1A, anda dikecualikan dari menduduki peperiksaan kertas 1 dan kertas 2 LCCI. Jika anda mengikut program profesional LCCI, maka pelajar SPm tersebut akan dibenar terus menduduki peperiksaan Level 3 ke atas untuk layak menjadi Certified Account Technician (CAT). Lebih kuran macam tu. Keterangna lanjut tentang LCCI boleh diperoleh dari lamanweb mereka. Google sahaja kata kunci ini “LCCI Malaysia”. Juga untuk ACCA, google “ACCA Malaysia”.

  56. ZATIE berkata

    SELEPAS MENDAPAT DIPLOMA DARI LCCI DIMANAKAH MAHASISWA AKAN BEKERJA?

  57. sifu2b berkata

    Zatie,
    pertama sekali, lepasan LCCI tidak dipanggil mahasiswa, kecuali sifu ketinggalan zaman, hehehe. Kedua, pemegang kelayakan LCCI penuh dan memperoleh gelaran CAT (Certified Account Technician) akan bekerja dalam bidang perakauan seperti pembantu akauntan, ketua kerani akaun dan sebagainya. Malahan ada juga yang akan menjawat jawatan pembantu eksekutif akaun.

    Sudah menjadi kebiasaan bahawa mana-mana individu yang mengikuti laluan LCCI pasti akan bekerja dalam kerjaya berkaitan perakaunan.

  58. nur berkata

    hai….sifu,cikgu sy ada kata bahwa hnya belajar dalam satu semester sahaja di lcci sudah mdpt
    diploma…apa itu benar sifu????yg saya hairann cikgu sy kata selps dpt diploma tersebut kita sudah dpt membuat akaun sendiri jika ya di mana tempat tersebut dan berapa lama sifu kita buat akaun?? dan satu lagi selepas mendapat diploma tersebut adakah kita perlu sambung belajar di ipta/ipts?? sy tak fhm la sifu bole tak sifu jelaskan laluan tersebut???? ok la tan q sifu…..

  59. gheen berkata

    sifuuuuu…
    bleh tak kasi soalan sebenar prinsip perakauan SPM 2000-2003???
    saya amat memerlukannya…saya sudah ada kertas soalan dari 2004-2007

  60. sifu2b berkata

    Nur,
    belajar untuk kelayakan profesional LCCI adalah laluan lain. Pelajar yang pasti ingin menceburi kerjaya perakaunan sememangnya digalakkan mengambil kursus profesional seperti LCCI dan ACCA. Mana-mana individu yang berjaya melepasi peperiksaan LCCI yang tertentu layak dipanggil CAT (Certified Account Technician – Juruteknik Akaun Bertauliah) dengan tangga gaji yang ‘menawan’. dari segi pelauang pekerjaan, kelayakan penuh LCCI turut disamakan dengan pemegang diploma perakaunan tetapi dari pembelajaran, pelajar yang mengambil diploma perakaunan di IPTA/IPTS akan mengikuti kuliah dan tutorial serta peperiksaan yang diurus selia oleh IPTA.

    Individu yang belajar untuk LCCI pula ada pilihan untuk belajar sendiri dan hanya mengambil peperiksaan LCCI. Setiap kali mengambil exam, anda dikehendaki mendaftar dan membayar terus yuran peperiksaan yang boleh mencecah ratusan ringgit. Jika anda inginkan kuliah dan tutorial, maka individu yang bakal menduduki LCCI juga boleh berbuat demikian dengan mengikuti kelas yang ditawarkan oleh kolej swasta dengan yuran berlainan dari yuran peperiksaan LCCI.

    Dari segi pengiktirafan dan peluang mencari kerja, ramai individu diluar sana yang cenderung menyatakan individu yang memiliki kelayakan LCCI lebih diterima bekerja berbanding pelajar DIPLOMA Perakaunan. tetapi masih ramai juga orang yang peroleh kerja dengan memegang diploma. So awak fikirlah sendiri yang yang lebih baik untuk diri awak.

    Adalah disarankan agar semua pelajar yang memegang diploma perakaunan supaya meneruskan pengajian ke peringkat ijazah supaya kelayakan itu semakin tinggi. Pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah perakaunan di mana-mana IPTA atau IPTS yang menawarkan program tersebut. Malahan jika anda mempunyai kelayakan yang sesuai, anda juga boleh cuba memohon mengikuti program lanjutan profesional termasuk juga ACCA.

  61. sifu2b berkata

    Gheen,
    Soalan SPM sebenar? Cuba download soalan ini dari Blog Perakaunan Cikgu Narzuki atau melalui link ini . Ada banyak lagi bahan lain yang boleh dimuat turun di blog berkenaan di bahagian B-Muat Turun Bahan. Anda digalakkan menerokanya sendiri.

  62. nizam berkata

    salam…
    sifu..saya nk tanya tntg (acca) ni..
    adakah di mana-mana universiti menawarkan (acca)?
    dan utk program akaun ni,,kt universiti mne yg bgus?

  63. sifu2b berkata

    Nizam,
    ACCA tak ditawarkan di mana-mana IPTA sebagai program khusus. Ia adalah satu program profesional perakaunan yang diurus oleh pihak ACCA sendiri. Walau bagaimanapun, anda boleh mengikuti program profesional kelayakan ACCA di UiTM dimana UiTM menjadi tempat pembelajaran, tutorial dan tempat mengambil peperiksaan mengikut jadual ACCA Malaysia. Pengiktirafan dikeluarkan oleh ACCA sendiri, bukannya UiTM.

  64. sTuDenT sMK liKaS berkata

    sAlAm sIfU..
    sIfu,di sini saya ada satu persoalan..
    Adakah benar pada SPM 2009 ini, terdapat kertas 3??
    Jika ada, adakah ianya dapat membantu pelajar untuk lulus??

  65. Tya berkata

    Bermula SPM 2009, PA dipecahkan kepada 3 kertas. Kertas 1, 40 soalan – 20%. Kertas 2 – Subjektif, bahagian A 3 soalan jawab 2 dan bahagian B 2 soalan jawab 2, 60%. Kertas 3 (20%) adalah projek paper – kitaran perakaunan yang lengkap.
    Taklimat telah diberikan di KK pada 18 november 2008. Persoalannya menjadi keliru di antara guru-guru, tentang soalan projek paper.. Bila mua mula? Ada sekolah da mula, ada yang kata sehingga LPM antar soalan? Sifu da dengar apa2 ke tentang hal ini?

  66. sifu2b berkata

    Student SMK Likas dan Tya,

    Mungkin anda dah dimaklumkan guru pada saat ini, tetapi sifu tulis aja di sini untuk pengetahuan yang lain-lain.

    BATCH SPM 2009 masih mengekalkan format peperiksaan SPM seperti tahun-tahun sebelumnya. Prinsip Perakaunana akan ada 2 kertas sahaja. Begitu juga silibus mata pelajaran, masih seperti yang sedia kala.

    Semua sekolah menengah telah atau akan mengetahui perkara ini dalam tempoh terdekat melalui surat pekeliling yang telah dikirimkan kepada semua sekolah-sekolah menengah yang menawarkan subjek prinsip perakaunan.

    Untuk itu, fokus kepada strategi peperiksaan SPM 2009 seperti yang sepatutnya. K1 masih 40 soalan objektif – 405, dan K2 masih 6 soalan, 80%.

    Apa-apapun baca kandungan surat rasmi LPM nanti.

  67. alcal berkata

    hi sifu,
    a)boleh sifu menerangkan kepada saya bagaimana pemarkahan dalam kertas 2. misalnya q1 markah penuh 25%. jika saya tidak dapat habiskan soalan ini ataupun tidak mendapat jawaban yang betul pada akhirnya. adakah saya diberikan markah atau terus diberi ” 0 ” untuk soalan ini.

    b) bolehkah sifu terangkan apakah yang dirangkumi dalam kertas 3?

    tq

  68. Smarties berkata

    salam…
    1)sifu ada berkata bermula pada spm 2008,prinsip akaun akan dinilai dalam dua gred; gred kebangsaan dan gred LCCI-ACCA…adakah kedua-dua gred ini akan ditunjukkan di dalam slip keputusan spm seperti bahasa inggeris yang juga ditunjukkan dalam dua penilaian; gred biasa dan GCE-O level..
    2)bagi penilaian gred LCCI-ACCA,boleh sifu terangkan bagaimana ia dinilai serta penentuan grednya?
    tq vry much…

  69. sifu2b berkata

    Alcal,
    Tidak ada kertas 3 utk tahun 2009. Mungkin hanya bermula pada SPM 2011.

    Markah diberi mengikut apa yang betul. So jika salah sikit-sikit, maka hilanglah markah sikit-sikit. Hubungi guru anda utk kaedah markah yang betul.

    Smarties,
    Tidak. Ia tidak ditunjukkan dalam slip SPM. Itu saja apa yang sifu tahu. Setakat makluman yang ada, pelajar yang inginkan sijil dari LCCI atau ACCA, ia boleh diperolehi dengan syarat membayar sejumlah wang (LUPALAH BERAPA) kepada pihak berkenaan, dan sijil ACCA/LCCI akan dihantar kepada pelajar berkenaan. penentuan gred? Sifupun kurang arif secara terperinci. Namun secara umumnya, pemarkahan ada dua skim, skim SPM biasa dan skim markah ala LCCI utk soalan tertentu sahaja. Markah utk LCCI akan fokus kepada soalan yang ditetapkan itu, mengikut maklumat terdahulu, S2 dan S3 akan dinilaia mengikut skim markah LCCI/ACCA. Tetapi pelajar yang inginkan kecemerlangan secara ikhlas tak perlu risau. Marking tu hal guru pemeriksa. Jika jawapan anda tepat, akan tetap dapat markah 100% walau apa pun skim markah yang digunakan. Tetapi jika pelajar kurang mahir dan suka meneka-neka, maka memanglah ia menjadi asas keraguan dalam hidup.

    Try your best to do things perfectly.

  70. Smarties berkata

    salam…
    1)saya telah membuat soalan spm 2008 milik abang saya..memang saya akui S2 dan S3 agak sukar,sy memohon jasa baik sifu untuk meletakkan skema jawapan bg kdua2 soalan trsebut di dalam blog ini..sy sudah cuba beberapa kali membuatnya,tetapi tidak pernah mendapat jawapan yang ‘perfect’,kunci kira2 saya masih tidak seimbang..
    2)bagi penyediaan kunci kira2 untuk syarikat berhad (bhg ekuiti pemilik),di bawah title ‘MODAL DIBENARKAN’,,katakan saya telah meletak butir saham keutamaan dan saham biasa pada nilai respective nya..jika saya tidak totalkan nilai ’saham keutamaan dan saham biasa’ dan tidak meletakkan double line di bawah total ini…adakah saya masih mendapat markah penuh?
    3)lagi satu,untuk mendapat sijil LCCI-ACCA tu,saya perlu mendapatkan 1A/2A bagi gred kebangsaan ataupun gred LCCI?
    Maaflah banyak sangat tanya,saya merupakan pelajar sciencetream yang melakukan self-study sahaja utk akaun tahun ini,jadi agak mencabar..harap soalan saya clear.. thanx sifu…

  71. sifu2b berkata

    Smarties, Maaf sebab lambat respon. Sifu dah minta bantuan pelajar T5 dalam kelas yang sifu ajar utk dapatkan soalan SPM 2008 lepas. Insyaallah bila dah dapat soalan tu, sifu akan selidiki dan akan cuba buat jawapannya utk rujukan anda dan rakan-rakan smarties yang lain. Senyum-senyum selalu.

    I’m sori!!! (cuba baca macam Amir)

  72. SAIFUDDIN berkata

    SAYA NAK TANYA..KEPUTUSAN SPM SAYA AGAK MENDUKA CITAKAN…SAYA HANYA MENDAPT.

    PRINSIP AKAUN 3B
    BAHASA MELAYU 4B
    PENDIDIKAN ISLAM 5C
    SCIENCE 3B
    MATEMATIK 3B
    BAHASA INGGERIS 8E
    SEJARAH 5C
    MATEMATIK TAMBAHAN 8E
    PERDAGANGAN 7D

    SAYA NAK MINTAK PANDANGAN SIFU..SAYA BERMINAT UNTUK MENYAMBUNGKAN PELAJARAN SAYA DALAM BIDANG AKAUN..PE PILIHAN YANG TEPAT UNTUK SAYA..SAYA HARAPKAN PANDANGAN SIFU DAPAT MEMBANTU SAYA..TERIMA KASIH…

  73. C.C berkata

    SAYA PELAJAR SPM 2008 ,BARU DADAT KEPUTUSAN SPM ,SAYA NAK TANYA SIFU ;PRINSIP PERAKAUNAN SAYA DAPAT 1A ,TETAPI SEBELAHNYA ADA MENYATA LCCI GRADE ”4”,APA MAKSUDNYA?? SERTA BAHASA INGGERIS SAYA DAPAT 8E ,ADAKAH SAYA DAPAT 2 SIJIL LCCI & ACCA??

  74. pakmat tempe berkata

    macam maner nak masuk ker jpj gb lepasan spm,aku da x sabo nie,..cpt la bg tau aku cm ner nak online,..kalo ko syg aku ko tlong bg tau aku ler k,..bley ker x,…

  75. sifu2b berkata

    Saifuddin,
    PERTAMA, JANGAN TAIP HURUF BESAR KESEMUANYA. IA ADALAH CARA MENUNJUKKAN TANDA EMOSI MARAH.

    Sifu sarankan awak ikuti program diploma perakaunan di Politeknik, dan mungkin jika gagal dalam ambilan Julai, mohon lagi dalam ambilan Januari. Ambilan kali kedua selalunya lebih mudah berjaya.

    Selain dari itu, IPTS yang ada tawarkan bidang perakaunan layak anda mohon. Juga LCCI.

    C.C,
    PERTAMA, JANGAN TAIP HURUF BESAR KESEMUANYA. IA ADALAH CARA MENUNJUKKAN TANDA EMOSI MARAH.
    Kedua, mungkin juga awak tak dapat sijil kedua tu sebab BI awak tak kredit, atau sebab gred LCCI awak hanya 4. Sebenarnya sifu pun masih mencari jawapan tentang sijil LCCI ini.

    Pakmat Tempe,
    maaflah, saya tak tahu hal ehwal JPJ GB tu.

  76. dee berkata

    dear sifu2b,
    sy br dpt result spm..
    akaun saya dpt A2, LCCI sy dpt 2,
    b.inggris sy dpt A1, tp GCE-O sy dpt 3B..
    Adakah sy layak mndapt kedua-dua sijil(LCCI&ACCA)??
    ataupun sy perlu ambl apa2 exam untk dpt 2 sjil ini?
    apakah GCE-O??

    sifu2b, sy mendpt panggilan temuduga PILN JPA pd 2hb april ini..
    saya mintak course perakaunan..sy ingin menjadi pensyarah dlm bidang perakaunan..
    masalahnya sy tidak berapa tahu tentang peringkt2 yg perlu sy ambil..
    contonya selepas spm perlukah sy membuat diploma atau ijazah sarjana muda & etc??
    apa itu chartered accountants??
    apa perlu sy jwb jika pihak interviewer brtanya”what is the starting pay u expect for your job??” dan “which country(uk or Australia) do u like to study in and y?”
    boleh x sifu2b beri pandangan tentang perbandingan belajar di dua2 negara tersebut?

    tq..

  77. dee berkata

    apa itu sijil profesional perakaunan??
    sijil LCCI & ACCA ke??
    kalau pljr lepasan spm sdh dpt,laluan mana yang perlu diambil pula??
    saya apply uitm untk course diploma perakaunan & diploma sistem maklumat perakaunan.adakah plihan sy betul??
    apa beza antara course diploma perakaunan & diploma sistem maklumat perakaunan ?
    course perakaunan x ada asasi ke mcm asasi undang2??

  78. sifu2b berkata

    Dee,
    Ya anda sememangnya layak utk dapatkan sijil LCCI itu. Sila isi borang memohon sijil LCCI dan sediakan bayaran RM25. Awak dikehendaki menyerahkan borang dan wang RM25 kepada pihak sekolah. Selepas itu tunggu dalam tempoh 1 bulan utk mendapat sijil LCCI tahap 2 itu. Tahniah.

    Oh ya, jika ada masa, sila muatturun borang dapatkan sijil LCCI. BOleh muatturun di LCCIAsia.com atau pergi ke blog rakan sifu, perakaunan.wordpress.com. Cg narzuki ada sediakan link utk muatturun borang utk diisi dan diserah ke sekolah asal anda.

  79. pelajar spm berkata

    Erm….. memang sy ada bce artikle ni….. sy juga antara pelajar yang agak cemerlang dengan memperolehi beberapa termasuk AI dalam subjek perakaaunan… Bukan bangga diri taw.. Jangan salah faham… Erm,sijil 2 sebenarnya dikeluarkan untuk pelajar spm tahun 2007 or 2008 …? Sy bce paper pown just sepintas lalu jew mase 2… Jd x persan mane laaa….

  80. joe berkata

    sifu…sy dpt A1 dlm p.akaun..
    tp nape sy dpt gred 5 dlm lcci!!!
    satu lg sy dtwarkan program cat-acca uk kat kptm..
    boleh ker smbung acca kt uk lpas tamat cat dgn tajaan mara

  81. sifu2b berkata

    Joe,
    LCCI gred 5 tu maknanya lulus dengan kepujian dalam bahasa. Jika BI SPM awak lulus 6C ke atas (betul ke ni?), awak akan dapat LCCI gred 2.
    Setahu sifu, KPTM hanya anjur fokus kepada CAT-ACCA dan ACCA di dalam Malaysia sahaja, tetapi pelajar tersebut akan diiktiraf seantero dunia.

  82. fida berkata

    ckgu,sy x berape pandai dlm sbjek bahasa inggeris tp sy dpt result prinsip perakaunan cmerlang…
    mcm ane dgn sjil sy nnti???
    adakah dia akn menjejaskn sjil sy???
    tlng bntu sy slesaikn msalah nie…..

  83. sifu2b berkata

    Fida,
    Gred LCCI yang akan tertera bagi pelajar lepasan SPM yang cemerlang akaun tetapi lemah BI ialah 4 hingga 6. Sila rujuk pos terdahulu sifu, http://sifu2b.wordpress.com/2009/03/21/makna-gred-lcci-dalam-slip-keputusan-spm-2008/

  84. zaiful berkata

    sifu..boleh sifu memberitahu tajuk yang penting bagi tahun 2009.

  85. sifu2b berkata

    Zaiful,
    Tajuk penting ialah semua bab yang tersenarai dalam ‘Anchor Item’. Lepas tu sifu cadangkan awak juga berlatih/belajar bab Kos pengeluaran, penyata penyesuaian bank dan/atau belanjawan.
    Oh ya, sudah pastilah dokumen sumber akan keluar sebagai soalan 1.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>