PRE-EXAM SERIES – SOALAN DAN JAWAPAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Alhamdulillah, saya berjaya mencuri sedikit masa untuk merealisasikan projek ini. Walaupun tak seberapa tetapi saya yakin pelajar-pelajar bimbingan saya akan mendapat manfaat daripada usaha ini. Kepada pelajar-pelajar sekolah lain, saya juga yakin anda semua akan dapat menggunakan modul PES ini dengan sebaiknya. Hubungi juga guru anda untuk mendapat respons sebaik-baiknya dari mereka.
MODUL 1 ini menumpukan kepada soalan dokumen sumber dan soalan laporan kewangan untuk syarikat perkongsian. Saya tahu pelajar-pelajar saya sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula Isnin depan. Oleh itu, anda digalakkan turut menggunakan modul 1 ini untuk ulang kaji. Jawapan juga disediakan supaya awak boleh menyemak jawapan awak sendiri.

Muatturun sekarang Pre-Exam Series – MODUL 1 (fail pdf-anda mungkin memerlukan Acrobat Reader)

Selamat Berjaya

Tambahan : Lawati juga pos ini untuk Modul-modul Lain dalam siri PES.

About these ads

18 responses

  1. sifu,sy mnt sgt acc..wpun sy agk kecewa krna mdpt 2A utk acc dlm spm 7 tahun lalu tp kekecewaan itu sedikit trubat bile sy mndapat tawaran matriks acc,tnpe bfikir pjg sy trime wpun pd mulenye sy mnyimpan impian utk mnunggu tawaran uia.skrg sy br bmule utk kumpul pengalamn mngajar pa di sebuah pusat tuisyen.sy baru sj cube mneliti soalan modul 1. utk dokumen 7 knape kite tidak terus rekod lengkapan utk debit n bank utk kredit? knape prlu bkk lejar utk akaun kedai elektronik ramesh? tidak kah itu akan mngelirukan pelajar?

  2. maafkan sy,bkn dokumen 7 tp dokumen 5..hrp dpt pjelasan dr sifu,sy ade klas pd hr khamis ni =)

  3. sifu,abaikn ape yg sy tny ye..td sy blm abes jwb soalan tp sebok nk tny sifu =) sy dh cbe jwb balik n dh phm,blh la sy mngaja dgn pnh kyakinan!

  4. Okay. Kerja apa sekarang?

  5. erm kje krani acc kt private cmpny tp skrg tgh cari kje yg better lg,stil anta resume kt mn2 ade kje..tiap2 mlm isnin n jumaat sy mngaja maths n pa kt pst tuisyen =) sy fanatik sgt dgn acc,stkt ni sy sorg je dlm femli yg amek bidang acc..yg lain sume sains,studen skrg sng kn sume ade kt internet..dlu sy nk cari rujukan acc online cukup pyh!

  6. Ya jaa, sesuai dgn zaman masa kini. Untuk pengetahuan jaa, sifu baru je mulakan blog ini tahun lepas, 2006. Itupun sbb sukar nak mencari bahan PAK di internet. Terfikir pula, daripada nak buat lamanweb, baik lagi cuba blog, lagipun lebih kepada perbincangan dan nak distribute soalan dan cdgn jawapan kpd anak murid sendiri. Kerap kali di suruh cari bahan di internet, anak murid komplen, sedangkan bahan sesuai tak byk. Betul juga, so sifu mulakan blog ini. Saya harap jaa pun, bolehlah sumbang-menyumbang, soalan ke atau jawapan ke, tips ke. Tak pun buka blog sendiri, senang skrg ni.

  7. sifu,utk klas tuisyen sy ade 9 org..5 drpdnye f4 dan 4 lagi f5,4 org dr f4 tu adalah bdk2 cine..cmne care yg tbaik utk sy ajar pa utk klas yg begini? kalau sume nye f5 sy rase lebih sng utk mberi latih tubi soalan bbntuk spm dan bbincang jika ade kemusykilan. cmne carenye sifu?

  8. Jaa, saya tak pernah jadi guru tusyen sejak menjadi guru sepenuh masa. Saya hanya berikan kelas tambahan kepada pelajar saya tanpa sebarang bayaran. Tetapi pada pandangan saya, jika boleh diasingkan jadual sepatutnya mereka diajar secara berasingan. Jika tak boleh, ia boleh menjejaskan keyakinan mereka kepada pengajar. Apapun, kalau dah tak boleh, begini, awk mgkn kena agihkan mrk mengikut kumpulan masing-masing, dan pengajaran lebih berbentuk dwitutorial. Kump.T4, hanya menumpu kpd bab t4. kump.T5 diberikan soalan utk T5. Jika kehadiran mrk untuk ulang kaji lagi senang. Awk tetapkan topik/kemahiran yang nak dibincangkan untuk masa itu. Pastikan mrk jwb soalan dgn bimbingan anda. Tetapi ini mgkn sukar kpd Jaa yg bukan berlatar belakangkan guru. Mengendali dua kump. berbeza ekspektasi memerlukan kemahiran dan kecekapan pengajar bagi setiap topik yang sedang dibincangkan pelajar. Jika Kump.5 sdg mengulang kaji soalan-soalan t4, maka bolehlah awk bincang dlm kump. besar.
    Itu sj cdngan sifu.

  9. erm. ble tak send soalan prinsip akaun n jawapan sekali.?? plz. spm dah nak dekat nie. (send to my email vie_len140290@yahoo.com)

  10. SIFU, rasanya SPM tahun 2007 ni ape yg masuk ye..? ada ramalan tak..? kalau ader, boleh lah kongsi sama-same…

  11. Sportgurlz, tak ada ramalan, tapi ada cadangan. Selain S1 dan kemahiran penyediaan penyata kewangan milikan tunggal, saya cadangkan ulang kaji dan mahirkan diri lembaran kerja, akaun pembubaran perkongsian, akaun kelab dan persatuan, dan akaun kos pengeluaran.

    Amacam, bolehkan

  12. sifu,kat mane nk cari analisis soalan2 prcubaan?

  13. sifu, boleh terangkan ttg akaun perkongsian??

  14. sifu,sya nk mnta tolong snat…sya lemah dlm add math,thun ni da nk exa…sya nk sifu ajar sya cra2 bljar add math yg berkesan,byk sngt topik yg susah…help me please……sya nk mta latihan2 berdasar kn soaln2 thun lpas….

  15. kalau sifi ada msa,sya nk email dgn sifu supaya sya lebih mendalami add math

  16. summer gurl,
    Maaf tak dapat bantu anda. Sifu hanyalah seorang guru perakaunan. Siapalah saya. Subjek Add Math adalah diluar komitmen sifu dan blog ini. Maaf sekali lagi.

  17. Assalamualaikum, sifu
    Saya kerap membaca blog sifu lantaran kurangnya bahan untuk prinsip perakaunan. Saya sedang mendapatkan bahan perkembangan kurikulum Prinsip Perakaunan dari mula ia ditawarkan hingga kini. Bilakah ia mula ditawarkan dan sudah berapa kali semakan dilakukan. Apa yang saya faham terdapat unsur nilai murni yang bersepadu dengan prinsip perakauan. Adakah pemberatan dalam pengajaran dan penilaian dalam peperiksaan berkaitan dengan nilai murni dalam prinsip perakaunan. Sekiranya sifu ada makluman untuk mendapatkan bahan berkaitan sejarah kurikulum prinsip perakauan di malaysia saya amat menghargai. Saya sedang menjalankan kajian berkaitan penerapan nilai murni dalam pengajaran prinsip perakaunan. Terima kasih

  18. Maaf Cik/Puan Aishah, setakat ini saya tidak ada bahan yang anda kehendaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 147 other followers

%d bloggers like this: