Sifu Anda Menulis

Sifu Prinsip Perakaunan SPM

Arkib bagi Bulan Jun 2007

Pelajar ambil akaun SPM dapat 2 sijil

DIkirim oleh sifu2b di Jun 26, 2007

Ada menonton berita semalam? Berita baik untuk pelajar-pelajar Perakaunan SPM, mulai tahun hadapan, calon SPM yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM berpeluang diktiraf badan profesional.

Berikut adalah petikan dari Berita Harian (26 Jun 2007)

SEPANG: Pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan berpeluang memperoleh sijil tambahan diiktiraf badan profesional tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan apabila program ‘dua pensijilan’ diperkenalkan mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sijil tambahan dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) itu akan memberi kelebihan kepada pelajar yang sudah memiliki kemahiran asas dalam bidang perakaunan, bersaing dalam pasaran pekerjaan.

“Program ‘dua pensijilan’ ini membolehkan pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan memilih untuk mendapatkan sijil tambahan daripada satu atau kedua-dua badan terbabit iaitu ACCA dan LCCI sekiranya mereka mencapai tahap gred SPM dan Bahasa Inggeris yang ditetapkan tanpa menduduki peperiksaan tambahan.

Berita lanjut di sini. (Link baru-24042008-link lama, Berita Harian sudah tak aktif)

Apa pandangan anda? Poskan komen anda di bawah.

Dikirim dalam Umum | 85 Komen »

Pre-Exam Series – Modul 4 Ramalan SPM set 1

DIkirim oleh sifu2b di Jun 18, 2007

Modul 4 Pre-Exam Series telah diedarkan diblog ini. Saiz fail pdf ini agak sederhana besar, 2Mb, so bersabar aje ketika memuatturun fail ini. Lawati muka surat ini, http://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

Dikirim dalam Pre-Exam Series Q&A | 2 Komen »